Wednesday, June 2, 2010

My Bad Things about Photography


Aku selalu cakap bahawa aku obses tentang mengambil gambar. Tetapi aku tak boleh tipu yang aku masih terlalu mentah dalam bidang fotografi. Kalau diletak skala 1 - 10, dan 10 adalah yang paling baik, I would say that I'm only in position 2. Owhhhh sungguh sedih. But at least I admitted my lack. Biarpun banyak fotografi perkahwinan dan potret yang aku tembak, masih banyak lagi kekurangan aku. Jujurnya aku sangat gembira apabila client memuji gambar-gambar aku yang cantik (kata mereka-lah) tetapi aku masih merasakan pujian mereka sedikit palsu. Bukan aku tidak menghargainya tetapi aku tahu batas potensi aku.

Perkara utama yang aku hendak sangat perbaiki adalah:

1. Focusing
2. Composition
3. Stability
4. Emotion
5. Group photo
6. Confidence
7. Directing (yang ini memang aku sangat sukar mengatasinya)
8. Candid

Owhhhh banyak juga kekurangan aku. Ini baru aku yang perasan, barangkali banyak lagi kekurangan dari persepsi orang lain. Aku tahu, Encik Amru will tell lots more :)

Encik Amru selalu cakap, "tembak banyak-banyak, jangan nak sayang shutter count awak tuh."

Barangkali ada betulnya. Sebab kadang-kadang memang aku sayang shutter count aku hahahaha barangkali itu jawapan kepada gambar-gambar aku yang kurang beremosi, kerana aku fikir it's ok, cukuplah gambar yang sudah diambil.

No comments:

Post a Comment