
Sejak akhir-akhir ini aku selalu bermimpi tentang kemusnahan alam.
Aku melihat banjir yang menenggelamkan seluruh alam.
Aku melihat salji yang tebal umpama tumpahan konkrit.
Aku melihat bagaimana kapal-kapal di angkasa tiba-tiba menjunam melanggar bangunan bak tragedi 9/11.
Bagai dalam filem.
Semuanya jelas.
Semuanya jelas dalam mimpi aku.
Biarpun mimpi itu sungguh jelas, namun aku semakin kabur. Erti apakah mimpi ini kirimkan pada aku. Jujurnya aku sedikit gusar. Mula takut. Tapi belum bertindak apa-apa. Hanya emosi sahaja yang menggelupur. Selebihnya ia mengganggu tidur malamku, menjadikan aku tidur bila pagi mula mengintai.
No comments:
Post a Comment