Sunday, November 11, 2007

KeL|Ru...


Kita...
Kenapa bila ada sayang,
Mulai rapuh,
Serupa kristal retak.

Tak bolehkah,
Tidak ada hari yang dingin,
Supaya sama-sama bahagia,
Memberi bila ada menerima,
Semua yang indah.

Salahkah aku,
Meminta dimanjai,
Tidak waraskah aku,
Meminta dipeluk?

Lalu...
Untuk apa,
Kalau hati ini untukmu,
Tapi dimatamu,
Bukan lagi aku.

Sehingga kini,
Aku sudah penat,
Dibiar disakiti...pedih,
Perlukah lagi aku menunggu,
Hingga benar-benar ada,
Satu hari kau memutuskan,
Atau aku harus berhenti,
Dari terus ingin dicintaimu...

-Sept, 24 '05
all right reserved

Friday, November 9, 2007

TerLaLu R|nDu...

Aku merindui seseorang, tapi aku tahu aku tak patut merinduinya. Aku mulai merindui suara-suaranya, yang selalu berada dekat dengan aku. Namun aku yakin, aku memang tidak patut merinduinya. Lalu aku bermonolog sendiri, kenapa aku perlu merinduinya atau kenapa aku merinduinya? Bukan sekali, juga bukan dua kali, malah setiap masa ingatan aku tertumpu padanya. Bukan pada wajahnya, bukan pada liuk lentok tubunya, tetapi pada suaranya. Pada butir-butir bicaranya, pada gelak ketawanya, juga pada getar suaranya. Tiap kali ingatan itu singgah aku seakan dapat membayangkan senyuman di bibirnya, yakin sekali akan bahasa tubuhnya yang selesa bersama aku.

Ahh perasaan, kau permainkan aku sekali lagi. Aku gagal lagi dalam mengawal kerinduan ini di mana akhirnya terpaksa jua aku luahkannya. Mungkin aku sendiri keliru akan perasaan ini, namun tidak aku nafikan... sekuat mana aku ketepikan kerinduan ini, semakin kuat pula aku beraja padanya. Bukan aku tak pernah mencuba, malah sekuatnya aku teriak...aku tak perlu merinduimu. Tetapi tiada apa yang berhasil kecuali kekuatan rindu yang semakin mendalam buatnya.

Aku tidak tahu bagaimana rindu ini begitu menular dalam diriku buat dia. Aku juga tidak tahu apa merasuk aku sehingga dia yang aku rindukan, bukan orang lain. Gilakah aku merinduinya? Salahkah aku merinduinya? Kejamkah aku merinduinya? Ahhh perasaan, kenapa kau seringkali bercampur-campur begini?

Beritau aku, apa aku perlu lakukan untuk hilangkan kerinduan ini? Andai orang yang dirindui sepatutnya tidak boleh aku rindui? Aku tersepit dalam mainan perasaan aku sendiri. Aku tersepit dalam dunia kerinduan aku sendiri. Aku tersepit...terlalu tersepit.

Perasaan, terungkailah engkau hendaknya. Aku sudah semakin terseksa merinduinya. Sakitnya memang tidak terluah di bibir, tapi renunglah dalam-dalam ke mataku.

Perasaan, berhentilah merinduinya.

Perasaan, usahlah kau merinduinya.

Perasaan, sedarlah! Kau bermain dengan api.

Sukar untuk aku menasihati diri sendiri. Kerana akhirnya aku tetap jua merinduinya. Biarpun dia hanya sekadar KEKASIH GELAPKU...yang terlalu aku rindui...

-Nov, 10 '2007
-bila hati dan perasaan terlalu rindu padanya, aku terpaksa jua meluahkannya...



Aku |tu KaMu...


Tidak ada siapa,
Boleh beri aku,
Resah bila tak jumpa kamu...

Tidak ada rasa,
Boleh aku ingin,
Selain bibirmu dibibirku...

Tidak pernah sama,
Boleh aku saingi,
Bergelora tiap kali aku disentuhmu...

Tidak ada selesa,
Boleh aku mahu,
Tiap kali aku dalam tidurmu...

Biar,
Biar aku terjerat,
Dengan segala rasa yang kamu beri,
Untuk aku terus,
Berjalan sepantas kamu,
Berlari seiring kamu,
Terjatuh juga aku ingin di atas kamu...

Lalu sediakan juga untuk aku,
Sedih kamu,
Sepi kamu,
Sakit kamu,
Supaya aku jadi mengerti,
Jadi separuh,
Dari jiwa kamu...


-May, 23 '2005
all right reserved (R)


Wednesday, November 7, 2007

My DrEaM oF a GuY...

I don't know what to do,
You are everywhere in my mind,
I miss you insanely,
Every minute that i have,
Just lying and thinking of you...

I know we are far apart,
But if i could fly to you,
I will always be in your arms,
Holding you close to my heart...

Oh my baby boy,
I need you desperately...
When the moment i hear your voice,
I feel like you take my breath away,
Fly to the heaven,
Where only both of us exist...

If you are standing here beside me,
I will hug you,
I will kiss you,
And i will love you forever...

But that is only me,
Dreaming of you...

-Oct'27, 2003
all right reserved(R)

SeKaDaR SeBuaH CuRaHaN HaT|...

Pejamkan matamu,
Biar aku pegang tanganmu,
Untuk kau rasai,
Dalam diriku ada cinta untukmu...

Sejak kau tahu aku suka padamu,
Kau semakin malu,
Lebih malu untuk menatapku...

Mahu saja aku pecahkan tembok perasaaan mu itu,
Biar sekalian orang tahu,
Aku ingin sekali duduk disebelahmu,
Memandang di dalam matamu,
Aku lihat ada aku,
Tapi aku tidak dapat lihat hatimu,
Ada aku di situ?

Aku renung lagi,
Kau masih tunduk,
Izinkan aku tatap wajahmu,
Untuk seluruh alam ini,
Untuk lena tidurku,
Untuk kau juga tahu,
Aku cinta padamu...

-June, 2004
all right reserved(R)

Sunday, November 4, 2007

LeT Me Be FRee


Aku ingin ucapkan selamat tinggal,
Tapi aku mahu kau tunjukkan,
Jalannya untuk melukai kamu...

Maafkan aku buat kau kecewa,
Maafkan aku kerana ingin pergi,
Maafkan aku memungkiri janji...


Jangan salahkan dirimu,
Cuma aku saja tak lagi mencintaimu,
Walau apa pun aku cuba,
Walau apa pun kau himpunkan...


Hakikatnya,
Memilikimu bukan lagi obsesiku,
Makanya aku minta,
Lupakan aku,
Seperti tidak lagi mengenaliku,

Cuma...
Let me be free.


- Feb 27, 2oo7


all right reserved (R)


Saturday, November 3, 2007



Di sebuah perkampungan yang sangat kecil, kelihatan seorang budak perempuan sedang mengetuk-ngetuk sebatang papan yang berpasir.




"Kau nak buat apa dengan kayu tu Belly."




"Kau diamlah. Apa yang kau tau?"




Belly menempelak kembali pertanyaan si Adam. Kebetulan, Adam ada di situ ketika Belly sedang bersungguh-sungguh membersihkan sekeping papan untuk dijadikan atap reban ayamnya.




Si Adam terdiam. Barangkali tak mahu mengganggu atau barangkali tidak mahu ditempelak oleh Belly lagi. lalu dia duduk, jauh sedikit dari Belly. Tangannya menguis-nguis pasir dan batu-batu yg ada di bawah seliparnya. Sesekali dia memerhati sahaja Belly yang masih kusyuk mengetuk-ngetuk dari tadi.






PLeaSe LoVe C|nTa


Aku mempunyai cinta,
Walaupun tidak sehebat Laila Majnun,
Tapi cukup untuk buat kau bahagia...

Mahukah kau berkongsi perasaan ini,
Because my heart keep beating rapidly...uncontrol,
When you next to me,
When i'm with you...


I dare to break this rule,
If you dare to give all your life,
Aku tahu janji saja tidak mencukupi,
Maka biarkan aku mencintaimu,
Dengan caraku...


Lepaskan lelahmu,
Lepaskan inginmu,
Take me,
Take my love,
Maka cintailah cintaku ini...


-April 08, 2006-

all right reserved (R)


Saturday, October 20, 2007

indah...


hidup ini indah....nyanyian kumpulan dewa 19 said so....memang aku akui hidup ini indah malah i alwiz bare in mind bahawa hidup ini memang indah...tapi kadang kala aku gagal gak nak pertahankan apa yg cuba aku tanamkan dlm diri aku sendiri...


aku tanya diri aku sendiri....


apa indahnya hidup aku?


dimana tuhan letakkan keindahan hidup aku?


pernah ke aku terasa betapa indahnya hidup aku?


indah ke?


indah ke?


indah ke?


it keeps shouting in my mind...kalau lah aku ada jawapan pada keindahan hidup aku sendiri kan bagus....cuma nak tak nak aku terpaksa akui, hidup aku kekadang tak indah gak....


jadi kalau lah ade seorang kawan yg dpt terangkan...ataupun sekurang2nya ckp ngan aku bhawa semua pernah melalui keindahan dan tak indah dalam hidup dowang....sure aku rasa aku buleh rasakan kembali keindahan hidup aku.....


will anyone????


Thursday, September 6, 2007




Hidup ini INDAH... Namun REAKSi dan EMOSi jangan diTURUTi kerana IMPLiKASinya sukar diIMAGINASi...

Tuesday, August 7, 2007

Hujanlah HUJAN...


disuatu hari pada 27 Julai 2007...
ketika gerimis tiba-tiba memercik ke jendela,
aku nostalgik pada sekejap pertemuan,
yang langsung tidak memberi apa-apa makna pada dia,
kecuali aku yang terkesan di hati, sedikit..
.

Hujanlah hujan…

Semalam ketika hujan turun,
Aku mengeluh,
Terlalu banyak daun-daun yang berselerak…

Hujan buat aku,
Sukar mengejar peristiwa,
Hujan buat aku,
Sukar beremosi,
Hanya duduk dan tunggu,
Berharap kalau hujan ini cepat teduh…

Hari ini hujan turun lagi,
Lebat…

Hujan hari ini masih buat aku,
Sukar mengejar peristiwa,
Hujan hari ini masih buat aku,
Sukar beremosi,
Makanya aku terkandas di perhentian ini…

(akan disambung lagi kerna gerimis tiba-tiba berubah haluan...)



all right reserved (R)


Tuesday, July 31, 2007

mengenali aku...dari sudut aku



mengenali aku dari sudut aku... mungkin lebih banyak cerita-cerita masuk bakul angkat sendiri barangkali...tapi aku tak perlu begitu prejudis t

Thursday, July 26, 2007

Minggu-minggu terawal di UiTM

tanpa aku sedari setiap hari,
hari-hariku sudah jauh aku selusuri,
mencari apa itu sebuah kehidupan hakiki,
penat berjalan, aku berlari,
penat berlari, aku hanya berdiri...

Wednesday, July 25, 2007

realiti hidup ini...


Berlalu tanpa aku sedari,
Berminggu sudah kuselusuri,
Perjalanan yang membawa aku dengan kaki,
Banyak yang aku susuri,
Yang lebih banyak umpama duri...
Namun aku tak menyalahkan Ilahi,
Akulah yang kerdil dalam mengenali diri,
sentiasa diulit mimpi,
bukannya realiti...

Tuesday, April 24, 2007

B|arKaN aKu...





Semalam kita bersama,
tapi kau tak buat apa,
lalu ku tanya kenapa,
takkah kau mahu aku,
seperti yang selalu.......

Ingin sekali aku katakan,
sentuhlah aku,
ciumlah aku,
kerana aku mahu kamu,
tapi kau biarkan aku,
cuma memandang dirimu......


- Dec, 2004 - all right reserved (R)

Friday, April 20, 2007

a lunch wif NID.FATIE

menulis utk kali kedua....semacam ade satu tarikan yg aku sndri tatau mcm mana aku nak ckp...tapi sentiasa menyuruh aku menulis lebih dr apa yg aku mampu taip....okaylah lupe kan hal ni...cuma hari ni aku nak bercerita tentang beberapa pekara yang blaku Jumaat lepas....

well....start in nice a lil bit cold morning.........

aku ade interview kat uitm puncak pdana sebeb nak futher my study back. Alhamdulillah the interview goes well. N thank god sebab it ends rily early, if im nt mistaken it juz take me 10mins to settle it. Mungkin sebab aku tak byk cakap atau mgkin sebab d interviewers tlalu yakin ngan aku, aku pun tatau hehehehe But hopely ofcuz i want them to rily confident in me. the question they ask me is rily simple n fren to fren question.

ok lah, this is not rily wht i wanna tell u guyz, after my interview, i went home wif mom (ooopppsss lupe nak bitau, mom was wif me teman me huhuhuhu sweet rite) then i get myself ridy nak kuar plak jumpe nid+fatie.

well diz 2 girl rily my best fren, but to be honest NID rily damn cluz to me.

we had a great time yesterday...walaupun juz hang out n jenjalan inside OU, but we had rily fun time together...walaupun penat teman pondan sorang tuh set rambut la, pegi bank la, carik cap lah...but i had an exciting moment wif nid +fatie....

tapi kesian fatie penat sebab pkai heels hehehe jln cam kura2 hik3

apa yg aku cuba nak ckp kat sini is no matter wht we doing, tapi kalau hati kita gembira ofcuz benda yg kecik kita akan kenang selamanya..

well pasal nid ni...she alwiz make me present...mmg kadang2 kalau org tgk seem like dia pompuan ganaz yg mengada2 ngan aku, tapi aku tak kisah...aku lagi suka org sakat aku than that people juz keep silent when wif me hehehe sebab it show dats im there, nt sumwhre else dat no one notice......

tapi yg aku muskil kat nid neh nape time jumpe aku la dia nak pi bank lah, nak pi post ofice lah, time tu jugaklah nak set rambut n time tuh jugaklah nak carik cap dia?? takde masa laen yg dia nak buat tuh semua? i mean....dah la kita org susah sgt nak jmpe, takkan time ni la nak sibuk buat benda tuh semua, lebih baek we sit n talk or do whateva together n fnish diz precious moment together....betul tak?

im expexting that we gossiping n hav a nice coffee n lepaking, tp dis myluvly NID sebuk dok nak p sana lah, p sinilah.....can u guyz imagine dat???

tapi takde lah sampai aku merungut kat dia cuma i juz thinking bout dat....tapi apa yg aku rasa terharu dan sedikit bangga (hehehe tak ptot sebenarnya kalau aku nak rasa bangga pun) sebab NID saying dat

" sabarnye ko nyah tolong carikkan kdai ni" sebab dah dkat 2km kita org jalan kat dalam OU sebab nak carik kedai gunting rambut...wic is tak jumpe2 pun.

n in the same time it makes me thinking wht im alridy told fatie dalam keta masa NID pi bank.

"ermmm kalau nak gedik pun NID, nak ganaz pun NID, nak marah pun NId, nak gembira pun ngan NID, dan kalau nak curah masalah pun ngan NID gak.....so tak kisahlah pangai dia mcm mana...tapi kalau aku ade beribu-ribu kawan sure aku tinggalkan je NID ni hehehehhe tak tahan beb pangai DIVA nih :) "

fatie gelak je masa aku cakap mcm tuh kat dia....sebenarnya masa aku ckp ngan fatie hal ni, aku tak bermaksud apa2 pun sekadar nak melawak....

tapi mmg NID kekadang mengada2 pangai dia, TAPI AKU TAK KISAH.....coz NID rily my best fren n i knw y she acted like dat....kalau fatie nak mengada2 ngan aku pun aku tak kisah tapi sure kena back hand ngan NID wakakakaka

so dipendekkan cerita.....bile aku dah sampai umah n get sum breathe.....aku terpikir nape NID menggunakan our preciuos time together nak wat rambut lah, nak carik cap lah, nak itu lah nak ini lah sedangkan byk lagi masa laen yg dia buleh buat bende tuh semua.....

im telling myself......mungkin itu cara dia nak berkongsi dgn aku.... mungkin itu cara dia nak bermanja2 ngan aku (jgn salah paham ek fatie) dan mungkin dengan cara itu dia rasa dia lebih dekat dgn aku sebagai kawan karib dia :)

dan pada aku, walau apa pun alasan NID....im alwiz had a great moment when im wif NID

so........aku rasa tak kira apa yg kita buat, tapi bila kita benar2 merasainya tanpa prejudis dgn perlakuan org lain, insya-Allah kita akan gembira :)

so after all...........im happy kuar jenjalan ngan NID n FATIE
thanks girls kua ngan aku...looking foward to go karaoke with u girls n Yugi as well

Thursday, April 19, 2007

hari pertama menulis blog

hari pertama menulis blog... aku sebenarnya tatu nak tulis apa dan sebenarnya tatau apa yg ptot aku tulis...well juz wanna share sedikit kegusaran dalam hati (maklumlah esok ade satu interview penting) jadi dengan menulis blog aku rasa aku dapat berkongsi...

jadi jgn salahkan aku kalau membaca blog aku nih tapi kowang sedikit pun tidak mendapat manfaat darinya...

cuma sekarang aku berharap dengan doa rakan dan yang pasti doa mama tersayang, im gonna make it tomorrow....emmmm talking bout frenz... dah lama tak hang out ngan kwan2...esp nid & yugi....n ofcuz fatie, ain, shah....well tatau le sama ada kesibukan yg menjadi penghalang aku tak dapat jumpe kowang atau aku malasnak jmpe kowang heheheh kalau lah nid yg baca neh, sti dia marahkan aku hehehe sori sayam.....

tapi apa pun...i miss u all kengkawan....
well those x-mitv sti tau how close we are b4 aite.... n i miss dat moment so much....

hope someday we'll get together again......

n i think dats it for now...
hope i'l cum wif nice idea n words after diz....
kire 1st blog ni sebagai warmup sebelum aku merepek panjang lagu huehuheu

p/s: nid-bile nak karaks?
yugi-bile nak jumpe lg?