Saturday, August 20, 2011

TERIMA KASIH TUHAN


"Salam tuhan,

Sudah lama saya tak bersungguh-sungguh ucap syukur atas nikmat yang Kau berikan kepada saya.

Nikmat makanan yang melimpah ruah.
Nikmat wang ringgit yang beribu-ribu.
Nikmat membeli belah pakaian yang cantik-cantik.
Nikmat melepak bersama rakan-rakan.
Nikmat menghadiahkan gambar yang cantik-cantik kepada kawan-kawan.
Nikmat berjalan-jalan dengan kereta.
Nikmat memberi bonda wang ringgit dan kasih sayang.
Nikmat membelikan anak buah pakaian untuk aidilfitri.
Nikmat mempunyai rakan-rakan yang baik dan menggembirakan.
Nikmat mendengar lagu yang best-best.
Nikmat segala nikmat yang kau limpahkan untukku dan keluargaku.

Tuhan, saya panjatkan sejuta syukur atas nikmat yang Kau berikan.
Ampunkan saya jika saya tak bersungguh-sungguh ucap syukur kepadamu.
Saya manusia biasa yang tak pandai susun kata-kata terindah untuk gambarkan betapa saya sungguh mensyukuri nikmat yang Kau berikan. Terlalu banyak nikmat yang membuatkan saya bahagia.

Tuhan, saya mohon panjangkanlah nikmat-nikmat yang Kau limpahi ini kepada saya dan seluruh umat manusia di dunia ini. Amin....

Thank you ALLAH."


"adik"



Dulu masa saya kecik-kecik, saya selalu minta adik dari bonda. Pada fikiran saya, minta adik hari ini esok dah boleh dapat. Saya tak tahu prosesnya memakan masa lebih setahun. Sebabnya saya meminta adik dari bonda adalah kerana pada waktu kecil, saya sangat kurang rapat dengan kakak saya, Maria. Kerana kak Maria lebih rapat dengan arwah ayah. Lalu saya fikir, kan elok kalau saya ada seorang adik, Saya boleh sayang dan bermain dengan dia sepuas yang saya mahu.

Namun tidak lama selepas 6 tahun, ketika itu saya di tadika Kemas, saya mendapat anak buah. Alhmadulillah, saya dapat teman untuk bermain dan mencurahkan kasih sayang seperti saya mempunyai adik sendiri. Bagusnya ketika itu, kaklang saya tinggal serumah dengan saya. Jadi anak buah saya jadi rapat dengan saya. Saya mulai gembira. Nama anak buah saya ialah Hairul Fiffy. Saya panggil dia "Pipi" je.

Tapi setelah enam tahun kaklang duduk serumah, dia berpindah ke kampung. Hubungan saya dengan Pipi hanya berjalan dari jarak jauh sahaja. Saya menjadi sepi kembali kerana tiada "adik" yang dapat saya kongsi dan curahkan kasih sayang. Saya bukan kurang atau tidak cukup kasih sayang dari keluarga, cuma saya hanya mahukan seorang adik.

Masa berlalu dan tragedi menimpa keluarga saya. Abang long kemalangan dan kakak ipar saya meninggal dunia setelah seminggu koma. Anaknya yang baru berumur 6 bulan, kehilangan kasih seorang ibu sekelip mata. Tragedi itu memaksa abang long berpindah ke rumah bonda dan anaknya yang berumur 6 bulan dijaga saya dan bonda sekeluarga.

Semenjak itu, saya merasakan saya mendapat "adik" sekali lagi. Terima kasih tuhan, Kau berikan saya rahmat sekali lagi. Saya sungguh gembira walau sebenarnya saya kasihankan anak kecil itu. Namanya Siti Suliana, tetapi b0onda memutuskan untuk memanggilnya Anje. Lalu sejak dari hari itu, Anje sudah saya anggap seperti anak saya sendiri.

Saya masih ingat lagi ketika umurnya 2 tahun. Tragedi menimpa dirinya apabila air yang sedang mendidih tumah ke perutnya. Menangis dia, menangislah saya. Meraung dia, meraunglah juga saya. Dia tak mahukan orang lain menjaganya di hospital, malah daddynya juga ditolak. Anje hanya mahukan saya menjaganya. Masih kuat ingatan saya ketika dia memeluk saya sekuatnya tidak membenarkan saya pulang sewaktu melawatnya di hospital. Hati saya meruntun. Namun saya perlu kerja ketika itu. Lalu saya memohon cuti selama seminggu untuk menjaganya di hospital. Percayalah, kalau cuti saya tidak diluluskan, saya sanggup berhenti kerja demi menjaganya. Tetapi Alhamdulillah saya berjaya memohon cuti tersebut.

Kini Anje sudah membesar. Sudah 7 tahun umurnya. Darjah 1. Kenangan paling indah ketika dia berumur 4 tahun dan saya sedang melanjutkan ijazah saya. Belajar dalam bidang filem menuntut saya selalu pulang lewa kerana menghadiri 'screening' yang dibuat oleh En. Norman di fakulti. Suatu hari ketika saya pulang dalam lingkungan waktu 12.00 malam. Si Anje sudah menunggu di hdapan pintu.

"Acu, kenapa balik lambat? Tau tak Anje tunggu lama?" kata Anje dalam pelatnya yang masih kuat.

Hati saya terus meruntun dan memeluknya. Agaknya inilah yang membuatkan para ibu bapa tak sanggup meninggalkan anak masing-masing lama ketika bekerja. Telatah anak pasti membuatkan ibu berkaca.

Setiap kali saya pulang dari belajar, Anje akan peluk saya. Ohhhhh perasaan itu sungguh luarbiasa. Dipeluk anak ketika pulang dari belajar. Menghilangkan segala penat yang ada.

Ya.... Anje sudah besar. Dah pandai meminta itu dan ini. Dah pandai merungut tak mahukan sesuatu. Namun saya tetap menyayangi dia. Sampai bila-bila pun.

Bila dah dewasa ni, keinginan untuk mempunyai adik perlahan-lahan pudar. Ia bertukar keinginan untuk mempunyai anak pula.

Namun satu yang hendak saya ceritakan adalah saya kini mempunyai adik yang baru. Namanya Norliza Romizi. Panjang untuk saya terangkan bagaimana jalinan ini terjadi. Namun adik saya ini yang lebih mesra saya panggil Liza ini sungguh istimewa di hati saya.



Saya bangga mempunyai adik seperti dia. Saya masih ingat lagi zaman saya dan dia masing-masing belajar erti kehidupan sosial. Liza yang mengajar saya masuk kelab hehehe malah sya masih ingat lagi bagaimana Lia meminjam kad pengenalan saya hanya semata-mata untuk masuk ke kelab kerana umurnya tidak cukup ketika itu. Saya masih ingat lagi bagaimana saya menasihatinya ketika dia bercerita tentang rahsia-rahsia peribadinya.


Kini Liza sudah menjadi manusia. Alhamdulillah Liza dah berkahwin dan mempunyai seorang suami yang sangat baik. Saya khuatir juga jika sesuatu buruk berlaku pada Liza kerana kehidupan sosialnya memang agak merisaukan sesiapa sahaja yang tahu tentangnya. Tapi nasib baiklah dia berjaya melangkah zaman yang penuh liku-liku itu. Kalau tersalah pilih kawan, Liza pasti akan hancur. Tapi semuanya dapat dia lepasi.

Liza: Kakmarina bangga mengaku kau adikku :) peliharalah sifat jujurmu sampai bila-bila. Kakmarina bersyukur kerana tuhan kurniakan seorang adik walaupun dah dewasa.

Di bulan yang penuh mulia ini, saya doakan semua insan-insan yang saya sayang beroleh rahmat dari tuhan. Amin.....




Friday, August 19, 2011

Wednesday, August 17, 2011

cinta #1


Cinta jangan kau pergi...

Ramadhan 18


Hari ini ramadhan ke-18. Maknanya sudah 18 hari saya berharap dapat berbuka dengan dia. Saya tak dapat tipu, betapa sudah 18 hari saya kecewa. Saya bukan merungut, cuma meluahkan perasaan ini.

Saya sayang kekasih saya. Maaf, saya hanya mahu berjumpa denganmu sayang.


Friday, August 12, 2011

Mimpi Semalam



Maaf | untuk bukan kekasihku
Aku benci bila aku mimpikan engkau
Aku tak sepatutnya memikirkan engkau
Sehingga dalam tidur pun masih memikirkan engkau

Maaf | untuk bukan kekasihku
Engkau bukan yang sepatutnya aku mimpikan
Malah nombor telefon engkau juga sudah aku padam
Namun kenangan engkau dengan aku | sumpah sampai mati pun takkan terpadam

Maaf | untuk kekasihku
Aku tahu aku patut memikirkan engkau
Bukan dia

-jiwa kacau, hati sedih, perasaan runtuh-

"jangan kau tanya kenapa aku begini, kekasih"