Sunday, November 11, 2007

KeL|Ru...


Kita...
Kenapa bila ada sayang,
Mulai rapuh,
Serupa kristal retak.

Tak bolehkah,
Tidak ada hari yang dingin,
Supaya sama-sama bahagia,
Memberi bila ada menerima,
Semua yang indah.

Salahkah aku,
Meminta dimanjai,
Tidak waraskah aku,
Meminta dipeluk?

Lalu...
Untuk apa,
Kalau hati ini untukmu,
Tapi dimatamu,
Bukan lagi aku.

Sehingga kini,
Aku sudah penat,
Dibiar disakiti...pedih,
Perlukah lagi aku menunggu,
Hingga benar-benar ada,
Satu hari kau memutuskan,
Atau aku harus berhenti,
Dari terus ingin dicintaimu...

-Sept, 24 '05
all right reserved

Friday, November 9, 2007

TerLaLu R|nDu...

Aku merindui seseorang, tapi aku tahu aku tak patut merinduinya. Aku mulai merindui suara-suaranya, yang selalu berada dekat dengan aku. Namun aku yakin, aku memang tidak patut merinduinya. Lalu aku bermonolog sendiri, kenapa aku perlu merinduinya atau kenapa aku merinduinya? Bukan sekali, juga bukan dua kali, malah setiap masa ingatan aku tertumpu padanya. Bukan pada wajahnya, bukan pada liuk lentok tubunya, tetapi pada suaranya. Pada butir-butir bicaranya, pada gelak ketawanya, juga pada getar suaranya. Tiap kali ingatan itu singgah aku seakan dapat membayangkan senyuman di bibirnya, yakin sekali akan bahasa tubuhnya yang selesa bersama aku.

Ahh perasaan, kau permainkan aku sekali lagi. Aku gagal lagi dalam mengawal kerinduan ini di mana akhirnya terpaksa jua aku luahkannya. Mungkin aku sendiri keliru akan perasaan ini, namun tidak aku nafikan... sekuat mana aku ketepikan kerinduan ini, semakin kuat pula aku beraja padanya. Bukan aku tak pernah mencuba, malah sekuatnya aku teriak...aku tak perlu merinduimu. Tetapi tiada apa yang berhasil kecuali kekuatan rindu yang semakin mendalam buatnya.

Aku tidak tahu bagaimana rindu ini begitu menular dalam diriku buat dia. Aku juga tidak tahu apa merasuk aku sehingga dia yang aku rindukan, bukan orang lain. Gilakah aku merinduinya? Salahkah aku merinduinya? Kejamkah aku merinduinya? Ahhh perasaan, kenapa kau seringkali bercampur-campur begini?

Beritau aku, apa aku perlu lakukan untuk hilangkan kerinduan ini? Andai orang yang dirindui sepatutnya tidak boleh aku rindui? Aku tersepit dalam mainan perasaan aku sendiri. Aku tersepit dalam dunia kerinduan aku sendiri. Aku tersepit...terlalu tersepit.

Perasaan, terungkailah engkau hendaknya. Aku sudah semakin terseksa merinduinya. Sakitnya memang tidak terluah di bibir, tapi renunglah dalam-dalam ke mataku.

Perasaan, berhentilah merinduinya.

Perasaan, usahlah kau merinduinya.

Perasaan, sedarlah! Kau bermain dengan api.

Sukar untuk aku menasihati diri sendiri. Kerana akhirnya aku tetap jua merinduinya. Biarpun dia hanya sekadar KEKASIH GELAPKU...yang terlalu aku rindui...

-Nov, 10 '2007
-bila hati dan perasaan terlalu rindu padanya, aku terpaksa jua meluahkannya...



Aku |tu KaMu...


Tidak ada siapa,
Boleh beri aku,
Resah bila tak jumpa kamu...

Tidak ada rasa,
Boleh aku ingin,
Selain bibirmu dibibirku...

Tidak pernah sama,
Boleh aku saingi,
Bergelora tiap kali aku disentuhmu...

Tidak ada selesa,
Boleh aku mahu,
Tiap kali aku dalam tidurmu...

Biar,
Biar aku terjerat,
Dengan segala rasa yang kamu beri,
Untuk aku terus,
Berjalan sepantas kamu,
Berlari seiring kamu,
Terjatuh juga aku ingin di atas kamu...

Lalu sediakan juga untuk aku,
Sedih kamu,
Sepi kamu,
Sakit kamu,
Supaya aku jadi mengerti,
Jadi separuh,
Dari jiwa kamu...


-May, 23 '2005
all right reserved (R)


Wednesday, November 7, 2007

My DrEaM oF a GuY...

I don't know what to do,
You are everywhere in my mind,
I miss you insanely,
Every minute that i have,
Just lying and thinking of you...

I know we are far apart,
But if i could fly to you,
I will always be in your arms,
Holding you close to my heart...

Oh my baby boy,
I need you desperately...
When the moment i hear your voice,
I feel like you take my breath away,
Fly to the heaven,
Where only both of us exist...

If you are standing here beside me,
I will hug you,
I will kiss you,
And i will love you forever...

But that is only me,
Dreaming of you...

-Oct'27, 2003
all right reserved(R)

SeKaDaR SeBuaH CuRaHaN HaT|...

Pejamkan matamu,
Biar aku pegang tanganmu,
Untuk kau rasai,
Dalam diriku ada cinta untukmu...

Sejak kau tahu aku suka padamu,
Kau semakin malu,
Lebih malu untuk menatapku...

Mahu saja aku pecahkan tembok perasaaan mu itu,
Biar sekalian orang tahu,
Aku ingin sekali duduk disebelahmu,
Memandang di dalam matamu,
Aku lihat ada aku,
Tapi aku tidak dapat lihat hatimu,
Ada aku di situ?

Aku renung lagi,
Kau masih tunduk,
Izinkan aku tatap wajahmu,
Untuk seluruh alam ini,
Untuk lena tidurku,
Untuk kau juga tahu,
Aku cinta padamu...

-June, 2004
all right reserved(R)

Sunday, November 4, 2007

LeT Me Be FRee


Aku ingin ucapkan selamat tinggal,
Tapi aku mahu kau tunjukkan,
Jalannya untuk melukai kamu...

Maafkan aku buat kau kecewa,
Maafkan aku kerana ingin pergi,
Maafkan aku memungkiri janji...


Jangan salahkan dirimu,
Cuma aku saja tak lagi mencintaimu,
Walau apa pun aku cuba,
Walau apa pun kau himpunkan...


Hakikatnya,
Memilikimu bukan lagi obsesiku,
Makanya aku minta,
Lupakan aku,
Seperti tidak lagi mengenaliku,

Cuma...
Let me be free.


- Feb 27, 2oo7


all right reserved (R)


Saturday, November 3, 2007



Di sebuah perkampungan yang sangat kecil, kelihatan seorang budak perempuan sedang mengetuk-ngetuk sebatang papan yang berpasir.




"Kau nak buat apa dengan kayu tu Belly."




"Kau diamlah. Apa yang kau tau?"




Belly menempelak kembali pertanyaan si Adam. Kebetulan, Adam ada di situ ketika Belly sedang bersungguh-sungguh membersihkan sekeping papan untuk dijadikan atap reban ayamnya.




Si Adam terdiam. Barangkali tak mahu mengganggu atau barangkali tidak mahu ditempelak oleh Belly lagi. lalu dia duduk, jauh sedikit dari Belly. Tangannya menguis-nguis pasir dan batu-batu yg ada di bawah seliparnya. Sesekali dia memerhati sahaja Belly yang masih kusyuk mengetuk-ngetuk dari tadi.






PLeaSe LoVe C|nTa


Aku mempunyai cinta,
Walaupun tidak sehebat Laila Majnun,
Tapi cukup untuk buat kau bahagia...

Mahukah kau berkongsi perasaan ini,
Because my heart keep beating rapidly...uncontrol,
When you next to me,
When i'm with you...


I dare to break this rule,
If you dare to give all your life,
Aku tahu janji saja tidak mencukupi,
Maka biarkan aku mencintaimu,
Dengan caraku...


Lepaskan lelahmu,
Lepaskan inginmu,
Take me,
Take my love,
Maka cintailah cintaku ini...


-April 08, 2006-

all right reserved (R)