Memang dah lama benor rasanya aku tak upload ape-ape aje kat blog nih hehehe sebabnya tetap sama...barangkali boleh jugak dianggap ALASAN....malas dan takde masa.
Tuesday, December 23, 2008
my life in little words
Memang dah lama benor rasanya aku tak upload ape-ape aje kat blog nih hehehe sebabnya tetap sama...barangkali boleh jugak dianggap ALASAN....malas dan takde masa.
Thursday, October 23, 2008
MONOLOG TAHU
Aku nak tahu
Ahh kau tak perlu tahu
Kenapa aku tak perlu tahu?
Kau memang tak patut tahu
Kenapa kau tak mahu beritahu?
Tiada kena mengena dengan kau pun kalau kau tahu
Tapi tak rugi pun kalau aku diberitahu
Kau bukan siapa-siapa untuk tahu
Aku perlu menjadi siapa untuk diberitahu?
Sudahlah, kau sememangnya tak layak untuk tahu
Adakah kerana aku lebih tahu semua perkara yang kau tahu, makanya kau takut untuk memberitahuku???
Sunday, October 19, 2008
letih, lesu....
dah lama rasanya tak upload apa-apa kat sini, jangan ditanya kenapa kerna jawapannya tetap sama dan sudah basi hendak didengar, tapi itulah jawapan yang kerap kali aku unjurkan.
sibuk
sibuk
dan sibuk lagi...
ahhh kasihan pada sibuk kerana acap kali perlu bertandang dalam rona hidupku.
jemari ini bukan malas, tapi detap detipnya lebih memihak kepada tugasan-tugasan akademik yang kian menghapus masa senggangku...
dan aku kini setia menjadi seorang pembuat tugasan pensyarah dengan lebih tekun.
tak lama, berbaki dua minggu sahaja. kemudian aku kembali menjadi penulis yang ketagih pada bunyi detap detip laptop merah jambuku...
Tuesday, August 5, 2008
KOPITIAM KURANG MANIS was TOP 5 on FFM 21

Alhamdulillah KOPITIAM KURANG MANIS berada dalam TOP 5 Pencalonan Filem Pendek Terbaik FFM21. Daripada lebih 30 pencalonan yang ada, menjadi antara 5 yang terbaik sudah mampu membuat seluruh warga kerja KOPITIAM KURANG MANIS tersenyum lebar. Tahniah kepada semua warga kerja untuk projek filem pendek ini. Untuk menjadi Filem Pendek Terbaik FFM21 kami serahkan pada juri yang layak menilai hasil kerja kami. Tak dapat menjadi Filem Pendek Terbaik FFM21 pun kami dah cukup bersyukur menjadi antara 5 yang terbaik bagi tahun ini.
Dan yang paling manis filem pertama terbitan UiTM iaitu WAYANG arahan dekan Fakulti Teknologi Kreatif & Artistik, Prof Dr Hatta Azad Khan mendapat 11 pencalonan TOP 5 daripada 23 anugerah yang dipertandingkan.
Antaranya adalah seperti Filem Cereka Terbaik, Pelakon Harapan Lelaki, Pelakon Kanak-Kanak Terbaik, Pelakon Harapan Wanita, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Skor Muzik Asal Terbaik, Penyunting Terbaik, Cerita Asal Terbaik, Lakon Layar Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik dan Pengarah Filem Terbaik

Lebih gembira lagi buah tangan "KAMI YANG DISYAKI" yang mewakili kategori dokumentari turut mendapat pencalonan TOP 5. Tahniah untuk semua warga kerja UiTM baik pelajar mahupun pensyarah yang berjaya mengenengahkan produk-produk UiTM yang bermutu ke peringkat Malaysia.
Menang atau kalah bukan lagi persoalan apabila berada dalam kategori 5 terbaik, cuma berharap ia menjadi pemangkin kepada produk-produk yang akan datang dihasilkan dengan kualiti yang sama.
Tahniah sekali lagi buat semua. UiTM the best!
Saturday, August 2, 2008
aku dan minatku

Ni gambar kedua terbaik aku (aku rasa lah) selepas gambar anje_girl. Aku suke sangat subjek pengantin aku ni sangat chantek. Sampai aku tak sedar dekat 200 keping aku snap gambar dia.
Masa aku tunjuk kat bonda gambar-gambar kawen pertama aku ni, bonda tanya "Mana pengantin lelakinya?"
Hahaha bonda tanya macam tuh sebab aku banyak amik gambar pengantin pompuan yang chantek dari amik gambar 2 shot pengantin lelaki n perempuan hehehe anyway aku memang suke efek yang byxura ajarkan ni, nampak cool...teruja aku hendak mencubanya...
Aku harap pas ni akan ada lagi gambar-gambar chantek dari aku, sebab masalah utama aku nak dapatkan outcome yang chantek adalah stability. Kebanyakan gambar-gambar yang aku amik chantek dari segi color ngan komposisi semuanya blur dan shaking.
Aduhh kena banyak praktis ni...
Just hope everyone enjoy with this upload.
Monday, July 28, 2008
Surrealis Mah Nakorn menjadi fotografi dalam filemnya...

Sebabnya terlalu mudah :
1. Sebab aku suka warna-warna dalam filem ni. Benar-benar menyegarkan.
2. Sebab sekarang aku obses terhadap fotografi, makanya aku lihat filem ini similiar dengan teknik-teknik street fotografi dalam approach surrealist
3. Sebab aku suka cerita tentang harapan dan falsafah hidup seseorang (yang tidak semestinya falsafah mereka betul)
4. Sebab aku suka cerita cinta yang lain (atau dalam erti kata lain cinta yang bukan dibuat2 atau dilebih2kan)
Jadi aku harap kita sama-sama dapat enjoy beberapa gambar dari beberapa scene dalam filem ini.







Anyway aku mengucapkan ribuan terima kasih pada AZRI ABU HASSAN yang telah meminjamkan aku DVD yang best ni. Filem ni gak menang banyak festival. Check la sendiri kat internet k heheheErmmm aku rasa itu je yang dapat aku review untuk filem ni. Kan aku dah cakap aku bukan hebat pun nak review filem, sekadar berkongsi apa yang aku suka tentang filem ni je.
KOPITIAM KURANG MANIS on FFM 21
Sekadar nak berkongsi informasi dengan kawan-kawan yang lain...
Short filem pertama aku dengan kawan-kawan dari UiTM "KOPITIAM KURANG MANIS" dah masuk dalam pencalonan filem pendek terbaik Festival FIlem Malaysia ke-21. Festival kali ini akan diadakan di Putrajaya pada 7 - 9 Ogos 2008.
Dan video 'the making of..." dah di upload di youtube.com
Alhamdulillah filem pendek ni mendapat respon yang baik dari semua pihak sehingga dekan fakulti aku juga memujinya. Cuma aku menunggu seorang yang benar-benar memberi kritikan yang lebih kritikal tentangnya, atau dalam erti kata lain aku menunggu filem pendek ini dikutuk. Sebab mudah, kerana aku ingin lihat sejauh mana filem pendek ini melangkaui pemikiran orang biasa, juga untuk mengukur tahap penerimaan aku terhadap caci maki orang terhadap karya aku (walaupun skrip azri, tapi aku rasa ini adalah karya bersama).
Semoga filem pendek ini pencetus kepada generasi pembikin filem ke-4 dan ke-5 di UiTM.
"KE ARAH KECEMERLANGAN FILEM MALAYSIA"
merindui cintaku - "dia"
Aku rindu untuk berdebar-debar
Setiap kali dia berdebar-debar mahu menyentuhku.
Aku rindu pada hangat tubuh dia
Setiap kali dia merasa hangat bersama tubuhku.
Rahsia apakah di sebalik celah-celah sentuhan dia
Yang buat aku kepayang?
Yang buat aku tidak senang?
... dan aku gelisah
untuk menghabiskan angan-anganku tentang dia.
Sunday, July 27, 2008
shinta aku selepas 'dia'

Ini Anjegirl @ Siti Suliyana Suhaimi. Tapi kekadang aku panggil Baby.
She loves camera so much. Pantang aku pegang kamera, mulalah meliuk lentok suruh aku amik gambar dia. So sesapa nak pakai budak cute utk foto session atau acting, aku rasa she got no problem. Anjegirl pun pernah join short film Kopitiam Kurang Manis as extra.
Anjegirl anak buah aku yang paling bongsu. Dia dah macam anak aku sendiri sebab since her mom died when she was 8 months, semua perkara we share together.
Tapi sejak akhir-akhir ni masa aku yang selalu diluang bersama dia banyak dah beralih arah sebab aku sibuk dengan kuliah n fakulti aku. Kadang-kadang rasa malu nak mengaku sibuk sebagai alasan kenapa aku tak dapat luangkan masa dengan Anjegirl, tapi itulah alasan yang selalu aku bagi dia setiap kali dia cuba bermanja ngan aku.
Hmmm anak ni terlalu aktif. Terlalu manja dan terlalu mencuri hatiku. Rindu bila sehari tak berjumpanya. Kaletahnya boleh buat aku tersenyum all the day.
Aku harap she gonna grow as a smart kid.
LOV U ANJE muachss
Anyway sebenarnya ni pic terbaik aku menggunakan D80 aku buat masa ni hehehe
my beloved D80
So dipendekkan cerita, semester tiga ni aku ada satu subjek CINEFOTO di mana semua pelajar dikehendaki memiliki DSLR sendiri (tak kiralah pinjam dari kawan ke, rompak kedai foto ke, curik abang kita punya ke) untuk memudahkan sesi pembelajaran. Dan kesempatan ini aku ambil untuk memujuk mama membelikan aku DSLR ni. Modelnya memang aku dah idam-idamkan D80.
Jadi dengan segala kepayahan dan demi kasih sayang yang melimpah ruah mama terhadap aku, mama belikan juga aku DSLR ni. Aku sungguh gembira. Terlalu gembira. Namun gembira aku tidak lama kerana aku tak pandai menggunakannya. Hahaha secanggih mana [un teknologi yang aku ada, tapi kalau aku sendiri tak pandai memanipulasinya, aku rasa aku gagal nak memanfaatkannya. Sedih gak sebab kawan-kawan lain dah ade fotopages yang chantek-chantek, tapi aku sekeping gambar yang chantek pun takde lagi huhuhu....
Seingat aku, lepas SPM 2000 aku pernah masuk kelas fotografi anjuran Kelab Senifoto Wilayah Persekutuan dalam lebih kurang 4 bulan agaknya. Masa tuh pakai manual, lain la sikit dari DSLR ni. Memang sekarang lagi senang nak handle, tapi memandangkan aku masih baru sangat dengan kamera ni, jadi aku agak kekok untuk menggunakannya. Dan aku gagal untuk mendapatkan foto-foto yang chantek. Mungkin aku perlukan lebih banyak masa lagi untuk menguasai DSLR aku sendiri.
Apa-apa pun aku sungguh gembira dengan adanya DSLR aku ni. Aku harap aku dapat memanipulasinya dengan bersungguh-sungguh dengan adanya kelas En. Aidi serta berkongsi-kongsi ilmu antara kawan-kawan yang dah terror tentang fotografi ni.
KOPITIAM KURANG MANIS on the track...

Alhamdulillah projek filem pendek KOPITIAM KURANG MANIS dah siap. Segalanya dah siap, dari post production hinggalah "the making of KOPITIAM KURANG MANIS" semuanya dah ready to be in the screening.
Tayangan perdana pertama dah dibuat 16 Julai 2008 yang lalu di DBP sempena KL Fringe Festival '08. Insya-Allah tayangan seterusnya akan menyusul kelak.
Sesiapa nak menontonnya boleh dapatkan salinan dari marinamirana@yahoo.com
Begitu juga dengan t-shirt KOPITIAM KURANG MANIS yang dah diulang cetak kali kedua. Sesiapa nak order, boleh direct email.
27 Julai 2008
Friday, July 4, 2008
In The Middle of Completition KOPITIAM KURANG MANIS
Alhamdulillah setelah berhempas pulas lebih kurang seminggu untuk memastikan sesi penggambaran KOPITIAM KURANG MANIS dapat dilaksanakan tanpa sebarang tangguhan, akhirmya penggambaran dapat juga dihabiskan dalam masa tiga hari seperti yang ditetap dan diharapkan. Sebagai seorang Producer dan Production Manager tipulah kalau aku katakan yang langsung tiada masalah untuk menguruskan produksi ini, namun pahit manis yang aku rasakan biarlah aku simpan menjadi kenangan yang terindah untukku kenang.
Apa yang paling aku teruja dalam produksi kali ini adalah kerana ianya seumpama 'first baby' aku dalam menghasilkan short film, jadi betapa excited nya aku tuhan saja yang tahu. Alhamdulillah menjadi seorang Producer dan Production Manager memberi banyak kelebihan kepada aku kerana aku dapat menjangkakan sebarang pertukaran budget dan dapat menukar budget dengan senang tanpa perlu banyak bersoal jawab dengan Producer kerana tugas seorang Production Manager banyak menggunakan wang untuk menggerakkan produksi.
Tentang krew-krew yang terlibat (sama ada secara langsung atau tidak langsung) secara jujurnya aku tiada masalah dengan mereka, dan tampaknya mereka juga tiada masalah dengan aku. Segala permintaan dari segi produksi mahu pun kebajikan mereka, seboleh-bolehnya aku akan sediakan mengikut kemampuan budget yang diperuntukkan. Dan komitmen yang mereka berikan terhadap produksi ini benar-benar menyentuh hatiku memandangkan mereka juga sepertiku tidak dibayar sesen pun untuk projek ini. Jadi apabila melihat kesungguhan mereka bekerja membuatkan aku tersentuh tentang betapa beruntungnya aku mempunyai kawan-kawan yang begini. Mereka bekerja seolah-olah krew-krew freelancer yang sememangnya amat komited dengan tugas yang diberi. You guys really done a great job friends!!
Melalui garapan pelakon dan kesan pengarahan yang meyakinkan dari tuan pengarah, Azri Abu Hassan, aku amat berpuas hati dengan rushers yang diperolehi sepanjang tiga hari penggambaran yang dilakukan di Pasir Penambang, Kuala Selangor. Kelebihan menggunakan kamera HDV dalam sesi penggambaran ini jelas terpampang apabila kesan visual nampak lebih cantik dan memenuhi kehendak yang aku perlukan. Kerjasama yang diberikan pelakon mengikut kehendak pengarah menyenangkan proses penggambaran produksi ini.
Tiada seindah kata yang dapat aku ucapkan selain ALHAMDULILLAH kerana semua orang yang terlibat dalam produksi ini memberikan komitmen yang jitu terhadap produksi ini.
Terima kasih untuk semua team member KOPITIAM KURANG MANIS, En Norman selaku penyelia projek yang telah meluangkan masanya yang terhad untuk melawat kami di set pada hari kedua penggambaran, semua unit pengurusan dan teknikal di Fakulti Teknologi Kreatif & Artistik UiTM, unit kenderaan di UiTM induk, pemilik kopitiam yang bermurah hati memberi harga yang mampu dibayar oleh pelajar untuk menggunakan premis kopitiamnya sebagai set penggambaran, kedua ibu bapa Azri Abu Hassan yang mendahulukan wang produksi serta bonda Noor Marina Mohd Samsuri yang juga menyumbangkan wang secara tidak langsung dan kepada semua individu-individu yang telah membantu untuk merealisasikan filem pendek KOPITIAM KURANG MANIS ini. Syabas, tanpa kalian semua produksi ini tidak dapat bergerak secemerlang ini.
Kini sesi post prduction sedang rancak dijalankan oleh saudara Epul di post suite Fakulti Teknologi Kreatif & Artistik UiTM di samping sesi 'The Making Of...' oleh saudari Byxura Zainol masih dijalankan sehingga proses akhir produksi ini dijalankan.
Insya-Allah trailer awal akan dipostkan di web serta tayangan perdana akan dibuat di Fakulti Teknologi Kreatif & Artistik, Puncak Perdana apabila kesemua proses telah dapat dibuat.
Kepada semua team KOPITIAM KURANG MANIS.....
Nantikan WRAP PARTY seperti yang dijanjikan Cik Producer hehehehe
Thursday, June 19, 2008
Tuesday, June 17, 2008
PROJEK TERBARU


Projek terbaru aku selepas shooting TVC adalah short film "KOPITIAM KURANG MANIS".
Skrip dan idea asal dari Azri Abu Hassan. Aku bertindak sebagai produser dan pengurus produksi kali ni. Mengikut perancangan shooting akan dibuat pada 30 Jun hingga 2 Julai ni. Lokasi masih lagi dicari tetapi ianya pasti akan dijalankan di sekitar KL atau Selangor sahaja.
Krew yang akan terlibat adalah seramai 16 orang, gabungan pelajar senior dan junior Fakulti Teknologi Kreatif & Artistik. En Norman selaku project supervisor.
Aku harap semuanya akan berjalan lancar dan aku dapat menguruskan produksi dengan efisien.
Sekadar nak mempromosikan beberapa blog kawan-kawan dan short film kopitiam ni...
http://ilhamkawankawan.blogspot.com
http://kopitiamkurangmanis.blog.com
http://kopitiamkurangmanis.blogspot.com
http://senseofcinema.blogspot.com
Hope enjoy reading it...
Thursday, April 24, 2008
Misi CARI MENCARI LOKASI







Pagi yang indah.
Tidur yang cukup.
Badan yang sehat.
Minda yang bersedia.
Misi yang sudah ditetapkan.
Aku memulakan hari aku dengan kalimah Allah. Semoga yang dirancang menjadi seperti yang diinginkan. Aku merancang untuk membuat tinjauan lokasi (recce) bagi kali yang ketiga dalam tempoh seminggu ni. Mengikut storyboard yang diberikan untuk satu iklan khidmat masyarakat (PSA) aku dikehendaki mencari lokasi sebatang titi atau jambatan kecil (cukup untuk kanak-kanak berbasikal melaluinya) yang mempunyai air sungai atau parit yang agak bersih untuk kanak-kanak bermain air di situ. Bunyinya memang mudah kerana ia umpama lokasi zaman kanak-kanak kampung yang bermain air di parit atau bermandi-mandi di sungai. Namun apabila aku ditugaskan untuk mencari lokasi tersebut, azabnya tuhan saja maha tahu kerana ternyata aku tidak jumpa lokasi tersebut. Maka bermulalah episod misi cari mencari lokasi tersebut sehingga ke hari ini.
Pada hari pertama recce dilakukan (Jumaat, 18 April 2008) destinasi yang aku recce adalah di Sg Congkak. Bersama aku adalah Azri dan Byxura yang sama-sama meredah hujan dan kesesakan lalulintas (hehehe walaupun aku dan Byxura membuta) mencari lokasi tersebut. Untuk hari pertama ini aku dan Azri bertindak sebagai location scout untuk mencari lokasi sebuah sungai bertiti, sungai untuk berkelah, sebuah sungai yang kotor dengan sampah sarap dan sebuah gerai yang terletak betul-betul di belakang sungai. Episod cari mencari ini kami mulakan dengan ke lokasi di Sungai Congkak. Alhamdulillah sungai yang diperlukan mengikut kehendak storyboard dapat kami temui dan Byxura yang bertindak sebagai jurufoto segera merakamkan imej tersebut. Kemudian Azri memecut pula ke sekitar Sungai Gombak untuk mencari kedai yang berlatarkan sungai. Lokasi ini dipilih memandangkan sepanjang Sg Congkak dan Sg Gabai tidak mempunyai kedai yang betul-betul berlatarkan sebuah sungai. Maka dengan bantuan seorang rakanku, kami gagahkan diri untuk ke Gombak memandangkan kami semua tidak tahu jalan di situ. Nasib menyebelahi kami kerana kedai yang kami cari telah kami temui. Selesai merakam lokasi dan mengambil butir-butir pekedai, kami lanjutkan pencarian kami untuk mencari sungai yang kotor dengan sampah sarap. Namun mentari seakan mahu melabuhkan tirai malamnya menyebabkan kami sepakat terus ke Dewan Bahasa dan Pustaka (kerana ada tugasan merakam video dan mengambil foto di Majlis Baca Puisi Kuala Lumpur yang di hoskan oleh pensyarah kami, Ayah Agi). Lantas misi pencarian lokasi kami berakhir di situ pada hari pertama ini. Keesokan harinya setelah ayam berhenti berlagu dengan siur kokokannya, aku dan Azri menghantar pilihan imej yang dirakam Byxura pada Cik Mas selaku pengurus produksi (PM) untuk diserahkan pula kepada Mr Max selaku pengarah. Kemudian barulah keputusan akan dibuat sama ada lokasi yang kami pilih menepati kehendak skrip dan visual seorang pengarah atau tidak.
Sehinggalah semalam, barulah kami tahu keputusan lokasi manakah yang dipilih untuk penggambaran filem iklan ini. Jadi sekali lagi aku dan Azri dikehendaki mengadakan recce untuk pengesahan lokasi yang dipilih. Bagi recce yang kedua ini, beberapa ketua bahagian turut turun padang ke lokasi yang telah dipilih oleh pengarah. Antaranya adalah seperti pengarah itu sendiri, pengarah fotografi (DOP) En Mazli, PM Cik Mas & Pn Lela dan pengarah seni En Zan. Memandangkan jurufoto, En Aidi tidak dapat turut serta, maka Cik Mas bertindak menggantikan tempat beliau. Misi recce kedua ini bermula di kala azan subuh masih lagi terngiang-ngiang ditelingaku. Janjinya pukul 6.00 pagi van UiTM akan bertolak namun kelibat beberapa pensyarah yang bertanggungjawab masih lagi belum menampakkan bayang. Mr Max yang diyakini sebagai seorang yang berpegang kuat pada ketepatan masa mula menunjukkan rasa tidak senang bila waktu melewati 15 minit selepas yang dijanjikan. Akhirnya dek kerana tidak selayaknya menunggu lagi, van bergerak jua tepat pukul 6.25 pagi. Destinasi pertama yang dituju adalah ke Kuala Kubu Baru, kemudian ke Gombak sebelum ke Hulu Kelang dan Sg Congkak. Lokasi terakhir yang dituju adalah ke Percint 2, Jabatan Pendaftaran Negara di Putrajaya. Semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang cuma lokasi seterusnya ke Meru, Klang selepas Putrajaya tidak dapat diteruskan kerana location scout Adib dan Zura melaporkan lokasi itu tidak menepati kriteria yang diperlukan. Maka recce kedua ini berakhir di fakulti sahaja ketika jam menunjukkan pukul 5.30 petang. Apa yang menarik semasa recce ini dibuat adalah telatah Cik Mas yang berjaya mencuit hati aku apabila sewaktu makan tengah hari beliau memuji lepat pisang yang terdapat di kedai makan di Sg Congkak adalah lepat pisang yang sangat sedap rasanya.
"Susah dah nak dapat lepat pisang macam ni kat bandar. Kalau ade pun, mesti takde inti kelapa macam ni."
Itulah antara lain kata-kata Cik Mas tentang lepat pisang tersebut dan diakui oleh Mr Max sendiri sehinggakan beliau menyuruh kami menghabiskan kesemuanya. Mr Max yang agak selamba pada hari itu telah menafikan tafsiran aku bahawa Mr Max adalah seorang yang bengis (kerana ada kenal Mr Max sejak aku mengambil diploma di MIIM lagi). Sikapnya yang supporting dan boleh diajak bergurau ternyata menggamatkan suasana di dalam perjalanan. Begitu juga En Zan yang bertindak sebgai penglipur lara bagi aku kerana ada sahaja celotehnya sepanjang jalan. Semasa dalam perjalanan menuju ke lokasi-lokasi yang telah dipilih, aku agak tertarik pada perbualan antara Mr Max dan En Mazli kerana tiap butir bicara mereka mempunyai 'isi'. Sebelum ini aku tidak mengenali En Mazli (cuma pernah sekali aku tersilap sangka dia merupakan salah seorang pelajar di fakulti aku kerana saiz badannya agak kecil dan penampilan yang agak relaks) serta dia belum lagi mengajar aku, maka aku tidak berpeluang untuk memberi sebarng tafsiran padanya. Namun setelah mendengar perbualannya bersama Mr Max, aku agak kagum dengan pengetahuannya dalam bidang teknikal. Inilah yang dikatakan kecil-kecil cili api. Dan sebagai seorang pelajar, aku tentunya amat berminat untuk mengetahui bicara-bicaranya tentang kamera dan lighting serta hal-hal berkaitan teknikal untuk kemudahan proses pembelajaran nanti.
Satu yang aku suka tentang recce (juga tentang pasukan PSA ini) adalah tentang cara mereka bekerja. Mereka memang serius sewaktu bekerja dan apabila di luar waktu bekerja mereka tetap manusia biasa yang mampu ketawa jika kita membuat lawak. Kerana aku amat rimas bekerja dengan orang-orang yang di luar mahu pun di dalam waktu bekerja tetap 'bermain'. Bukan tidak boleh melawak sewaktu bekerja, tetapi biarlah berpada-pada dan kena pada tempatnya. Aku berharap agar segalanya berjalan lancar sehingga ke tarikh akhir penggambaran. Aku bimbang sesuatu di luar jangkaan berlaku, lebih-lebih lagi jika atas kesalahan aku memandangkan ini adalah kali pertama aku turut serta dalam penggambaran filem (walaupun hanya sekadar filem iklan) dan ini juga merupakan kali pertama aku dinilai bekerja dengan pensyarah di UiTM.
Jadi berbalik kepada kisah recce yang tak habis-habis ini. Setelah beberapa perbincangan kecil dan menimbal beberapa aspek, pengarah Mr Max tidak berpuas hati dengan lokasi sungai bertiti atau berjambatan kecil seperti yang terdapat di Sg Congkak. Lalu aku dan Azri sekali lagi ditugaskan mencari lokasi tersebut.
Maka mahu tak mahu demi memenuhi kehendak seorang pengarah, aku dan Azri sepakat mahu mencari juga lokasi tersebut. Jadi kami berbincang untuk mencari di sekitar Kuala Selangor. Mula-mula kami lanjutkan pencarian kami ke Kg Kuantan Kelip-kelip sebelum menyusur ke beberapa tebing sungai (barangkali parit juga). Meredah seberapa banyak sungai yang kami temui menemukan kami dengan beberapa nama sungai seperi Sg Burung, Sg Sireh, Sg Hj Dorani, Sg Besar, Sg Nibong serta beberapa lagi yang tidak sempat lekat dimemoriku sebagai tinjauan lokasi kami. Di Hj Dorani, banyak lokasi titi yang menarik perhatian kami, malah boleh dikatakan hampir kesemua rumah-rumah kampung disini mempunyai titi sedemikian kerana dihadapan rumah mereka adalah parit besar (nampak seperti sungai kecil) namun air yang mengalir di dalamnya sungguh kotor menyebabkan aku berfikir bagaimana kanak-kanak hendak bermain air di situ nanti. Namun aku dan Azri tetap mengambil gambar lokasi tersebut kalau-kalau pengarah bersetuju dengan lokasi tersebut. Tapi pemandangan di situ sungguh memikat rasa, seperti tak mahu pulang rasanya kerana rumah-rumah kampung yang damai serta panorama indah berlatarkan belakangkan sawah padi sungguh merasuk jiwa untuk terus tinggal di situ. Biar jiwa dan hati dikait indah di lokasi itu namun perjalanan harus diteruskan kerana ada beberapa lokasi yang perlu kami cari lagi.
Lantas Azri kembali memecut mencari lokasi sungai yang dipenuhi sampah sarap yang kotor dan ianya ditemui di Sg Sireh. Cantik sungguh kekotoran yang terjadi di sungai ini sehingga aku yakin Mr Max mesti sukakan karakter sungai ni. Apa-apa pun semua perlu ditunjuk kepadanya esok. Dan terus Satria putih Azri meluncur lagi ke Rawang pula. Melalui jalan lama dari Kuala Selangor ke Rawang membawa aku (juga Azri kerana menurutnya itulah kali pertama dia melalui jalan tersebut, maka kalau silap tentunya kami akan sesat) ke satu jalan yang belum pernah aku lalui. Mendengar nama jalan itu barangkali aku biasa namun secara jujurnya, inilah kali pertama aku melalui Jalan Batu Arang untuk ke Rawang. Jalannya tak ubah seperti di Bukit Putus, Negeri Sembilan sehingga aku pula yang rasa hendak putus nyawa apabila Azri dengan selambanya melakukan aksi drift. Ketakutan aku maha dewa ketika itu sehinggakan aku terpaksa berpaut pada pemegang di pintu untuk mengelakkan badan comelku berhayun umpama di atas roller coaster. Azri mentertawakan aku ketika itu, namun aku balas dengan senyuman sahaja.
Oh ya aku hampir terlupa, sewaktu dalam perjalan keluar dari pekan Tanjong Karang (sewaktu berhenti di persimpangan lampu trafik) aku tertarik pada sebuah papan iklan sebuah klinik di pekan ini. Segera kuhayun kamera untuk merakamkan imej menarik itu namun sudut yang terhad (dari dalam kereta) menyukarkan aku untuk merakam imej tersebut. Lalu kusuakan kamera pada Azri dan menyuruhnya merakam imej tersebut. Walaupun hasilnya tetap tidak seperti yang aku mahukan, namun bolehlah sekadar untuk berkongsi dengan pembaca semua. Lihat gambar di bawah. Sebuah papan iklan klinik rakyat yang dieja salah.
KELINIK RAAYAT - salah
KLINIK RAKYAT - betul (sepatutnya)
Aku dan Azri ketawa besar melihatkan ejaan ini kerana dalam era Malaysia sudah maju dan ke hadapan, masih ada lagi insan-insan yang tertinggal ke belakang lebih-lebih lagi dalam memartabatkan bahasa Malaysia. Kesal sedikit bertamu di hati aku kerana insan-insan yang membuat iklan ini tidak peka atau barangkali mereka peka akan kesalahan itu namun kerana mahu mengurangkan kos pembetulan, maka dibiarkan sahaja ejaan sebegitu. Mungkin di fikiran meraka apalah sangat salah ejaan, kawasan kampung pula bukan di bandar besar, namun aku sangat terusik kerana jika tidak dipelihara dari sekecil-kecil kesalahan, mungkin akan membawa kesan kepada kanak-kanak yang membacanya.
Ahh emosi sentiasa menjulang tinggi bila isu bahasa aku utarakan, mungkin kerana aku amat gemar bermain dengan bahasa makanya aku amat prihatin dengan hal ini. Berbalik kepada kisah pencarian lokasi. Tiada yang menarik di Hutan Lipur Sg Kanching menyebabkan aku dan Azri kembali menyambung perncarian ke Sg Tua Ulu Yam pula. Di sini kehampaan jua menunggu kami kerana kebanyakan sungai-sungai utamanya ditutup. Entah apa alasannya. Barangkali air sungai terlalu deras kerana hujan membasahi alam sejak beberapa hari yang lalu. Jadi untuk mengelakkan perkara-perkara di luar jangkaan adalah lebih baik pihak berwajib menutup tempat tersebut. Ya mungkin ada betulnya tindakan mereka, lalu aku dan Azri tekadkan hati meredah sekitar Sg Gombak untuk mencari lokasi seterusnya.
Namun kehampaan jua bersilih ganti kerana tiada yang memikat hati untuk dijadikan lokasi pilihan penggambaran nanti. Lalu dengan sedikit kesal kami panjangkan perjalanan pulang ke fakulti. Perjalanan yang panjang amat memenatkan aku dan pastinya Azrilah orang paling penat kerana dia yang memandu sepanjang perjalanan (hehehe aku memandu sekejap sahaja di Ulu Yam). Penat jelas bercampur dengan kerisauan di wajah Azri kerana bimbang tidak dapat memenuhi kehendak lokasi yang dimahukan pengarah. Aku bimbang juga, namun cuba kudiamkan sajaha kerana dalam senyap aku cuba mengingati lokasi-lokasi yang berkemungkinan sesuai untuk dijadikan lokasi penggambaran nanti. Namun tetap hampa, aku juga gagal memberi sebarang cadangan yang baik. Justeru kami banyak diam semasa perjalanan balik. Barangkali juga kerana terlalu letih berbanding di awal perjalanan tadi di mana kami rancak bersembang.
Dalam perjalanan pulang kami sempat singgah kembali ke kedai makan di tepi jalan yang berlatar belakangkan sungai di Gombak. Di sini aku menghadapi kesukaran untuk menghubungi tuan kedai ini bagi mendapatkan kebenaran penggambaran memandangkan orang yang berada di kedai ini ketika itu seakan main tarik tali dengan aku bila aku tanyakan tentang kebenaran untuk menggunakan lokasi tersebut sebagai lokasi penggambaran. Entah apa yang susahnya berurusan dengan orang Melayu. Bukannya produksi aku tidak membayar sewaan lokasi mereka. Bayangkan siapa nak bagi RM300 tanpa mengganggu waktu perniagaan mereka dalam masa tiga jam penggambaran sebelum kedai mereka beroperasi. Aku bukan hendak menjatuhkan sesiapa, tapi aku cukup yakin kedai sebegitu (kerana terdapat kedai lain beberapa meter dari kedai ini namun tidak sesuai) tidak akan dapat mengaut keuntungan sehingga RM300 sehari. Aku yakin kerana bondaku juga pernah berniaga sebelum ini. Maka aku sedikit hairan dengan kerenah mereka. Bila ditelefon tidak mahu berjawab. Bila sudah berjawab panggilanku ditolak ke sana ke mari sebelum mereka mematikan talian. Aku sedikit kesal dengan cara orang Melayu kononnya mahu menjaga hati orang, tetapi akhirnya menyusahkan aku. Ya mungkin aku sedikit emosi, namun aku tidak kisah kalau dia memberi jawapan tidak boleh kerana aku boleh mencari lokasi lain kerana masih mempunyai banyak masa namun janganlah memperkotak-katikkan aku. Bilalah Melayu nak maju kalau masih lagi ada manusia sebegini. Patutnya tuan kedai ini rasa berbangga kerana ada produksi hendak menggunakan kedai mereka sebagai lokasi penggambaran (malah dibayar pula) dan dapat mengaut keuntungan sekelip mata, namun mereka tidak melihat ini sebagai satu peluang perniagaan. Tapi setelah aku bersungguh-sungguh dan menunjukkan sedikit muka kesian (maklumlah orang filem mestilah tahu macam mana nak tawan hati orang) akhirnya barulah dia bersetuju untuk memberi kebenaran. Selesai minum di kedai tersebut, aku segera mengangkat kaki bersama Azri kerana tidak sabar nak mengulas karenah tuan kedai ini. Dan ternyata memang itu yang kami lakukan di dalam kereta sewaktu perjalanan pulang ke fakulti.
Maka dengan itu tamatlah recce kali ketiga ini. Esok ada mesyuarat dan kesemua imej yang dirakam akan ditunjukkan kepada Mr Max. Jika masih tidak berpuas hati, maka akan adalah episod recce yang keempat selepas ini. Dan aku kecut perut menunggu sehingga esok.
Sebelum aku mengakhiri tulisan panjang rentetan episod cari mencari lokasi ini, aku hendak berkongsi satu cerita benar anak-anak muda zaman sekarang tentang hubungan kekeluargaan (aku telah menokok tambah untuk memberi rasa dalam cerita ini, namun asasnya tetap sebuah kisah benar).
Alkisahnya...
Seorang lelaki bernama Azri (bukan nama sebenar) sedang melakukan recce. Bertindak sebagai pemandu kepada Satria bernombor pendaftaran WHP 2605 (bukan nombor pendaftaran sebenar) menyukarkan beliau membuat sebarang panggilan atau menerima panggilan ketika memandu. Hendak SMS apatah lagi, tentunya sukar. Namun apa yang aku perhatikan, dek kerana kasih dan cintanya pada si bunganya, mengatasi segala kesusahan yang timbul. Ahhh dunia memang begini, si kumbang mampu buat apa sahaja untuk si bunga pujaannya. Letaklah apa bangsa sekalipun, si kumbang tetap seekor kumbang dan si bunga tetap sekuntum bunga. Maka pemerhatian aku terhadap si kumbang di sebelahku agak konsisten, maklumlah aku bertindak sebagai penumpang kepada pemandu ini jadi atas alasan "dah takde benda lain nak buat" aku melancarkan observasiku ke atasnya (tapi aku memang seorang pemerhati kepada sesiapa sahaja). Kalau aku tidak silap, lebih daripada empat kali si kumbang berhubung melalui telefon dengan si bunganya. Entah apa isunya tidak pula aku ambil peduli. Namun si kumbang berlagak biasa menjawab atau membuat sebarang panggilan kepada si bunganya. Persis Sultan Melaka yang begitu menginginkan Puteri Gunung Ledang lagaknya walaupun si kumbang sedang memandu ketika itu. Tipulah kalau aku katakan aku tidak risau kerana stereng kereta kerap kali menghala ke kanan jalan bila kedua-dua tangannya cuba mencari-cari telefon bimbitnya untuk menjawab panggilan si bunga. Namun kudiamkan sahaja kerana masih belum lagi berlaku perkara buruk. Sehingga lewat petang ketika perbualan aku dan si kumbang berselang seli dengan panggilan dari si bunga pujaannya, sekali lagi telefon bimbitnya menari-nari entah lagu apa minta diangkat. Aku mengagak tiada siapa akan menghubungi si kumbang ini selain si bunganya seperti tadi. Namun kali ini telahan aku silap kerana bondanya pula yang menghubunginya. Seperti tadi jua, isunya tidak pula aku berminat. Tetapi ada satu ayat yang keluar dari mulut si kumbang yang menarik perhatianku.
"Ma nak cakap apa? Cakaplah cepat, tak boleh lama ni sebab tengah bawak kereta."
Serta merta aku tersentak.
Nak ketawa pun ada juga, namun kutahan sahaja kerana tidak mahu mengganggu perbualannya.
Maka aku menunggu sahaja sambil membuang pandangan ke luar cermin kereta. Namun aku menunggu tidak lama.
Selesai sahaja si Azri mematikan panggilan, lancang mulutku bertanya siapa (kerana aku yakin bondanya yang menelefon, dan aku punya alasan kukuh untuk bertanya bukan menyibuk).
"Mak kau telefon ye?"
Azri mengiakannya. Dan sepantas itu tawaku pecah berderai. Azri pun turut ketawa. Kuat.
"Ooo...mak kau telefon kau suruh mak kau cakap cepat-cepat ye. Tengah bawak keretalah, ada polis lah, apalah ye. Time Lia (juga bukan nama sebenar) call aku tengok rileks je kau jawab. Anak bertuah betul kau!"
"Hahahahahahaha." Tawa si Azri bertambah kuat dalam Satria putihnya. Dan aku jua turut menambah gema tawa dalam keretanya.
Itulah kisah anak muda yang aku ingin kongsikan sebelum aku melabuhkan tirai laporan recce projek PSA aku. Hal sebegini memang berlaku. Malah kalau aku tidak silap, aku juga turut berkelakauan seperti Azri. Entah...jangan ditanya apa alasannya. Cuma itulah kisah anak muda zaman sekarang. Bukan tak sayang bondanya, bukan tak kasih bondanya, tapi kasih dan sayang lagi pada pasangannya.
Namun sekurang-kurangnya si kumbang tetap menjawab panggilan bondanya. Nilailah kasih sayangnya...
:: Selamat Hari Ibu buat bonda tersayang, Siti Suah Suni. Mama, adik sayang mama. Really love u mom. Emmmuuuaaahhhh a kiss on ur cheeck mom. Malam ni suap adik makan ye hehehe ::
*pic thanks to Azri, Byxura & Cik Mas
Wednesday, April 16, 2008
Dato' Dr A Samad Said was in TEKA, Puncak Perdana

Satu hari yang cukup bermakna buat semua pelajar Fakulti Teknologi Kreatif & Artistik (TEKA) sebab dengan limpah kurnia-Nya seorang penulis dan pemikir negara sudi meluangkan masanya menyampaikan ilmu di fakultiku. Kedatangan beliau bukan sekadar menyemarakkan tugasan pelajar program penulisan skrin namun sebagai usaha pihak fakulti untuk meraikan kelahiran beliau yang genap 73 tahun pada hari ini.
Apa yang menarik menurut Pak Agi (selaku penasihat projek) begitu bertuah seorang penulis mempunyai umur yang panjang sebegitu. Kerna katanya lagi jarang sekali penulis mempunyai umur yang panjang. Entah apa alasannya, tapi penjagaan kesihatan merupakan subjek utama yang disentuh Pak Agi. Aku bersetuju, malah bukan penulis sahaja yang perlu menitikberatkan soal kesihatan tetapi semua golongan perlu mengambil kira faktor kesihatan sebagai elemen utama dalam kehidupan.Lihat sahaja penulis kegemaranku, Chairil Anuar, yang meninggal dunia di usia yang muda. Dek kerana itu walaupun karyanya bagus, namun tidak banyak yang sempat dihasilkannya. Justeru aku juga mengakui kata-kata Pak Agi ni.
Majlis Sepetang Bersama Dato' Dr A Samad Said ini diselangseli dengan bacaan puisi terpilih karya A Samad Said sendiri oleh pelajar dan beberapa pensyarah. Ada juga persembahan muzik dari kumpulan Serambi yang paling aku suka kerana terdapat pemain seruling dalam kumpulan ini. Sesi autograf dan bergambar merupakan antara aktiviti yang paling dinantikan pelajar terutamanya aku sendiri. Beberapa buah buku karya beliau juga dijual dengan separuh harga disini. Aku sempat juga membeli sebuah buku walaupun duit dipoket hanya ade beberapa helai note seringgit sahaja, namun aku tekad untuk mandapatkan sebuah karya yang aku minati. Akhir sekali beliau turut membacakan puisi beliau disertai dengan penerangan yang terperinci tentang puisi beliau. Dan sempena ulang tahun beliau yang ke 73, maka sedikit upacara memotong pulut kuning diadakan khas untuk beliau.



Sebenarnya aku, Azri dan Byxura ditugaskan untuk mendokumentasikan perjalanan majlis ini. Byxura bertindak sebagai jurufoto manakala aku dan Azri bertanggungjawab dalam soal rakaman video. Suasana agak kelam kabut juga memandangkan aku dan Azri sudah lama tidak mengendalikan kamera serta pada hari tersebut juga berlangsungnya Hari Skrin bagi pelajar program Seni Layar. Aku dan Byxura juga terpaksa menghafal nota subjek Italy II kerana kami ada ujian lisan bagi subjek ini.
Memang segalanya agak kelam kabut, namun aku mengambil ini sebagai satu pengorbanan dan kerana tanggungjawab serta kepercayaan yang tinggi Pak Agi terhadap kami, maka kami semua gagahkan juga untuk memenuhi permintaan Pak Agi. Kerana pada aku, jika seseorang sudah meletakkan kepercayaan kepada kita, kenapa kita hendak menghancurkannya. Soal boleh buat, senang atau susah...hanya alasan untuk tidak mencuba. Dan aku...akan cuba sedaya upaya untuk buat yang terbaik apabila diberi apa sahaja tugasan. Itu aku. Aku yang akan membuat apa sahaja kerja bila diberi tanggungjawab, dan aku yang tidak akan meminta-minta untuk melakukan sesuatu yang aku tidak mampu untuk lakukan tetapi aku mahukannya atas dasar nak tunjuk pandai.
Dan aku cukup bertuah kerana dikelilingi kawan-kawan yang mampu membuat kerja yang diberikan dengan baik dari membuat bising semasa bekerja. Dan aku juga cukup bersyukur kerana berada di kelompok yang dikenali oleh pensyarah dan bukannya popular di kalangan pelajar.
Buat....
Pak Agi, terima kasih kerana mempercayai kami.
Byxura, ko memang best.
Azri, ko pun best gak sebagai team member.
Untuk aku, keep your track and stay focus. Kejayaan perlukan pengorbanan.
Maka...Majlis sepetang ini aku anggap sebagai satu alternatif untuk ku menilai karya orang serta satu platform untuk aku menilai diri.
April '08
-kepercayaan orang terhadap diri tidak dibentuk kalau kita tidak percaya pada kemampuan diri...beri peluang pada diri untuk dipercayai adalah kunci kepada keyakinan diri...


*Gambar-gambar terakhir ini adalah sekadar hiasan semata-mata, tiada kena mengena dengan majlis yang berlangsung hehehe
Tuesday, April 15, 2008
Dia...

Dia sudah tidak berpakaian ketika aku berada disebelahnya,
Apa harus aku lakukan ketika tubuhku benar-benar menyentuh tubuhnya,
Resah...
Aku diamkan saja perasaanku saat dia mula meletakkan bibirnya di bibirku,
Dan aku mulai dikucupnya penuh kasih,
Terus mataku aku pejam kuat-kuat,
Bukan kerana asyik juga bukan kerana takut,
Tapi kerana malu,
Kerana ini adalah yang pertama kali aku dikucup seindah ini.
Saat aku masih lagi menutup pandanganku,
Dengan penuh desah diungkapkan cinta yang mudah,
Tapi begitu menusuk sehingga mataku tiba-tiba melihat hanya dia,
Juga melihat aku yang berada dalam renungannya.
Kurelakan,
Jemarinya menelanjangi inci-inci keterujaan aku,
Kurelakan,
Jemarinya menari-nari ke pelusuk tersembunyiku,
Kurelakan,
Aku lemas bersama keinginannya.
Ketika cahaya bulan samar-samar menyimbah mukanya,
Dia terdiam,
Dia melangkah lesu ke jendela,
Aku hanya melihat sebelum aku menurutinya,
Dan aku paut dirinya dari belakang...Ahh terasa damai,
Kuletakkan rapat-rapat kedua tangganku melingkari pinggangnya,
Dan kulabuhkan daguku dibahunya,
Aku menunggu reaksinya...
"Kita tidak sepatutnya begini sayang," katanya.
Riakku kosong.
Aku longgarkan pelukanku.
"Harusnya kita bagaimana?" suaraku menyentuh cupingnya.
"Harusnya kita mencintai."
"Dengan begini kita tidak bercintakah?"
"Harusnya kita berkasih sayang."
"Tiada kasih sayangkah di antara kita?"
"Harusnya kita bernikah dahulu."
Dan aku terdiam. Tidak meminta-minta lagi.
Air-air dipantai berhenti bergelombang,
Hanya ombak kecil yang setia menghempas,
Dan aku kehilangan kata-kata,
Tetapi masih mahu dia...
4 April '08
- berteman imaginasi tentang cintaku M.A.G.F.I.R
Monday, April 14, 2008
Kisah sajakku
Kamalia; katanya bagus kalau aku mahu mencuba.
Faisal; (emmm aku dah lupa apa kata-katanya, tapi lebih kurang sama seperti rakan yang lain memberi aku semangat untuk mencuba.)
Byxura; Bagus mencuba. Byxura pun berminat nak menghantar. Dan aku kagum dengannya sebab dia boleh menulis saat itu juga (ketika itu di kedai makan) di atas sehelai tisu! Bayangkan betapa hebatnya dia sebab aku biasanya menulis dalam keadaan tenang. Tapi apa yang jadi pada karyanya itu selepas itu aku tak tahu. Barangkali tisu itu digunakan sebagai pengelap muka...
Mira & Azri; kedua-dua rakanku ini tidak tahu bahawa aku menyertai pertandingan tersebut. Kerana waktu itu mereka tidak makan bersama-sama aku. Dan aku juga tidak menghebohkannya. Kerana pada aku, peluang dapat berkarya dan platfom untuk mereka mendengar apa yang aku tulis, itu yang lebih aku utamakan. Dan pada aku ramai lagi yang layak untuk menang. Sama ada aku menang atau tidak, aku tak peduli.
Inilah memori yang bermain di mindaku sewaktu aku duduk membaca sajak tersebut. Ia membuat aku tersenyum. Lantas aku mengirim SMS kepada bonda tersayang bahawa aku memenangi pertandingan itu. Dan kemudian aku khabarkan pada cintaku. Semuanya mengucapkan tahniah. Terima kasih...
Dan kawan-kawan, mungkin kerana saling kaitan antara kami semua...kalianlah antara orang-orang pertama yang aku kongsi kemenangan ini. Kalianlah pembakar semangat untuk aku menulis dan terus menulis.
Bila ada rakan-rakan tanya kenapa lahirnya sajak ini, dengan mudah aku menjawab...
"Aku tulis macam ni sebab aku sakit mata setiap kali aku melintasi blok hostel pada waktu tamat kuliah (hatta waktu maghrib pun) terlalu ramai pasangan pelajar yang duduk berpeleseran, bergurau senda bertepuk tampar antara lelaki dan perempuan tanpa segan silu. Ini mungkin luahan aku atau kritikan aku terhadap mereka...atau katalah apa sahaja tentangnya, kerana aku menulis dari observasi aku semasa di universiti ini. Maka lahirlah sajak ini.."
Ya aku tahu, di mana-mana universiti pun keadaan yang sama berlaku. Aku bukanlah seorang manusia tipikal yang tidak boleh menerima keadaan itu, namun aku tidak dapat menerima jika ianya dilakukan di dalam fakulti. Lakukanlah di luar, tiada siapa peduli. Tapi di dalam universiti tak perlulah berkelakuan seperti itu kerana ia boleh saja menganggu orang lain. Itu yang aku kesalkan kerana sehingga lewat 12 malam pun keadaan seperti masih boleh dilihat di tepi-tepi hostelku dan suara mereka sememangnya menggangu aku untuk tidur.
Berbalik kepada soal sajak ini, aku ingin mengucapkan berbanyak ungkapan terima kasih kepada AYAH AGI yang telah sudi meluangkan masanya menyemak sajak ini sebelum aku menghantarnya kepada pihak penganjur. Trimas juga buat rakan-rakan yang memberi galakan. Trimas buat cinta yang menguatkan aku untuk menulis.
Di bawah ini aku catitkan sebahagian dari bait-bait sajak itu yang menjadi kegemaran aku...
Ketika sang arjuna mula berani merapatkan jarak,
Sang dewi kaku – seperti ais-ais yang membeku,
Ketika sang arjuna mula berani mencipta ciuman,
Sang dewi merelakan – malah meminta lagi.
“Bersabarlah sang arjuna, bersabarlah sang dewi...
Kerana cinta dan air yang mengalir akan tetap mengalir pada lorong yang seharusnya,
Kalian pasti sudah banyak bersabar dan tiada salahnya bersabar lagi...
Inilah antara bait-bait yang paling gemari dalam sajak ini. Cukup kuat untuk aku tujukan kepada pasangan-pasangan yang begitu mesra diluar sana. Dan nantikan satu lagi sajak yang bertajuk "Dia" yang akan cuba aku habiskan seberapa segera. Pastinya sajak ini lebih emosi dan imaginasi dariku.
Kemudian aku kembali membelek-belek buku filem yang tadinya aku lepaskan ke meja...
12 April 2008
Sunday, April 13, 2008
KENA MARAH???
Kalau aku tanya diri aku sendiri, bila agaknya kali terakhir aku rasa takut yang amat sangat... ataupun bila agaknya kali terakhir aku kena marah... tentunya aku sendiri tidak dapat mengingatinya. Atau dalam erti kata lain, memang sudah lama sangat rasanya aku tak rasa takut sangat ataupun sudah lama aku tak kena marah. Mungkin kerana umur pun dah menjangkau 25 tahun atau memang sepanjang beberapa tahun ini aku tak banyak buat hal, jadi secara automatisnya tiada apa yang patut orang-orang di sekeliling aku marahkan aku. Jadi bila sudah lama tak rasa takut sangat dan kena marah, sesekali kena marah buat aku rasa takut sangat. Takut sampai aku rasa macam nak lari saja dari apa yang aku sedang rasai atau paling tidak pun humban muka ke bantal. Hmmm mungkin orang lain punya cara yang lebih ekstrem nak ekspreskan perasaan takut mereka, tapi bagi aku ketakutan aku lebih menguasai aku sehingga aku tidak dapat berfikir perkara-perkara yang amat ekstrem untuk melarikan diri aku dari ketakutan.
Subjek “KENA MARAH” memang satu subjek yang bunyinya agak tipikal dan kebudak-budakkan. Jadi tentunya di fikiran kita apabila kena marah mesti berkaitan dengan budak-budak atau pun kena marah sebab perangai kebudak-budakan. Sebenarnya subjek “KENA MARAH” ni cukup meluas. Ia boleh menjadi apa saja.
Kena marah sebab nakal/degil.
Kena marah sebab curik duit mak.
Kena marah sebab pecahkan pasu jiran.
Kena marah sebab malas pergi mengaji.
Kena marah sebab datang lambat.
Kena marah sebab masak tak sedap.
Kena marah sebab tak siapkan asignment Prof. Rosini.
Kena marah sebab tak datang screening.
Kena marah sebab tak hantar asignment Ayah AGI.
Kena marah sebab...kadang-kadang tiada sebab pun boleh kena marah juga. Setuju, kan?
Hmmm... tapi kat sini aku nak cerita satu “peristiwa” yang melibatkan kemarahan seseorang pada aku. Atau lebih tepat lagi kena marah dengan seorang pensyarah secara pakej. Maksud aku secara pakej adalah kerana aku dimarahi bersama dengan lima orang rakan aku yang lain. Ohhh bayangkanlah...setelah sekian lama tak kena marah (rakan-rakan yang lain tidak pula aku ketahui kali terakhir mereka kena marah) aku merasakan satu tamparan yang amat hebat petang tadi. Tamparan yang persis “Tamparan Wanita” dalam lagu nyanyian kumpulan Elite suatu ketika dahulu telah menerbitkan satu ketakutan yang maksima dalam hati aku, dan aku pasti malah amat yakin, rakan yang lain juga mempunyai perasaan yang hampir sama denganku.
Kisahnya cukup mudah, dan salahnya... memang kami yang bersalah. Maka hasilnya... memang padan muka kami semua kena marah.
Tentunya tertanya-tanya apakah kes sebenarnya yang terjadi sehingga seisi kelas kena marah sekali gus dihalau keluar dari kelas itu. Ya ampun... nak kata malu pun ada juga. Rasa bersalah tu jangan ceritalah sebab satu-satu wajah kami memang menunjukkan rasa bersalah yang amat sangat.
Kisahnya begini...
Alkisahnya kelas penulisan skrin semester 2 memang biasanya akan dibahagi kepada dua sesi iaitu sesi menonton world film dan kemudiannya sesi untuk membincangkan filem tersebut. Maka petang tadi merupakan kelas untuk sesi tayangan filem. Seperti yang telah ditetapkan oleh pensyarah, filem Fire (1996) arahan Deepa Mehta telah ditayangkan kepada kami. Seperti biasa juga, kami semua memang patuh bagaikan lembu yang dicucuk hidung setiap kali di dalam kelas ini. Malah nak bersuara pun tiada seorang yang berani... kecuali si Azri yang merupakan anak emas (ooopppsss sorry Azri label kau macam ni, tapi dari kaca mata aku memang pun kau kesayangan pensyarah ni) sahaja yang berani bersuara. Aku lagilah... nak gerakkan badan pun punyalah takut. Nak angkat muka pun seram tiap kali dia tanya aku. Entah apa yang aku takutkan sangat, tapi itulah perasaan yang sentiasa menguasai aku setiap aku aku jejakkan kaki ke kelas beliau. Tapi dari satu sudut yang lain aku amat mengagumi ketekunan pensyarah ni sehingga menjadi penerima PhD pertama di Malaysia dalam bidang filem. Jadi berbalik kepada kisah di dalam kelas pensyarah ni, kami semua tekun memasang LCD projektor dan laptop untuk sesi tayangan. Bila semuanya sudah selesai, kami mengambil tempat untuk memulakan tayangan. Masing-masing sudah bersedia dengan pen dan kertas untuk mencatatkan apa sahaja point penting tentang filem ini nanti. Serius dan fokus, itulah gambaran jelas yang terpancar di wajah kami. Mungkin kerana takut maka masing-masing tekun atau barangkali berpura-pura tekun. Cuma Azri sahaja sedikit relaks kerana berani menaip beberapa perkara di laptopnya. Mungkin menghabiskan tugasan yang tidak siap.
Jadi untuk 10 minit yang pertama, kami memang tekun membaca teks filem ini, namun sejurus sahaja pensyarah ini keluar kerana ada sedikit hal katanya, kelas mula bertukar wajah. Dari sebuah kelas yang serius pada awalnya, kami semua mula bersorak gembira. Aku pun antara orang yang paling gembira. Kesan audio filem ini yang tidak berapa baik mendorong aku dan rakan-rakan yang lain untuk membuat salinan (tanpa memberitahu pensyarah kami) terhadap filem ini dengan alasan kami akan mengkaji filem ini secara individu. Tetapi dalam masa yang sama kami masih lagi menonton filem ini walaupun dalam keadaan yang tidak fokus kerana masing-masing sudah membuka laptop, termasuklah aku kerana mahu membuat salinan terhadap filem Fire ini. Sejam berlalu dan kami mula aktif. Azri turun ke bawah untuk mencetak tugasannya, Kamalia keluar ke bilik hostelnya untuk mengambil laptop. Dan jemaah yang tinggal meneruskan tontonan filem ini secara sambil lewa. Lagipun kalau kami fokus pun, bukan boleh faham kerana kualiti audio yang tidak memuaskan. Se
Seketika kemudian Kamalia kembali dengan laptopnya. Kemudian pintu berkuak pantas. Kami terkesima. Terperanjat. Terkedu. Dan akhinrnya kami sedar, kami telah terperangkap! Ya...pensyarah kami masuk secara tiba-tiba. Dalam perkiraan kami sepatutnya pensyarah ini sudah berlalu pergi dengan keretanya. Aku punyalah takut waktu itu, hanya tuhan sahaja yang tahu. Nasib baiklah aku sudah kembali ke tempat duduk di mana aku mula-mula duduk seawal kelas bermula tadi. Pensyarah kami agak terperanjat melihat keadaan kelas yang kucar kacir (kerana kerusi bertaburan tidak bersusun kemas seperti mula-mula tadi). Dia bertambah terperanjat bila mendapati dua pelajar lain sedang menggunakan laptop, atau dalam erti kata lain tidak menumpukan perhatian pada tayangan filem yang sepatutnya kami tonton beramai-ramai. Namun pensyarah ini tidak bersuara banyak, hanya beberapa patah kata sahaja (tapi aku sudah lupa kata-katanya) dan terus memasuki biliknya di bahagian belakang kami.
Serta merta kami lima orang saling bertukar pandangan ngeri. Ketakutan aku waktu memang berada pada tahap dewa. Kami saling bertanya, “Mana Azri?”
Azri masih belum kembali dari mencetak tugasannya. Ohhh pastinya Azri akan menerima kemarahan yang teruk nanti fikirku. Nasib baik Kamalia sempat sampai sebelum pensyarah ini masuk kembali. Kalau tidak pasti akan menambah lagi kemarahan pensyarah ini.
Tiba-tiba pensyarah ini keluar dari biliknya dan mengarahkan Faisal menamatkan tayangan dan menyuruh kami semua keluar dari kelas. Kala ini ketakutan aku amat memuncak. Peluh-peluh kecil mula menguasai aku. Aku takut, cukup takut. Dan untuk menutup ketakutan itu, aku cuba menolong Faisal mengemas projektor dan laptopnya. Dan rakanku yang lain kecuali Azri, sama-sama mengemas peralatan tayangan sambil masing-masing bertanya apa akan jadi selepas ini.
“Macam mana ni, dah kantoi?”
“Alamak Azri tak balik lagi, dia mesti kena marah nanti.”
“Takutnya!!”
“Apasal tak kunci pintu tadi? Apasal tiba-tiba pensyarah ni datang balik? Kan dia dah balik tadi?”
“Entahlah aku tak tau. Aku takut.”
“Macam mana ni?”
“Macam mana ni?”
“Macam mana ni?”
“Macam mana ni?”
“Macam mana ni?”
Dan itulah yang aku dan rakanku yang lain tanya sehinggalah kami turun ke bawah.
Kata pensyarah ini, buat apa nak adakan tayangan kalau tak berminat. Tak perlu adakan kelas ulasan Jumaat akan datang. Kami semua tersentak. Marah benar nampaknya pensyarah ini. Tapi secara logikalnya, memang salah kami. Tapi aku dan rakan yang lain bukan tak tengok filem yang ditayangkan, Cuma kami tak memberi sepenuh perhatian pada tayangan ini.
Bila kami sudah sampai di bawah, kami tunggu Azri. Azri kembali beberapa minit kemudian dan bertanyakan bagaimana boleh jadi sampai begini. Dan jawapan yang paling kronik kami dapat berikan adalah...
“Manalah kita orang tau dia nak datang balik. Tadi nampak dia bawak kunci kereta, ingatkan dia balik terus. Pulak tuh pintu tadi tak kunci. Kita orang ingatkan kau yang masuk tadi. Sekali dia la pulak. Apalagi lepas tu...semua kena halau la...”
Dan Azri hanya mampu menyesal kerana keluar dari kelas meniggalkan kami sebagai tanggungjawabnya untuk memastikan kami semua menonton filem tersebut. Kusut. Cukup kusut sekali keadaan ketika itu. Masing-masing takut. Kami cuba mencari jalan penyelesaian yang terbaik untuk meminta maaf pada pensyarah ini. Namun masing-masing sungguh takut untuk naik ke atas semula. Dan orang yang paling takut tentunya adalah aku. Kalau boleh aku tak mahu naik lagi. Kalau boleh mahu saja aku jerit dari bawah mengatakan aku meminta maaf. Tapi akhirnya kami sebulat suara untuk naik kembali ke kelas dan meminta maaf.
Maka selepas itu bermula lah episod air mata Mira. Pensyarah ini membenarkan aku dan tiga lagi rakanku yang lain keluar dan tidak menempelak kami. Aku terkejut. Tapi kami masih tak berganjak dari biliknya seraya meminta maaf. Namun kami diminta keluar juga kalau tidak kami akan dimarahi lagi. Cuma Azri dan Mira sahaja yang disuruh tinggal dalam biliknya. Namun kaki kami berempat berat untuk meningglkan biliknya menyebabkan kami menunggu di luar biliknya dan bukan berlalu pergi seperti yang diarahkannya. Kerana pada kami semua, memang kami bersalah dan kami patut menanggungnya bersama-sama. Tidak adillah hanya dua orang sahaja yang dimarah teruk sedangkan dengan jelas dan terang memang kami semua bersalah.
Dari luar aku dengar Azri dimarah kerana melepaskan amanah dengan meniggalkan kelas tanpa pengawasannya. Mira...hmmm aku tak tahu apa ceritanya, sebab tak dapat mencuri dengar. Namun menurut Mira selepas itu, pensyarah ni tak marah Cuma kata-katanya memang menusuk ke kalbu.
Maka selepas itu, kami sedikit lega. Namun pengalaman kena marah tetap menjadi satu pengalaman pada aku. Lepas ini, aku berjanji seboleh-bolehnya untuk fokus dalam kelas dan kalau boleh aku tak mahu KENA MARAH lagi bila usia aku masuk 26 tahun pula.
Apa yang dapat aku perhatikan dalam hal ini adalah semangat setiakawan antara kami enam orang memang terjalin kukuh. Dan sifat tanggungjawab apabila sesuatu perkara buruk berlaku jelas kelihatan dalam diri rakan-rakanku. Aku kagum dengan personaliti setiap rakan-rakanku. Semoga pertalian kita akan kekal sampai bila-bila. Jika ada perselisihan faham lebih baik diselesaikan sebelum menjadi lebih kusut. Lebih-lebih lagi aku yang punya daya sensitif yang tinggi.
Buat rakan-rakan, kalau ada silapnya diriku beritahulah. Terkadang mata tak nampak, tapi kalian perasan perlakuan aku yang tidak elok, maka tegurlah.
Buat pensyarah kami, maafkan kami, maafkan kami, maafkan kami...
4 April 2008
Ketika setelah sekian lama tak kena marah...







