Tuesday, December 23, 2008

my life in little words


Memang dah lama benor rasanya aku tak upload ape-ape aje kat blog nih hehehe sebabnya tetap sama...barangkali boleh jugak dianggap ALASAN....malas dan takde masa.

Aku pun dah penat dengan alasan tuh, tapi memang sibuk pun sejak kebelakangan ni. Aku baru abis shoot short film "AWAN MENDUNG MENANTI PELANGI". Sekarang sibuk plak tolong grup Jaja (walaupun tolong sikit je) nak shoot lagi satu short film.

Pastu agak kelam kabut gak la sebab sorang member aku ni kena operate. Dek kerana dia memang member kamceng aku, jadi aku rasa bertanggungjawab nak menemankan dia untukdua hari akan datang ni. Apa yang aku harapkan dia selamat menjalani operation dan lump yang ada kat breast dia dapat dikeluarkan segera.

Hmmmm macam dah jadi taboo sekarang ni, tak kira apa peringkat umur memang senang nak dapat penyakit. Dan penyakit pun sekarang ni macam-macam jenis pulak tuh. Aku harap kengkawan kat luar sana buatlah anual check up sebab malang itu tidak berbau hahahaha
Anyway....tahniah untuk team kopitiam production sebab sekali lagi akan keluar dengan produk baru. Terima kasih pada semua yang join team ari tuh and special thanks to En Norman atas skrip yang sangat MELODRAMTIK hehehe and tell you what, the poster (wic drawn by En Norman itself) was totally awesome. Aku awal-awal lagi dah nak tempah hehehe cun giler beb... nanti aku upload kan yer

So anyway...semester baru nak bukak dah. Tahun baru pun dah mai dah...
just hope for the best thing doesnt get bored to be in my life again and again.


No comments:

Post a Comment