Semester baru dah bukak. Entah kenapa aku tak rasa teruja untuk melangkah ke semester baru. Barangkali alasan yang tepat adalah kerana aku tidak pernah merasakan cuti semester sepanjang penutupan kuliah pada semester yang lalu. Mana tidaknya, walaupun rakan lain sibuk cuti-cuti Malaysia aku pula sibuk berulang-alik dari fakulti seperti setiap hari ada kelas di Puncak Perdana. Sampaikan bonda sendiri mengejutkan aku setiap pagi dengan pertanyaan "Takde kelas ke pagi ni?" Dan aku aku hanya seorang anak yang menjawab "Takde kelas. Tapi kena pergi fakulti gak, ada keje kena buat." Bonda pula tidak bertanya lanjut selepas itu.
Jadi apabila setiap hari aku ke fakulti, maka aku rasa tiada bezanya antara cuti semester dan semester baru. Kedua-dua memberi aku rasa yang sama iaitu, penat + banyak keje + sibuk. Dan sehingga ke hari ini (masuk ke minggu kedua) kerja-kerja pada cuti semester masih lagi bertindih dengan jadual kelas yang baru bermula. Kadang kala aku merasakan aku mengkhianati waktu belajar aku sendiri kerana terlalu sibukkan diri dengan perkara-perkara lain selain belajar. Ya barangkali fokus aku sedikit lari pada semester ini. Barangkali juga aku belum bersedia untuk ke semester 4 ini. Subjeknya (pada aku) nampak macam berat. Entahlah, semangat aku hilang sedikit.
Ini ditambah lagi dengan obsesi baru aku dalam bidang fotografi membuatkan aku mengambil sikap enteng terhadap pelajaran. Aku lebih gemar membelek DSLR berbanding duduk berjam-jam membaca buku atau membuat penyelidikan di internet. Ahhhh jiwa aku bertelagah antara kemahuan dan tanggungjawab. Apa yang aku paling takutkan adalah peribahasa dulu-dulu "yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran".
Tapi jujurnya aku gembira dapat berkarya melalui foto-fotoku. Minat untuk mengkaji filem semakin luntur. Kadang kala apabila En. Norman dan Azri berbicara tentang filem, ia sekadar singgah di angin lalu sahaja bagiku. Bukan aku tidak pernah cemburu apabila mereka berdua (atau sesiapa saja) rancak memberi komen dan ulasan tentang sesebuah filem, namun aku seakan membiarkan keinginanku itu umpama membiarkan seekor burung melepaskan diri dari sangkarnya. Aku jadi bertambah cemburu dengan blog rakan-rakan yang bijak membahaskan tentang sesebuah filem dengan teori-teori, falsafah (dan entah apa lagi bahasa-bahasa filem yang aku sendiri tak faham). Tetapi jiwa aku lebih senang untuk membahaskan sekeping foto.
Walau bagaimana pun semester ini tetap perlu diteruskan. By hook or by crook i have to maintain my result and the most important thing is kena upgrade kan lagi result aku semester ni sebab semester lepas, pointer aku jatuh agak teruk.
Well i bet, that is all for now.
(Entah kenapa sejak akhir-akhir ni aku sering menulis tentang keletihan, hilang semangat dan hilang fokus. Am i really losing my grip or what? Do i need some refreshment or shuold i quit? Quit from what?)
And again im restless.......

No comments:
Post a Comment