Thursday, January 15, 2009

Awan Mendung Menanti Pelangi kena BANNED


Dua hari lepas...

Tak tahu nak mula di mana. Dan tak tahu nak menghuraikan bagaimana. Tapi nyatanya filem pendek terbaru geng-geng Kopitiam kena BANNED untuk ditayangkan di fakulti aku sendiri. Dan yang menyekat tayangan perdananya pada 21 Januari nanti adalah Dekan Fakulti Teknologi Kreatif & Artistik sendiri.

Sebabnya aku tak berapa pasti kerana aku masih belum mendengarnya sendiri dari En. Norman. Sebab yang disampaikan oleh rakan-rakan adalah kerana dekan tidak bersetuju dengan appraoch yang digunakan si pengarah. Katanya it should be spoof comedy rather than we show a melodramatic approach. Well memang late 70's and early 80's the filmmaker present it that way, so no doubt la kita orang (i mean Azri) guna pendekatan yang sama.

Aku tanak memberi sebarang spekulasi kenapa Prof. Hatta Azad Khan banned short film tersebut. Aku menunggu En. Norm memberitahu kepada aku dengan jelas sebelum aku memberi sebarang maklum balas tentang hal ini.

Cuma bila ada yang kata adakah kita patut reshoot untuk dapat end product seperti yang Prof. Hatta suka, i will defenitely jawab HELL NO!!!

Aku (sebenarnya Azri) membuat filem bukan kerana orang itu suruh kami membuat filem sedemikian rupa. Tetapi kami membuat filem kerana hasrat kami ingin berkarya. Dan karya kami lahir bukan kerana kami ingin memuaskan hati sesiapa, tetapi berdasarkan intuisi seorang pengarah yang mengaitkan durasi-durasi tertentu dalam hidupnya untuk direpresentasikan ke atas satu medium filem dengan pendekatan yang berbeza-beza. Aku yakin, rakan-rakan kopitiam lain juga sependapat denganku.

Buat En. Norman, maaf kerana team kopitiam gagal membuat sebuah filem pendek untuk ditayangkan kepada para penuntut FACT sendiri. Jangan risau, beri masa dua bulan sahaja Insya-Allah filem pendek AWAN MENDUNG MENANTI PELANGI akan mula ditayangkan di kebanyakan art event. Aku akan cuba ke arah itu.

Dan untuk geng-geng kopitiam yang lain, pembikinan filem pendek yang lain tetap akan diteruskan.




1 comment: