Apart from screening Sri Lankan film this week, there also will be Sri Lankan Film Talk which will be held tonight. Same place, same time. Panels gonna be Mamat Khalid n few panels moderate by Hassan Mutalib.
Come n join FACT for this relaxing talk on Sri Lankan film.
Feb 23 AWAITING A TRAIN (Director: Upali Gamlath, 12min.) The war between the Sri Lankan army and the Tamil Tigers not only displaces people but also tears children from their parents.
DARK NIGHT OF THE SOUL (Director: Prasanna Vithanage, 75min.) After 20 years, a man is confronted with the woman he left behind after making her pregnant. She is now in the dock facing a murder charge and he is in the jury and must decide her fate. Cinematic time and space is used to speak of the human condition in a minimal and restrained manner.
Feb 24 UPPALAVANNA (Director: Sunil Ariyaratne, 123min.) A young nun comes upon an insurgent who has assassinated a university student but has been wounded in the process. The police hunt for the insurgent. The nun is in a dilemma. Should she heal him back to life or allow him to die? Or surrender him to the police?
Feb 25 TALK on SRI LANKAN CINEMA (TBA)
Feb 26 IN SEARCH OF A ROAD (Director: Dharmasena Pathiraja, 82min.) A railway line between Colombo and Jaffna; the war between the Sri Lankan army and the Tamil Tigers; mobility; place; displacement. A road movie becomes a documentary. Home and state become the land of the unknown, a no-man’s land. Blurring the lines between fiction and reality, the film takes us on a 100-year journey through history and memory, into the future.
Feb 27 AUGUST SUN (Director: Prasanna Vithanage, 108min.) A woman in search of a missing husband; a man who helps her to trace the whereabouts of her husband; a Muslim family in search of a place to call home in a war-torn country; a little boy who has to leave a dog behind; a youth in search of his wayward sister. Whose dilemma is greater?
Organised by SCREEN Program FACT FilmScreening Club
Hujung minggu aku habiskan dengan Nid, Yuji dan Anje. Nothing much we had, tapi really interesting.
Sabtu aku ke rumah Nid dengan Anje untuk mandi kolam. Leha pun ada. We try to make some photoshoot dengan Anje, tapi this DIVA entah apa mood tak berapa baik dia merajuk. Alahhh budak kecik, penat agaknya. Maybe. So lepas dah puas aku mandi manda, hantar this small kids balik rumah sebab three of us nak pergi merambu.
Cadangnya nak main pool, tapi end up dengan karaoeke kat The Curve. We had a lovely evening, plus lovely buffet food. Emmmm makan always be my good freinds. Lepas karaoke tiga jam, lepak plak ngan Fatie, Ebi & Along. Along tu kawan Ebi. Best dengar dia sembang. Satu benda (or phrase) yang paling aku suka nak quote is "Susah nak pijak nafsu."
Well aku setuju dengan kata-kata dia. Maksud nafsu here, doesnt mean nafsu seks je, but it mean wider to me. First of all, nafsu yang sedang aku paling nak kekang adalah nafsu makan aku. It had been very tragic for me to avoid food. I did try a lot. Sampai one time aku rasa give up. Makan pun badan tetap mcm ni, tak makan pun macam ni gak, so the solution is, lebih baik aku makan je. Hehehe but my boyfriend always said that, at least you not building up your body bigger. Well thats make sense jugak.
Another nafsu yang aku nak buang sangat-sangat dalam hidup aku adalah nafsu mengutuk orang. Aku selalu under estimate people (tu termasuklah kebolehan seseorang, peoples work/film etc ). Aku selalu rasa macam aku yang paling hebat. Ermmmm tapi aku cuba sedaya upaya buang perangai buruk ni. Betullah kata Along, susah beb nak pijak nafsu sendiri.
Back to my friends.
Ramai yang rasa macam we had nothing interesting to share. Tapi aku rasa dengan segala kepayahan Yuji nak datang dari kampung (plus dengan keizinan dari mak dia), dan juga dengan masa yang Nid dapat luang untuk aku, aku rasa we had really good time together. Having good time bukan je dapat buat perkara-perkara yang memerlukan perbelanjaan mahal, dapat bersama-sama tiga orang pun aku dah rasa having good time together.
Emmm oklah got to continue my work. Tu lah, ikut sangat nafsu nak lepak ngan kengkawan sampai keje pun tak siap. Hehehe betul betul, susah nak pijak nafsu sendiri.
Bonda selalu tanya kenapa aku selalu balik lewat walaupun status aku hanya sebagai pelajar. Bonda cakap, agaknya kalau aku jadi eksekutif barangkali aku tidur saja di office. Hehehe bonda jangan cakap, nanti marina buat.
Anyway, memang aku banyak kerja sangat this lately. Kelas tak banyak, tapi penglibatan aku ngan pelbagai program buat aku jadi kelam kabut sikit. But anyhow im trying my best to complete everything.
Ermmmm harap-harap hujung minggu ni takde apa program last minit yang aku kena attend. I wanna go swimming with Nid, Yuji and Anje. Dah janji ngan budak kecik tuh, kesian kalau mungkr janji lagi. Ni dah tak tau nak bagi alasan apa. Sehinggakan si kecik tuh pun dah pandai suruh aku balik awal setiap malam. Cumel kan. Biasanya dia akan panggil je nama aku bila nampak kelibat kereta aku masuk porch.
"Marina, kenapa balik lambat? boleh tak balik cepat? Tau tak orang nak mandi kolam?"
Tu anje yang cakap tau, bukan mak aku. Hmmmm semakin petah dah dia. Kadang-kadang tak terjawab segala soalan dia. Dan kadang-kadang kalau aku dah penat sangat, dengan kejamnya aku suruh je dia diam. Huhuhu teruknya perangai aku kan.
Oppppsss dah masuk citer pasal Anje plak.
Anyway, aku sekarang semakin suka kepada kelas falsafah. Seperti yang aku cakap pada Azri dan En. Norman, aku boleh jadi gila masuk kelas tu, tapi aku sangat suka kelas falsafah.
Aku tak pandai. Tu sebab aku belajar balik (well after diploma aku dah keje dekat 4 tahun). Dan selama empat tahun tu, aku rasa aku banyak terlepas benda untuk dipelajari.
Oh God. Umur dah 26 tahun. Tapi aku masih membuka kamus untuk mencari sinonim pada perkataan-perkataan yang simple. Even bahasa omputih aku tak bagus mana. Dan masih lagi aku membuka kamus dwibahasa. Terrible kan bunyinya.
Honestly aku sangat cemburu dengan kawan-kawan yang mempunyai grammar yang bagus, bukan je dalam bahasa omputih, tapi aku juga kagum pada kawan-kawan yang sangat pandai mengarang ayat bahasa Melayu. Wish i can be one of them.
Barangkali sebab utamanya aku malas membaca. Well, its true aku suka membaca. Tapi aku selalu berheni tengah jalan, atau dalam erti kata lain aku selalu je mula mengantuk bila sampai ke muka surat kelima. Orang kata kalau baca buku yang kita minat selalunya rak macam tu. Tapi aku sama je. Minat ke tak minat, aku end up dengan belek-belek tajuk je (atau tengok-tengok gambar je).
Looks like aku memang kena banyak membaca ni. Sebab nak pandai semuanya bertitik tolak dari pengetahuan, kan.
Semalam (Jumaat) dia berjaya membuat aku cuba untuk tidak menangis. Tetapi percubaan aku gagal.
“Bila mama Anje nak bangun?”
“Mama mana? Ni kan mama,” aku menunjukkan diriku sebagai mama.
“Hei tu bukan mamalah. Tu acu.”
“Mama Denial ngan Alex?” aku merujuk kepada kakak ipar aku yang lain.
“Bukan! Mama Anjelah. Bila mama Anje nak bangun?”
Pertama kali aku hilang jawapan kepadanya.
Dan tanpa diminta-minta air mata aku berbuntal-buntal telah pecah dari kelopak mataku.
Sepanjang aku menjaganya empat tahun, inilah kali pertama dia mempersoalkan tentang ibunya. Aku jadi sebak. Sungguh sebak. Sebelum ini dia pernah bercerita tentang ibunya yang tidur, tetapi tidak pernah mempersoalkan bila ibunya akan bangun. Tapi kali ini soalannya benar-benar menunjukkan dia mula faham apa itu ibu.
Ibunya, kakak ipar aku. Meninggal sewaktu dia masih lagi baru mengenal apa itu susu tetek ibunya. Terlibat dengan kemalangan. Miracle tuhan turunkan pada Anje tatkala tiada sedikit pun luka di badan yang baru enam bulan melihat dunia. Walhal kakak ipar aku dah tercampak keluar dari vannya.
Seminggu koma di HKL. Akhirnya tangisan amukan Anje pada hari ketujuh sebagai tangisan terakhir yang kakak aku dengar sepanjang hayatnya. 2004 sekali lagi membuatkan aku kehilangan orang tersayang selepas bapak aku pada tahun 1995. Sedih kehilangan bapak tak sama dengan sedih kehilangan kakak ipar aku. Sebabnya bapak aku pergi mengejut dan aku tidak rapat dengan bapak aku. Tapi sedihnya datang bila dah besar. Pelik, kan? Berbeza dengan kakak ipar aku. Seminggu bergilir-gilir menunggu di wad ICU benar-benar meninggalkan kesan kepada aku. Ia umpama sebuah harapan yang sengaja dimusnahkan. Kami menjaganya dengan harapan. Tapi ia musnah dengan kematian!
Pada hari jenazah kakak ipar aku di bawa pulang sebelum disemadikan, abang Anje (ketika itu umurnya 8 tahun) duduk rapat-rapat dengan abang dan kakaknya yang lain.
“Nanti dah tanam, mama boleh balik lagi kan?”
Aku mendegar soalan itu. Tapi aku lari ke dapur dan membiarkan air mata menguasai aku.
Sukar untuk menjawab. Aku lari bukan sebab aku malu menangis di hadapan khalayak. Emosi bukan lagi perasaan yang perlu disorok-sorok ketika itu. Cuma aku benar-benar tidak ada jawapan untuk soalan itu.
Ohhh anak, kalaulah aku dapat huraikan tentang kematian ketika itu, pasti kau tak mahu mendengar jawapan soalan kau.
Dia bukan tidak faham. Malah sewaktu doktor menyampaikan ibunya bukan lagi miliknya di dunia, dia menangis. Dia menangis ibarat dia faham ibunya sudah mati. Barangkali fikirannya berbalam-balam antara mahu menerima kenyataan atau sebaliknya. Entah. Aku tak pasti. Tapi syukur kerana tahun demi tahun dia (juga seluruh ahli keluarga kakak ipar aku) semakin faham tentang ketiadaan ibunya. Abang Long juga tidak semurung dulu. Aku melihat ketabahan dia walaupun aku tak suka Abang Long aku. Jujur.
Tentang Anje kembali.
Adakah jawapan tentang segala soalannya tentang ibu?
Banyak program dan menunggu aku bulan March ini. Kiranya bulan March telah dulu mengetuk realiti aku berbanding keterujaan untuk memikirkan apa esok boleh tawarkan kepada aku.
Yang paling aku menanti bulan jatuh ke riba adalah kedatangan pengarah RIRI RIZA ke Malaysia yang akan membuat tayangan 3 buah filemnya (Gie, Eliana Eliana & Laskar Pelangi) serta bengkel bersamanya (juga beberapa sesi apresiasi bersama penggiat filem tempatan). Tayangan filemnya barangkali lebih mengujakan aku kerana aku adalah peminat kepada filem-filem Indonesia. Aku ada jawapan kenapa filem-filem Indonesia begitu dekat dengan aku. Sebab yang utamanya kerana filem Indonesia memang best (Opppss sorry pakai perkataan BEST lagi En. Norm).
Selain kedatangan RIRI RIZA dan sesi-sesi tayangan filemnya, March juga satu bulan untuk aku menikmati kek sepuas hati aku. Hahahaha sebab yang cukup mudah kerana bulan tersebut menghimpunkan lima ahlil keluarga aku menyambut tarikh lahir di bulan tersebut. Sperti lazimnya kek besar pasti ada dan akulah antara orang paling teruk (dalam keluarga aku) yang akan berebut kek tersebut hehehehe. Tapi entah kenapa aku berharap sangat tahun ni di sambut dengan sesuatu yang bukan lazim terjadi. Tapi apa-apa pun aku terima je apa jenis sambutan hari jadi aku.
Satu lagi yang aku tunggu-tunggu adalah bayaran filem Aman sebanyak 50% akan dikeluarkan March nanti. Aduhhh duit PTPTN dah kering ni!!!
Lupakan kejap pasal keterujaan March. Ada lagi satu keterujaan aku. Dengar kata minggu depan fakulti aku nak tayangkan SLUMDOG MILLIONARE yang baru je menang award SGA. Teruja gile nak tunggu tayangan.
Bingkisan keterujaan ni aku tamatkan di sini dulu. Ada gambar yang perlu diedit setelah dua bulan diperam.
Aku tidak pandai mengkritik filem. Lebih-lebih lagi untuk mengaitkannya dengan sebarang falsafah mahu pun idealogi. Cuma aku hanya pandai memberi pendapat tentang apa yang aku rasa tentang sesebuah filem yang aku tonton. Jadi ini ada sedikit buah pendapat yang hendak aku kongsikan bersama tentang sebuah filem independent yang cukup hebat dari banyak segi (dari penilaian penonton biasa macam aku).
Seperti yang telah diberitahu tentang tayangan percuma malam semalam, aku berpeluang dan rasa bertuah jugak sebab akhirnya dapat menonton MY INDIEROCK DARLING arahan saudara Raizaisyam.
Karyanya tidak berat. Bukan bererti aku memperkecilkannya. Cuma maksudku adalah ceritanya mudah tapi dengan garapan yang bersahaja membuatkannya jadi besar tetapi tidak berat. Malah dekat dengan penonton seperti aku.
Karyanya tidak berat tetapi sarat dengan emosi. Sarat dengan nilai. Sarat dengan cerita. Ada yang mengatakan ceritanya biasa saja. Cerita biasa saja inilah yang aku nak tengok. Barangkali aku dah penat tengok cerita luar biasa yang cuba dibuat atau cuba dibuat-buat oleh pengarah filem lain membuatkan aku jatuh hati dengan filem ini.
Pada aku tidak perlulah meletakkan permasalahan yang rumit semata-mata mahu membikin filem yang kononnya art atau avant garde atau sekadar mahu disebut-sebut kelak. Filem yang baik pada aku adalah filem yang mampu membuat penonton terusik emosinya. Dan bukan semestinya apabila emosi kita tidak terusik filem itu tidak bagus. Cuma kali ini aku rasa filem MY INDIEROCK DARLING telah membuatkan aku mengimbau kembali kenangan-kenangan lalu tentang persahabatan.
Babak-babak seperti tak cukup duit dan sama-sama menghadapi kesusahan mempunyai pertalian yang cukup kuat dengan diri aku secara personalnya. Barangkali kerana itulah aku mampu menghubungkaitkan filem ini dengan kehidupan aku sehingga mampu membuatkan emosi aku terusik.
Filem ini cukup segar ceritanya. Ramai antara hadirin malam tadi yang mengatakan roadmovie seperti itu begitu klise dan telah banyak dihasilkan oleh orang putih. Namun itulah namanya roadmovie. Perjalanan yang ada naik dan turunnya serta konklusi yang konkrit.
Berbalik tentang hubungkait babak tak cukup duit dan sama-sama menghadapi kesusahan antara empat orang sahabat tadi. Babak tersebut berjaya mengimbau persahabatan aku dengan NID dan YUJI juga LIZA yang sama-sama menghadapi situasi tersebut.
Pernah beberapa kali, kami berempat mengeluarkan apa sahaja yang ada di dalam poket semata-mata mahu mengisi minyak kereta mak aku (sebab nak pergi clubbing pakai kereta mak aku hahahaha). Maklumlah pada ketika itu masing-masing adalah pelajar, dan semestinya kewangan menjadi perkara major dalam semua tindak tanduk kami.
Babak-babak seperti inilah yang dekat dengan penonton (terutamanya penonton macam aku) yang aku nak lihat dalam sesebuah filem. Bukannya tentang drama-drama korporat anak-anak orang kaya yang hidup dalam keluarga bahagia kononnya (tapi penuh dengan masalah sosial). Ambil contoh macam filem GOL & GINCU (juga filem yang mampu menyentuh emosi aku) yang begitu jujur mempotretkan bagaimana watak-wataknya menyebut tentang terpaksa pulang awal kerana takut terlepas tren LRT. Bukankah itu kehidupan realiti yang selalu bermain dalam dunia anak-anak remaja sekarang? Aku lihat ada kesinambungan apabila Raizaisham membawa kehidupan anak-anak muda dengan cara yang berbeza dalam filem. Dan perbezaannya bukanlah pula digambarkan remaja itu satu golongan pemberontak. Kerana itulah yang seringkali dipaparkan oleh filem-filem Melayu. Jika ianya bukan anak-anak muda yang kaya raya dan spoil mesti anak-anak muda yang memberontak jiwanya.
Tahniah Riazaisyam. Kau berjaya mengangkat remaja yang takde kerja (walaupun tunggu SPM je) lari dari lumrah yang biasa aku tengok dalam filem/drama Melayu. Tak semestinya remaja takde kerja, kerjanya nak memberontak je.
Juga pernah terjadi pada aku perkara yang sama tak dapat masuk tengok perfoemance band yang aku dan rakan-rakanku suka dek kerana aku memakai seluar pendek ketika itu tidak dibenarkan masuk ke dalam sebuah kelab untuk melihat show Sheila On 7 dan The Rock. Padahal ketika itu Nid yang beria-ia mengajak aku (aku bukannya minat pun nak tgk band tuh esp SO7) berkata, “Kita datang empat orang, so masuk tengok show pun empat orang. Kalau kau tak masuk, empat-empat takkan masuk.”
Dan aku membalas, “Alah korang masuklah, aku boleh lepak kat mana-mana. Kejap je pun showcase ni, bukan konsert pun.”
“Kau jangan nak mengada-ngada. Takkan sebab SO7 aku nak tinggalkan ko kat luar ni.”
Dan akhirnya memang kami berempat membuat keputusan tak masuk sehinggalah kami menemui jalan penyelesaiannya di mana aku dapat meminjam skirt Fatie yang berjaya masuk ke saiz badan aku yang XXL hahahaha thanks Fatie sebab sanggup meminjamkan skirt ‘penyelamat’ itu. Malam tu kami berempat sama-sama menikmati show The Rock yang superb dan show SO7 yang cukup-cukup makan je.
Ada lagi satu rahsia.
Jangan beritahu sesiapa.
Air mata aku sempat luruh tatkala menonton MY INDIEROCK DARLING. Jujurnya semua filem yang aku suka mampu menyentuh perasaan aku. Dan MY INDIEROCK DARLING memang telah berjaya menyentuh emosi aku sehingga aku boleh menangis di akhir ceritanya.
Aku menonton filem bukan untuk mencari cacat celanya. Maka aku tidak menemuinya biarpun ada. Aku menonton filem untuk melihat ceritanya, melihat lakonannya, melihat cara pengarahannya dan melihat banyak lagi elemen di dalamnya. Bukan untuk mencari. Dan malam tadi aku benar-benar telah menonton MY INDIEROCK DARLING.
Dan aku mengatakan filem itu sangat best. Betul. Sangat best. Walaupun En. Norman marah dengar jawapan aku mengatakan filem ini best tapi aku dengan yakin berdiri teguh tetap cakap filem ini sangat best. Barangkali dia mahukan eloborasi yang lebih panjang tentangnya. Maaf En. Norm saya belum mencapai tahap pemikiran seperti En. Norm untuk memberi kritikan yang lebih kritikal.
Buat Raizaisyam, kalau aku ada duit aku beli filem kau. Kalau aku ada power in distributing film, I will definetely distribute your film. Dan kalau aku ada duit gak, aku invest dalam next film kau. Betul, aku tak tipu. Malangnya aku takde duit la bro.
But anyway, syabas untuk kau dan team kau.
Kau membuat malam semalam aku sungguh bermakna.
Kau membuat malam semalam aku sungguh nostalgik.
Kau membuat malam semalam aku sungguh beremosi.
Kau membuat malam semalam aku dipenuhi bintang-bintang.
Dan kau telah membuat sebuah filem untuk aku dedikasikan kepada sahabat-sahabat baikku.
Entah apa yang aku sibukkan pun aku tak berapa pasti. Tapi terlalu banyak benda yang kena catch up sampai susah sangat aku nak luangkan masa online untuk upload/download anythng kat blog or even check what's new on the web.
Cerita-cerita tentang cuti Tahun Baru China, trip to JB, sesi memancing bersama keluarga di Taman Tasik Kelana Jaya, sesi photoshoot anje serta yang terbaru adalah event Layar Tanchap (kini AKAR) tinggal segar dalam ingatan aku je. Tak sempat aku nak uplaod sebarang cerita mahu pun gambar di sini. Terasa seperti betraying my own diary, but what to do? Time always a big problem to me.
So hari ni aku just wanna share few things, esp on tonight screening. MY INDIEROCK DARLING oleh pengarah RAZAISYAM akan ditayangkan kat fakulti aku malam ni. Honestly aku sangat teruja nak tengok indie film ni. Banyak dah aku dengar pasal director and the film as well, so aku tak tau nak expect apa malam ni. Just hope aku tak bosan la nak tgk filem roadmovie ni. Sebab aku pernah 'tertipu' atas kemenangan sebuah filem terbaik roadmovie Indonesia lakonan Nicholas Saputra (tajuk aku dah lupe, nanti aku ingat aku bitau k) yang aku expect gile babi sangat best tapi akhirnya aku hampa sebab sangatlah tak best. Mungkin aku buta filem mengatakan mengapakah filem tersebut patut memang filem terbaik, tapi bagi aku filem tersebut sangatlah tidak best. Bukan aku cakap filem itu tidak bagus ye (Jangan salah faham lak. sebab aku dah janji pada diri sendiri tak nak kutuk filem orang).
Back to screening malam ni, aku memang looking forward nak tonton karya indie ni. Barangkali sebab aku pun mungkin berminat nak terbitkan indie filem aku sendiri. Terbitkan je, bukan mengarah ye kawan-kawan hehehe cerita tentang mengarah ni nanti aku upload kemudian.
Anyway...
Kesian pada NID yang nak tengok tapi tak dapat sebab ada shooting beberapa ari kat seremban. Aku cube beb untuk dapatkan copy filem ni untuk ko.
Last but not least (aku tak tau naper aku perlu sebutkan di sini, i just feel i wanna say this) thanks untuk semua kawan-kawan esp AZRI, BYXURA, FAISAL, KAMALIA & JAJA yang selalu attach ngan aku masa kat fakulti. Korang are the best!!!