Monday, July 28, 2008

Surrealis Mah Nakorn menjadi fotografi dalam filemnya...


Aku bukanlah seorang yang hebat dalam mengkritik filem mahupun dalam membuat sebarang review tentang filem. Namun filem CITIZEN DOG dari Tahiland ni benar-benar buat aku tertarik untuk memberi sedikit kredit terhadapnya.

Sebabnya terlalu mudah :

1. Sebab aku suka warna-warna dalam filem ni. Benar-benar menyegarkan.

2. Sebab sekarang aku obses terhadap fotografi, makanya aku lihat filem ini similiar dengan teknik-teknik street fotografi dalam approach surrealist

3. Sebab aku suka cerita tentang harapan dan falsafah hidup seseorang (yang tidak semestinya falsafah mereka betul)

4. Sebab aku suka cerita cinta yang lain (atau dalam erti kata lain cinta yang bukan dibuat2 atau dilebih2kan)

Jadi aku harap kita sama-sama dapat enjoy beberapa gambar dari beberapa scene dalam filem ini.




chantek kan color dalam filem ni??



memang surrealist sangat sebab nenek pun pakai wardrobe colorful hehehe


komposisi yang sangat menyentuh deria penglihatan aku



warna-warna ceria aku = pink + hijau




awan gemawan yang membuatkan aku berada di awangan huhuhu


bayangkan semua rumah kat Malaysia macam ni hahaha cool kan?



Anyway aku mengucapkan ribuan terima kasih pada AZRI ABU HASSAN yang telah meminjamkan aku DVD yang best ni. Filem ni gak menang banyak festival. Check la sendiri kat internet k hehehe


Ermmm aku rasa itu je yang dapat aku review untuk filem ni. Kan aku dah cakap aku bukan hebat pun nak review filem, sekadar berkongsi apa yang aku suka tentang filem ni je.



KOPITIAM KURANG MANIS on FFM 21



poster dibuat oleh BYXURA


Sekadar nak berkongsi informasi dengan kawan-kawan yang lain...

Short filem pertama aku dengan kawan-kawan dari UiTM "KOPITIAM KURANG MANIS" dah masuk dalam pencalonan filem pendek terbaik Festival FIlem Malaysia ke-21. Festival kali ini akan diadakan di Putrajaya pada 7 - 9 Ogos 2008.

Dan video 'the making of..." dah di upload di youtube.com

Alhamdulillah filem pendek ni mendapat respon yang baik dari semua pihak sehingga dekan fakulti aku juga memujinya. Cuma aku menunggu seorang yang benar-benar memberi kritikan yang lebih kritikal tentangnya, atau dalam erti kata lain aku menunggu filem pendek ini dikutuk. Sebab mudah, kerana aku ingin lihat sejauh mana filem pendek ini melangkaui pemikiran orang biasa, juga untuk mengukur tahap penerimaan aku terhadap caci maki orang terhadap karya aku (walaupun skrip azri, tapi aku rasa ini adalah karya bersama).

Semoga filem pendek ini pencetus kepada generasi pembikin filem ke-4 dan ke-5 di UiTM.


"KE ARAH KECEMERLANGAN FILEM MALAYSIA"



merindui cintaku - "dia"



Aku rindu untuk berdebar-debar
Setiap kali dia berdebar-debar mahu menyentuhku.

Aku rindu pada hangat tubuh dia
Setiap kali dia merasa hangat bersama tubuhku.

Rahsia apakah di sebalik celah-celah sentuhan dia
Yang buat aku kepayang?
Yang buat aku tidak senang?

... dan aku gelisah
untuk menghabiskan angan-anganku tentang dia.



Sunday, July 27, 2008

shinta aku selepas 'dia'



Ini Anjegirl @ Siti Suliyana Suhaimi. Tapi kekadang aku panggil Baby.

She loves camera so much. Pantang aku pegang kamera, mulalah meliuk lentok suruh aku amik gambar dia. So sesapa nak pakai budak cute utk foto session atau acting, aku rasa she got no problem. Anjegirl pun pernah join short film Kopitiam Kurang Manis as extra.

Anjegirl anak buah aku yang paling bongsu. Dia dah macam anak aku sendiri sebab since her mom died when she was 8 months, semua perkara we share together.

Tapi sejak akhir-akhir ni masa aku yang selalu diluang bersama dia banyak dah beralih arah sebab aku sibuk dengan kuliah n fakulti aku. Kadang-kadang rasa malu nak mengaku sibuk sebagai alasan kenapa aku tak dapat luangkan masa dengan Anjegirl, tapi itulah alasan yang selalu aku bagi dia setiap kali dia cuba bermanja ngan aku.

Hmmm anak ni terlalu aktif. Terlalu manja dan terlalu mencuri hatiku. Rindu bila sehari tak berjumpanya. Kaletahnya boleh buat aku tersenyum all the day.

Aku harap she gonna grow as a smart kid.

LOV U ANJE muachss

Anyway sebenarnya ni pic terbaik aku menggunakan D80 aku buat masa ni hehehe



my beloved D80



my 1st DSLR



Ni DSLR pertama aku. Aku memang minat fotografi, tapi memandangkan kos yang tinggi untuk memiliki gadget ni aku matikan saja minat aku yang mendalam untuk memiliki kamera ni. Tapi itu tak bererti aku matikan minat aku terhadap dunia fotografi. Cumanya sebelum ini hanya mengikuti perkembangan dunia fotografi melalui internet dan kawan-kawan yang dah pun mempunyai DSLR sendiri. Jelous tuh memanglah, tapi dah tak mampu nak buat macam mana kan?

So dipendekkan cerita, semester tiga ni aku ada satu subjek CINEFOTO di mana semua pelajar dikehendaki memiliki DSLR sendiri (tak kiralah pinjam dari kawan ke, rompak kedai foto ke, curik abang kita punya ke) untuk memudahkan sesi pembelajaran. Dan kesempatan ini aku ambil untuk memujuk mama membelikan aku DSLR ni. Modelnya memang aku dah idam-idamkan D80.

Jadi dengan segala kepayahan dan demi kasih sayang yang melimpah ruah mama terhadap aku, mama belikan juga aku DSLR ni. Aku sungguh gembira. Terlalu gembira. Namun gembira aku tidak lama kerana aku tak pandai menggunakannya. Hahaha secanggih mana [un teknologi yang aku ada, tapi kalau aku sendiri tak pandai memanipulasinya, aku rasa aku gagal nak memanfaatkannya. Sedih gak sebab kawan-kawan lain dah ade fotopages yang chantek-chantek, tapi aku sekeping gambar yang chantek pun takde lagi huhuhu....

Seingat aku, lepas SPM 2000 aku pernah masuk kelas fotografi anjuran Kelab Senifoto Wilayah Persekutuan dalam lebih kurang 4 bulan agaknya. Masa tuh pakai manual, lain la sikit dari DSLR ni. Memang sekarang lagi senang nak handle, tapi memandangkan aku masih baru sangat dengan kamera ni, jadi aku agak kekok untuk menggunakannya. Dan aku gagal untuk mendapatkan foto-foto yang chantek. Mungkin aku perlukan lebih banyak masa lagi untuk menguasai DSLR aku sendiri.

Apa-apa pun aku sungguh gembira dengan adanya DSLR aku ni. Aku harap aku dapat memanipulasinya dengan bersungguh-sungguh dengan adanya kelas En. Aidi serta berkongsi-kongsi ilmu antara kawan-kawan yang dah terror tentang fotografi ni.



KOPITIAM KURANG MANIS on the track...


Alhamdulillah projek filem pendek KOPITIAM KURANG MANIS dah siap. Segalanya dah siap, dari post production hinggalah "the making of KOPITIAM KURANG MANIS" semuanya dah ready to be in the screening.

Tayangan perdana pertama dah dibuat 16 Julai 2008 yang lalu di DBP sempena KL Fringe Festival '08. Insya-Allah tayangan seterusnya akan menyusul kelak.

Sesiapa nak menontonnya boleh dapatkan salinan dari marinamirana@yahoo.com

Begitu juga dengan t-shirt KOPITIAM KURANG MANIS yang dah diulang cetak kali kedua. Sesiapa nak order, boleh direct email.


27 Julai 2008

Friday, July 4, 2008

In The Middle of Completition KOPITIAM KURANG MANIS




Alhamdulillah setelah berhempas pulas lebih kurang seminggu untuk memastikan sesi penggambaran KOPITIAM KURANG MANIS dapat dilaksanakan tanpa sebarang tangguhan, akhirmya penggambaran dapat juga dihabiskan dalam masa tiga hari seperti yang ditetap dan diharapkan. Sebagai seorang Producer dan Production Manager tipulah kalau aku katakan yang langsung tiada masalah untuk menguruskan produksi ini, namun pahit manis yang aku rasakan biarlah aku simpan menjadi kenangan yang terindah untukku kenang.

Apa yang paling aku teruja dalam produksi kali ini adalah kerana ianya seumpama 'first baby' aku dalam menghasilkan short film, jadi betapa excited nya aku tuhan saja yang tahu. Alhamdulillah menjadi seorang Producer dan Production Manager memberi banyak kelebihan kepada aku kerana aku dapat menjangkakan sebarang pertukaran budget dan dapat menukar budget dengan senang tanpa perlu banyak bersoal jawab dengan Producer kerana tugas seorang Production Manager banyak menggunakan wang untuk menggerakkan produksi.

Tentang krew-krew yang terlibat (sama ada secara langsung atau tidak langsung) secara jujurnya aku tiada masalah dengan mereka, dan tampaknya mereka juga tiada masalah dengan aku. Segala permintaan dari segi produksi mahu pun kebajikan mereka, seboleh-bolehnya aku akan sediakan mengikut kemampuan budget yang diperuntukkan. Dan komitmen yang mereka berikan terhadap produksi ini benar-benar menyentuh hatiku memandangkan mereka juga sepertiku tidak dibayar sesen pun untuk projek ini. Jadi apabila melihat kesungguhan mereka bekerja membuatkan aku tersentuh tentang betapa beruntungnya aku mempunyai kawan-kawan yang begini. Mereka bekerja seolah-olah krew-krew freelancer yang sememangnya amat komited dengan tugas yang diberi. You guys really done a great job friends!!

Melalui garapan pelakon dan kesan pengarahan yang meyakinkan dari tuan pengarah, Azri Abu Hassan, aku amat berpuas hati dengan rushers yang diperolehi sepanjang tiga hari penggambaran yang dilakukan di Pasir Penambang, Kuala Selangor. Kelebihan menggunakan kamera HDV dalam sesi penggambaran ini jelas terpampang apabila kesan visual nampak lebih cantik dan memenuhi kehendak yang aku perlukan. Kerjasama yang diberikan pelakon mengikut kehendak pengarah menyenangkan proses penggambaran produksi ini.

Tiada seindah kata yang dapat aku ucapkan selain ALHAMDULILLAH kerana semua orang yang terlibat dalam produksi ini memberikan komitmen yang jitu terhadap produksi ini.

Terima kasih untuk semua team member KOPITIAM KURANG MANIS, En Norman selaku penyelia projek yang telah meluangkan masanya yang terhad untuk melawat kami di set pada hari kedua penggambaran, semua unit pengurusan dan teknikal di Fakulti Teknologi Kreatif & Artistik UiTM, unit kenderaan di UiTM induk, pemilik kopitiam yang bermurah hati memberi harga yang mampu dibayar oleh pelajar untuk menggunakan premis kopitiamnya sebagai set penggambaran, kedua ibu bapa Azri Abu Hassan yang mendahulukan wang produksi serta bonda Noor Marina Mohd Samsuri yang juga menyumbangkan wang secara tidak langsung dan kepada semua individu-individu yang telah membantu untuk merealisasikan filem pendek KOPITIAM KURANG MANIS ini. Syabas, tanpa kalian semua produksi ini tidak dapat bergerak secemerlang ini.

Kini sesi post prduction sedang rancak dijalankan oleh saudara Epul di post suite Fakulti Teknologi Kreatif & Artistik UiTM di samping sesi 'The Making Of...' oleh saudari Byxura Zainol masih dijalankan sehingga proses akhir produksi ini dijalankan.

Insya-Allah trailer awal akan dipostkan di web serta tayangan perdana akan dibuat di Fakulti Teknologi Kreatif & Artistik, Puncak Perdana apabila kesemua proses telah dapat dibuat.

Kepada semua team KOPITIAM KURANG MANIS.....

Nantikan WRAP PARTY seperti yang dijanjikan Cik Producer hehehehe