Tuesday, March 31, 2009

amazing shooting picture



This picture i took masa shooting last week untuk film "PICISAN".

Scene accident, the cast really turn up blast sebab berani do this shot. Mulanya cadang macam acah-acah je nak buat camera trick, but end up wif this shot.

I hope it look fine in motion.

And here another blazing scene of Mira kena rompak hehehehe damn hot baby!!





.

catatan khamis lepas

Lewat malam tadi aku menghantar bonda ke hospital lagi. Sesak nafas seperti biasa. Sewaktu menunggu bonda di luar ICU, aku duduk sambil memandang ke langit. Aku senyum. Lama aku tersenyum sebelum laut mula bergelora.

Pagi ini aku dikhabarkan abang chik aku dipindahkan dari Hospital Sungai Buloh ke sebuah hospital di KL untuk rawatan lanjutan TB. Aku memandang ke luar, ke arah langit. Dan mulai senyum pada alam. Barangkali juga senyum kepada penciptaku.

Petang ini by hook or by crook aku perlu juga ke fakulti atau lebih tepat lagi aku perlu turut serta bersama rakan yang lain menyempurnakan penggambaran PICISAN. Tatkala mata aku hala pada meter kereta, ia terus tertancap mata meter minyak yang menunjukkan minyak sudah mencecah paras E. Duit dah takde. Aku tersenyum lagi. Senyum, senyum dan senyum semahunya. Laut yang bergelora dari malam tadi akhirnya singgah jua ke pantai. Sambil aku masih lagi tersenyum.

Suara Ahmad Dhani kian lantang menari-nari dalam memoriku.

“Hadapi dengan senyuman
Semua yang terjadi biar terjadi
Hadapi dengan tenang jiwa
Semua ‘kan baik-baik saja.”

Sumpah, aku masih tersenyum sehingga kini.

Monday, March 30, 2009

INFO 2: Pementasan Teater MIMPI




TARIKH : 3 - 5 APRIL 2009
MASA : 8PM
TEMPAT : LAMBANG SARI, ISTANA BUDAYA KL
TIKET : RM10

Sebuah adaptasi komedi A MIDSUMMER NIGHT'S DREAM oleh WILLIAM SHAKESPEARE yang diarahkan oleh JIM O'CONNOR

INFO: Tayangan Perdana 3 BUDAK MELAYU




Datang beramai-ramai untuk tayangan perdana 3 BudaK Melayu.
Satu lagi feature filem dari FACT, UiTM yang dihasilkan oleh para pelajar.

Date: Friday, April 10, 2009
Time: 8:00pm - 11:00pm
Location: Pancha Delima, Bangunan IS, Uitm Puncak Perdana
Street: Puncak Perdana
City/Town: Shah Alam, Malaysia

aduh....

Im back from hectic shooting day.

Things really did not turn well here n there.

Aduhhhh

Saturday, March 28, 2009

Wednesday, March 25, 2009

addicted



Entah dari mana perasaan ini datang, aku buntu.

Entah semangat apa yang memanggil, aku keliru.

Entah azam apa yang mengikat, aku haru.

Aku menggigil di kala memikirkannya.

Aku tak keruan di kala tidak mendapatnya.

Arghhhhhhh!!!!!!

Aku telah menjadi penagih kepada blog. Ya....setiap hari aku ketagih untuk menulis, biarpun hanya sebaris kata.

Hentikan.......sebelum terlambat marinamirana.

Sunday, March 22, 2009

sekadar rasa



Aku baru pulang dari Ipoh. Penat tidak terkata. Puas melebihi rasa. Syukur kerana dilahirkan di PJ, menetap dan membesar di sini.



Prof. Rushdi,
"Write whatever in your heart. Write while you still got the emotion. You will reach the stage when you let go things, by that time you wont get the same emotion..."




Aku setuju cakap Prof. Rushdi. Tak kisahlah how bad our writing was, tapi kalau kita ada idea or at least emotion in what ever we write, i bet its already enough to build your own story. Maksud dia pada umur aku macam ni lah aku patut menulis, menulis dan menulis. Sebabnya kerana kita sampai satu tahap, kita akan berhenti menulis dan merakam apa yang bermain di fikiran kita.

"By that time we just see what ever past by us. That's why i take photo. The time will past but the memory will always be in my camera."



Mudah, kan? Really a simple word, but always make me felt motivated enough untuk mengangguk-angguk tanda tiada bantahan.

Dan aku tersenyum sepanjang malam ketika pulang dari Ipoh.

AMIR MUHAMMAD talk n screening on MALAYSIAN GOD



A Documentary by AMIR MUHAMMAD
MALAYSIAN GODS

Malaysia / 2009 / 70 Minutes / in Tamil with English subtitles
Wednesday / 25 March 2009
8.10pm
Studio Pancha Delima,
Academic Building,
UiTM Kampus Puncak Perdana
*The director Amir Muhammad will be in attendance for Q&A

FREE Admission / ALL are welcome

Organised by
FACT FILM SCREENING CLUB
FACULTY OF ARTISTIC & CREATIVE TECHNOLOGY (FACT)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

Thursday, March 19, 2009

wish come true



Thanks a lot pada kawan-kawan yang baca blog aku and make my dream come true bout my birthday party tahun ni hehehehe sumpah tak sangka ada yang baca and put some effort to make me happy.

A lot, really a lot muachss to NID sebab berusaha keras kumpulkan kawan-kawan untuk celebrate birthday aku.

Thanks to LEHA atas cake n dinner malam tu. Really chumel cake tuh. Rasa tak nak makan nak awet biar aku tengok je sebab setiap kali aku tengok cake tuh hati ku berbunga-bunga hahahaha anyway dah abis pun and memang sedap.

Here's the lovely cupcake :) cute heh??



Fatie...also thanks sebab datang walaupun hatimu sedang berkecamuk umpama sang ombak menghempas pantai.

Also Shah and Jeril. Thanks for the lovely bantal beb. Ya ampun, hampir terlupa. Nid bagi dua buah buku yang aku sangat suke. Thanks babe. U really the best muachss.



Thanks kawan-kawan.

So the trick is, upload la dalam blog korang apa-apa wish dengan harapan ada orang baca and u guys will get surprise as i do hehehehehe

Hmmmmmm......(sambil termenung memandang ke awan memikirkan apakah wish tahun depan yang nak di upload) hahahahahaha bad girl!!!

Sunday, March 15, 2009

RIRI RIZA was here







It has been a lovely weekend wif RIRI RIZA.

Banyak. Really, terlalu banyak yang aku pelajari masa talk RIRI. Especially in story developing. Aku tanak cerita banyak tentang event ni sebab aku rasa memang rugi sesape yang did not grab this 'bulan jatuh ke riba' moment.

Just a big THANK to AZMIR yang berjaya jugak bawak mamat ni ke sini. Lepas ni bawak UPI AVIANTO plak ye bro.



Tentang screening filem yang ditayangkan.

Aku sangat suka GIE. Aku rasa satu-satu cerita tentang sejarah dan tokoh yang tak buat aku boring.

Eliana, Eliana memperkenalkan aku kepada satu istilah baru iaitu 'dogma' (i dunno if the spelling is correct).

And 3 Hari untuk Selamanya, akhirnya aku faham naper filem ni bleh menang filem terbaik Indonesia.

Really appriciate your visit here RIRI.



Dan poster ini akhirnya milikku jua.

Wednesday, March 11, 2009

Hadapi dengan senyuman

“Hadapi dengan senyuman
Semua yang terjadi biar terjadi
Hadapi dengan tenang jiwa
Semua ‘kan baik-baik saja.”

I believe that at least people will say the same thing like Ahmad Dhani, when i say i got problem.

And i wish it’s gonna be as simple as he sing it.

my wish

My 26th birthday wish

Selama 25 tahun aku hidup, rasanya baru ini kali pertama aku mengharapkan sesuatu pada hari jadi aku. Usah ditanya kenapa. Aku sendiri gagal untuk menjawab kenapa aku perlu mempunyai perasaan atau harapan sedemikian. Mengada-ngada? Barangkali hahaha. Tapi kalau kita tidak mempunyai impian (aka harapan la jugak dalam konteks ni) macam mana kita nak realisasikan sesebuah impian, kan?
Tapi dalam kes aku ni rasanya bukan aku yang kena tunaikan impian aku. Sebabnya impian aku adalah aku mahu sebuah majlis hari jadi (yang kecil pun jadilah, tak perlu besar-besar, cukup sepotong cupcake dengan sebatang lilin pun dah penuhi impian aku) yang dirancang oleh Nid dan kawan-kawan fakulti aku. Bunyinya agak keterlaluan memandangkan rakan-rakanku yang lain punyai komitmen yang lain.
Ya ya ya aku faham, tapi ini impian aku. Aku berhak untuk memasang apa saja impian dan harapan aku. Realis atau sebaliknya, aku tidak meletakkan sebarang kayu ukur. Cuma aku katakan inilah impian hari jadi aku pada tahun ini. Aku dah jemu sambut hari jadi bersama keluarga (bukanlah maksud aku dah bosan bersama keluarga) cuma yang aku fikirkan adalah aku nak cuba semua perkara selagi aku masih mampu mempunyai perasaan.

My wish consist –

1. A cute cake – cupcake pun kira ok dah hehehe
2. Surprise – aku nak something yang di luar jangkaan aku
3. Friends – kawan-kawan yang rapat dapat menyambutnya bersama aku
4. Photo – lovely photo will reveal how sweet the party was
5. Nid & Yuji – she must be with me
6. Magfir – he’s alergic to roses, so i wish i could get one from him
7. Gift – aku harap aku dapat buku (tu je aku nak buat masa ni)




Well it just my wish anyway...

Monday, March 9, 2009

TERUJA RIRI RIZA NAK DATANG!!!

Yeah akhirnya jadi gak mamat ni datang hehehehe



Seperti yang dijanjikan, RIRI RIZA akan datang pada 14 & 15 March ni.

Sesiapa yang berminat lawat blog kelabskrin untuk keterangan lanjut.

Friday, March 6, 2009

MARCH Screening LINE UP!!

Here is the poster.



Tarikh : Isnin - Jumaat Mac
Masa : 8.00mlm
Tempat : Studio Pancha Delima, UiTM Puncak Perdana

Masuk percuma untuk semua orang.

Jum beb tengok filem free ramai-ramai.

Thursday, March 5, 2009

nostalgia lempeng



Semalam was heaven. Aku menghilangkan diri secara total dari segala macam perkara yang berkaitan dengan Fakulti Teknologi Kreatif & Artistik. Aku bercuti semalam. Lama benar rasanya tak bercuti. Versi bercuti yang aku maksudkan adalah aku tidak ke fakulti atas urusan pembelajaran di universiti. Fuuhhhh aku sungguh seronok dapat menghabiskan masa seharian kat rumah. And it turned up with i fried some pancakes atau dalam bahasa Melayunya "lempeng" hehehe ntah apa yang seronok sangat goreng lempeng pun aku tak tahu samapikan aku teruja to snap few pictures. Barangkali kerana sekeul seterusnya yang mengujakan aku. Kerana aku cukup gembira kerana while having few slice of this lempeng, mom comes around and we chat a lot.



Lepas tuh datang lah rakan-rakan anje untuk meraikan lempeng yang aku goreng tuh. And that was another joyful time sebab dapat menggembirakan kanak-kanak with some food.

Tentang bonda.

Dah lama sangat rasanya aku tak bersembang bersama bonda. Kedut-kedut ditangannya terlalu usang. Terlalu nostalgik untuk aku pandang beberapa ketika. Dan terdetik dalam hati aku, tangan ini akan aku rinduinya suatu masa nanti. Kebelakangan ni bonda selalu sakit. Aku seakan menidakkan kesakitan yang bonda tanggung menyebabkab aku tidak mahu memandang bonda terlalu lama. Kalau dihitung dalam masa 24 jam, hanya dua minit (atau barangkali kurang) aku memandang sepsang mata bonda. Pertamanya ketika aku menyalami bonda sebelum ke fakulti, keduanya ketika aku melambai dari dalam kereta, ketiganya sewaktu dia menyapa aku pulang lewat malam dari fakulti dan keempatnya....tiada. Itulah saja masa aku melihat bonda dalam kesakitannya.

Barangkali aku hidup dalam perlarian. Escapism. Aku lari dari realiti tentang keadaan kesihatan bonda. Aku tidak dapat menerima hakikat bonda sakit. Jadi aku tidak mahu melihatnya dalam keadaan sakit. Aku 'lari' dari melihat bonda. Kerana setiap kali aku melihat bonda pasti akan menangis.

Dan petang semalam, aku benar-benar melihat bonda. I see the beauty in my mom.

Jemarinya yang sudah berkedut membuatkan hati aku berkata "...perempuan ini banyak berkerja untuk menjaga aku."

Matanya yang kelabu buat hati aku berkata "...betapa aku rindu untuk melihat mata itu menangis gembira."

Badannya yang sedikit lemah buat hati aku berkata "...selama mana lagikah aku mampu melihat kau bonda"

Bonda.
Bonda.
Bonda.

Semalam terasa dekat dengan kau. Kisah lempeng pasti akan aku kenang bila kau tiada nanti. Aku sedar waktu antara kita tak panjang. Tapi aku selalu lupa untuk menghargai waktu yang tidak panjang itu.

Aku pernah hilang waktu bersama bapa. Perlukah pula aku hilang waktu ini bersama bonda?

Salah satu di antara kita pasti akan kehilangan waktu indah ini bonda.

Tuesday, March 3, 2009

menulis



Aku,
Baru menulis,
Telah letih,
Memikirkan,
Atau terus berhenti berfikir,
Apa harus dilembarkan,
Kertas-kertas kosong ini tetap kosong,
Gumpalan-gumpalan sampah ini semakin menyampah,
Tetapi swakaryaku semakin menyusut,
Barangkali setahun lagi bakal melipur.

Aku bercerita tentang kerusi,
Katanya menyentuh demokrasi,
Aku bercerita tentang halusinasi,
Katanya aku hipnosinasi,
Aku bercerita tentang diskriminasi,
Katanya menyentuh provokasi,
Aku bercerita tentang mencintai,
Katanya aku tiada isi.

Terus apa?

Lembidang kertas ini semakin kusam,
Menunggu,
Menunggu,
Menunggu...

Akal,
Tak pernah berhenti meruap-ruap,
Kudung takkan dapat mencacatkan ide,
Perang pasti akan datang di senja perang,
Kerna jemari tirus ini semakin meruncing matanya.

Pintu panggung itu memanggil,
Aku takkan teragak,
Takkan bergerak,
Biarpun seluruh alam menyangkal,
Aku bukan senteng akal,
Aku cuma seorang penulis,
Merah bukan marah,
Putih bukan buih.

SCREENING with Q&A - VERSION MANSUR PUTIH





synopsis

“SEMAN focuses on a young Malay man, Osman or Seman who, trying to find meaning in his life, decides to recollect his past experience and the history of his family. The film is told in a series of vignettes showing the past, present and future (imaginary) episodes in the life of Seman, which highlight his personal angst and the plight of his family, as a representation of the Malay society. Filmed in a home-video style with shaky and unconventional camera angles.”

p/s : The director Mansor Puteh will be in attendance for Q&A

SPREAD THE WORD

Monday, March 2, 2009

rindu






Aku rindu untuk berdebar-debar
Setiap kali dia berdebar-debar mahu menyentuhku.

Aku rindu pada hangat tubuh dia
Setiap kali dia merasa hangat bersama tubuhku.

Belaiannya cukup membelai,
Sentuhannya cukup tersentuh.

Dan aku hilang kawalan malam itu..