Semalam was heaven. Aku menghilangkan diri secara total dari segala macam perkara yang berkaitan dengan Fakulti Teknologi Kreatif & Artistik. Aku bercuti semalam. Lama benar rasanya tak bercuti. Versi bercuti yang aku maksudkan adalah aku tidak ke fakulti atas urusan pembelajaran di universiti. Fuuhhhh aku sungguh seronok dapat menghabiskan masa seharian kat rumah. And it turned up with i fried some pancakes atau dalam bahasa Melayunya "lempeng" hehehe ntah apa yang seronok sangat goreng lempeng pun aku tak tahu samapikan aku teruja to snap few pictures. Barangkali kerana sekeul seterusnya yang mengujakan aku. Kerana aku cukup gembira kerana while having few slice of this lempeng, mom comes around and we chat a lot.
Lepas tuh datang lah rakan-rakan anje untuk meraikan lempeng yang aku goreng tuh. And that was another joyful time sebab dapat menggembirakan kanak-kanak with some food.
Tentang bonda.
Dah lama sangat rasanya aku tak bersembang bersama bonda. Kedut-kedut ditangannya terlalu usang. Terlalu nostalgik untuk aku pandang beberapa ketika. Dan terdetik dalam hati aku, tangan ini akan aku rinduinya suatu masa nanti. Kebelakangan ni bonda selalu sakit. Aku seakan menidakkan kesakitan yang bonda tanggung menyebabkab aku tidak mahu memandang bonda terlalu lama. Kalau dihitung dalam masa 24 jam, hanya dua minit (atau barangkali kurang) aku memandang sepsang mata bonda. Pertamanya ketika aku menyalami bonda sebelum ke fakulti, keduanya ketika aku melambai dari dalam kereta, ketiganya sewaktu dia menyapa aku pulang lewat malam dari fakulti dan keempatnya....tiada. Itulah saja masa aku melihat bonda dalam kesakitannya.
Barangkali aku hidup dalam perlarian. Escapism. Aku lari dari realiti tentang keadaan kesihatan bonda. Aku tidak dapat menerima hakikat bonda sakit. Jadi aku tidak mahu melihatnya dalam keadaan sakit. Aku 'lari' dari melihat bonda. Kerana setiap kali aku melihat bonda pasti akan menangis.
Dan petang semalam, aku benar-benar melihat bonda. I see the beauty in my mom.
Jemarinya yang sudah berkedut membuatkan hati aku berkata "...perempuan ini banyak berkerja untuk menjaga aku."
Matanya yang kelabu buat hati aku berkata "...betapa aku rindu untuk melihat mata itu menangis gembira."
Badannya yang sedikit lemah buat hati aku berkata "...selama mana lagikah aku mampu melihat kau bonda"
Bonda.
Bonda.
Bonda.
Semalam terasa dekat dengan kau. Kisah lempeng pasti akan aku kenang bila kau tiada nanti. Aku sedar waktu antara kita tak panjang. Tapi aku selalu lupa untuk menghargai waktu yang tidak panjang itu.
Aku pernah hilang waktu bersama bapa. Perlukah pula aku hilang waktu ini bersama bonda?
Salah satu di antara kita pasti akan kehilangan waktu indah ini bonda.
No comments:
Post a Comment