Pagi ini aku dikhabarkan abang chik aku dipindahkan dari Hospital Sungai Buloh ke sebuah hospital di KL untuk rawatan lanjutan TB. Aku memandang ke luar, ke arah langit. Dan mulai senyum pada alam. Barangkali juga senyum kepada penciptaku.
Petang ini by hook or by crook aku perlu juga ke fakulti atau lebih tepat lagi aku perlu turut serta bersama rakan yang lain menyempurnakan penggambaran PICISAN. Tatkala mata aku hala pada meter kereta, ia terus tertancap mata meter minyak yang menunjukkan minyak sudah mencecah paras E. Duit dah takde. Aku tersenyum lagi. Senyum, senyum dan senyum semahunya. Laut yang bergelora dari malam tadi akhirnya singgah jua ke pantai. Sambil aku masih lagi tersenyum.
Suara Ahmad Dhani kian lantang menari-nari dalam memoriku.
“Hadapi dengan senyuman
Semua yang terjadi biar terjadi
Hadapi dengan tenang jiwa
Semua ‘kan baik-baik saja.”
Sumpah, aku masih tersenyum sehingga kini.
hang in there beb..crappy things like these make you stronger...
ReplyDelete