Monday, April 14, 2008

Kisah sajakku


Beberapa hari yang lepas sewaktu aku sedang membelek-belek beberapa buah buku tentang filem, aku dikejutkan dengan berita gembira. SMS yang aku terima dari sebuah persatuan di fakulti aku benar-benar membuat aku menguntum senyum yang panjang. Ucapan syukur sudah semestinya meniti di bibir aku. Apa yang aku terima adalah pemberitahuan kemenanganku bagi tulisan sajakku yang bertajuk "Bersabarlah Sahabatku Sang Pencinta" yang aku postkan di blog ini pada 25 March berjaya meraih tempat pertama dalam pertandingan itu. Lantas buku filem yang kupegang kulepaskan ke meja. Aku kembali merapati laptopku dan membuka blog aku untuk membaca sajak itu kembali, sekadar menikmatinya dan mencari elemen-elemen yang memungkinkan sajak itu berada dalam tingkat pertama pemilihan pihak penganjur. Aku membacanya tekun. Namun semakin aku mencari di mana unggulnya karya itu sehingga ia mencuri perhatian di tempat pertama, semakin aku gagal. Apa yang bermain di mindaku adalah ragam rakan-rakanku yang lain sewaktu aku suarakan hasrat untuk turut serta dalam pertandingan itu.

Kamalia; katanya bagus kalau aku mahu mencuba.

Faisal; (emmm aku dah lupa apa kata-katanya, tapi lebih kurang sama seperti rakan yang lain memberi aku semangat untuk mencuba.)

Byxura; Bagus mencuba. Byxura pun berminat nak menghantar. Dan aku kagum dengannya sebab dia boleh menulis saat itu juga (ketika itu di kedai makan) di atas sehelai tisu! Bayangkan betapa hebatnya dia sebab aku biasanya menulis dalam keadaan tenang. Tapi apa yang jadi pada karyanya itu selepas itu aku tak tahu. Barangkali tisu itu digunakan sebagai pengelap muka...

Mira & Azri; kedua-dua rakanku ini tidak tahu bahawa aku menyertai pertandingan tersebut. Kerana waktu itu mereka tidak makan bersama-sama aku. Dan aku juga tidak menghebohkannya. Kerana pada aku, peluang dapat berkarya dan platfom untuk mereka mendengar apa yang aku tulis, itu yang lebih aku utamakan. Dan pada aku ramai lagi yang layak untuk menang. Sama ada aku menang atau tidak, aku tak peduli.

Inilah memori yang bermain di mindaku sewaktu aku duduk membaca sajak tersebut. Ia membuat aku tersenyum. Lantas aku mengirim SMS kepada bonda tersayang bahawa aku memenangi pertandingan itu. Dan kemudian aku khabarkan pada cintaku. Semuanya mengucapkan tahniah. Terima kasih...

Dan kawan-kawan, mungkin kerana saling kaitan antara kami semua...kalianlah antara orang-orang pertama yang aku kongsi kemenangan ini. Kalianlah pembakar semangat untuk aku menulis dan terus menulis.

Bila ada rakan-rakan tanya kenapa lahirnya sajak ini, dengan mudah aku menjawab...

"Aku tulis macam ni sebab aku sakit mata setiap kali aku melintasi blok hostel pada waktu tamat kuliah (hatta waktu maghrib pun) terlalu ramai pasangan pelajar yang duduk berpeleseran, bergurau senda bertepuk tampar antara lelaki dan perempuan tanpa segan silu. Ini mungkin luahan aku atau kritikan aku terhadap mereka...atau katalah apa sahaja tentangnya, kerana aku menulis dari observasi aku semasa di universiti ini. Maka lahirlah sajak ini.."

Ya aku tahu, di mana-mana universiti pun keadaan yang sama berlaku. Aku bukanlah seorang manusia tipikal yang tidak boleh menerima keadaan itu, namun aku tidak dapat menerima jika ianya dilakukan di dalam fakulti. Lakukanlah di luar, tiada siapa peduli. Tapi di dalam universiti tak perlulah berkelakuan seperti itu kerana ia boleh saja menganggu orang lain. Itu yang aku kesalkan kerana sehingga lewat 12 malam pun keadaan seperti masih boleh dilihat di tepi-tepi hostelku dan suara mereka sememangnya menggangu aku untuk tidur.

Berbalik kepada soal sajak ini, aku ingin mengucapkan berbanyak ungkapan terima kasih kepada AYAH AGI yang telah sudi meluangkan masanya menyemak sajak ini sebelum aku menghantarnya kepada pihak penganjur. Trimas juga buat rakan-rakan yang memberi galakan. Trimas buat cinta yang menguatkan aku untuk menulis.

Di bawah ini aku catitkan sebahagian dari bait-bait sajak itu yang menjadi kegemaran aku...

Ketika sang arjuna mula berani merapatkan jarak,
Sang dewi kaku – seperti ais-ais yang membeku,
Ketika sang arjuna mula berani mencipta ciuman,
Sang dewi merelakan – malah meminta lagi.

“Bersabarlah sang arjuna, bersabarlah sang dewi...
Kerana cinta dan air yang mengalir akan tetap mengalir pada lorong yang seharusnya,
Kalian pasti sudah banyak bersabar dan tiada salahnya bersabar lagi...


Inilah antara bait-bait yang paling gemari dalam sajak ini. Cukup kuat untuk aku tujukan kepada pasangan-pasangan yang begitu mesra diluar sana. Dan nantikan satu lagi sajak yang bertajuk "Dia" yang akan cuba aku habiskan seberapa segera. Pastinya sajak ini lebih emosi dan imaginasi dariku.

Kemudian aku kembali membelek-belek buku filem yang tadinya aku lepaskan ke meja...

12 April 2008


2 comments:

  1. memule sekali ingin mengucapkan TAHNIAH!!! kepada rakan sekelas ku...
    Bangge rasenye. Aku rase ko dpt tempias dari Dato'Dr A Samad said haritu kot. tu yang menang nih....

    yg pasal sajak atas tisu tu mmg dah humban dlm plastik sampah.
    Aku sndiri pun tak igt apa yang aku dah tulis haritu.

    Aku mmg tak layak jadi penyajak pun.
    Cuma aku mahu mberi semangat & support waktu tu.
    wah pasni 'open table' ar...
    hehe...kenduri2.yeay!

    p/s teruskan berkarya,marina.

    ReplyDelete
  2. apa la baizura, ko tu ratu tisu... sampai tulis sajak pun atas tisu.. kalau ko simpan lagi boleh buat tandakan gaya bahasa Pak Agi..hahahaha!!!

    ReplyDelete