Tuesday, August 7, 2007

Hujanlah HUJAN...


disuatu hari pada 27 Julai 2007...
ketika gerimis tiba-tiba memercik ke jendela,
aku nostalgik pada sekejap pertemuan,
yang langsung tidak memberi apa-apa makna pada dia,
kecuali aku yang terkesan di hati, sedikit..
.

Hujanlah hujan…

Semalam ketika hujan turun,
Aku mengeluh,
Terlalu banyak daun-daun yang berselerak…

Hujan buat aku,
Sukar mengejar peristiwa,
Hujan buat aku,
Sukar beremosi,
Hanya duduk dan tunggu,
Berharap kalau hujan ini cepat teduh…

Hari ini hujan turun lagi,
Lebat…

Hujan hari ini masih buat aku,
Sukar mengejar peristiwa,
Hujan hari ini masih buat aku,
Sukar beremosi,
Makanya aku terkandas di perhentian ini…

(akan disambung lagi kerna gerimis tiba-tiba berubah haluan...)



all right reserved (R)


No comments:

Post a Comment