
This weekend my family planning for family holiday. Jujurnya sudah melebihi satu tahun aku menolak desakan keluarga untuk bercuti. Sudahnya seluruh keluarga bersuka ria merapatkan silaturrahim dan aku kerja, kerja, kerja dan kerja.
Menjadi seorang jurufoto sambilan memang minat dan keutamaan aku. Namun kebanyakan kerja-kerja fotografi biasanya hadir pada cuti-cuti umum. Dan pada cuti-cuti umum inilah seluruh keluarga dapat berkumpul. Kecuali aku. Aduhhh sedih pun ada kadang-kadang. Tapi apa hendak buat, telah aku katakan fotografi keutamaan aku.
"Adik, cuti sekolah bulan enam 'percutian keluarga' datang lagi. Are you in or out.?
"I check my schedule first. Owhh I'm free kakak. Im in!"
"Good. Adik dah lama tak join family holiday. Last one, two years back agaknya kan."
"Uishh, lamanya."
Itu perbualan kakak-adik lima bulan lalu.
"Kakak, adik got job at seremban."
"Then go-lah."
"On school holiday. June."
"What?"
"Don't worry, adik tolak."
And she smiling.
Dan aku pula entah kenapa begitu teruja dengan percutian ini. Tak pergi jauh mana pun, Port Dickson sahaja, kerana kebetulan harus ke sana kerana ada saudara yang melangsungkan perkahwinan.
Keterujaan aku melebihi Angie. Mungkin kerana dah lama tak bercuti. Ini cuti semester yang kedua aku bercuti, selebihnya aku bekerja. Sama ada kerja sambilan mahupun membuat iklan dengan pensyarahku.
Ia benar-benar excites me. Dan mulalah aku berangan macam-macam. Tentang foto. Juga tentang dia.
No comments:
Post a Comment