Wednesday, June 2, 2010

May Allah save you

Semalam aku benar-benar teruja hendak mengikuti program Cuti-cuti keluarga. Tapi hari ini apabila disogok dengan pelbagai berita di surat khabar tentang serangan-serangan celaka Israel terhadap misi bantuan ke Gaza, aku jadi serba salah.

Aku akan bersuka ria, tetapi dalam masa yang sama suara-suara menangis kerana celakanya si Israel. Jarang sekali aku bersimpati terhadap isu-isu internasional sebegini, dan jarang sekali aku tertarik untuk memberi sebarang respon. Tetapi kali ini aku benar-benar simpati pada mereka yang terkorban. Al-Fatihah untuk mereka. Aku harap misi tetap akan diteruskan bak kata Tun Dr Mahathir, lagi dua kapal akan ke sana tetapi tidak akan melalui perairan Israel. Alhamdulillah, moga misi itu berjaya.

Semalam aku minta tuhan sampaikan kata rindu aku pada dia, hari ini aku minta tuhan peliharalah misi-misi bantuan ke Gaza, semoga yang pergi sampai dengan selamat dan pulang juga dalam keadaan selamat. Amin, may Allah bless you all.

No comments:

Post a Comment