Selama 25 tahun aku hidup, rasanya baru ini kali pertama aku mengharapkan sesuatu pada hari jadi aku. Usah ditanya kenapa. Aku sendiri gagal untuk menjawab kenapa aku perlu mempunyai perasaan atau harapan sedemikian. Mengada-ngada? Barangkali hahaha. Tapi kalau kita tidak mempunyai impian (aka harapan la jugak dalam konteks ni) macam mana kita nak realisasikan sesebuah impian, kan?
Tapi dalam kes aku ni rasanya bukan aku yang kena tunaikan impian aku. Sebabnya impian aku adalah aku mahu sebuah majlis hari jadi (yang kecil pun jadilah, tak perlu besar-besar, cukup sepotong cupcake dengan sebatang lilin pun dah penuhi impian aku) yang dirancang oleh Nid dan kawan-kawan fakulti aku. Bunyinya agak keterlaluan memandangkan rakan-rakanku yang lain punyai komitmen yang lain.
Ya ya ya aku faham, tapi ini impian aku. Aku berhak untuk memasang apa saja impian dan harapan aku. Realis atau sebaliknya, aku tidak meletakkan sebarang kayu ukur. Cuma aku katakan inilah impian hari jadi aku pada tahun ini. Aku dah jemu sambut hari jadi bersama keluarga (bukanlah maksud aku dah bosan bersama keluarga) cuma yang aku fikirkan adalah aku nak cuba semua perkara selagi aku masih mampu mempunyai perasaan.
My wish consist –
1. A cute cake – cupcake pun kira ok dah hehehe
2. Surprise – aku nak something yang di luar jangkaan aku
3. Friends – kawan-kawan yang rapat dapat menyambutnya bersama aku
4. Photo – lovely photo will reveal how sweet the party was
5. Nid & Yuji – she must be with me
6. Magfir – he’s alergic to roses, so i wish i could get one from him
7. Gift – aku harap aku dapat buku (tu je aku nak buat masa ni)
Well it just my wish anyway...
kepada marina,
ReplyDeleteaku minta maaf kerna aku lambat wish happy bitrhday pada kamu. kesibukkan menghantui aku. Hujung bulan mac ini aku akn bg hadiah pada kamu setelah aku dapat half payment film Aman directed by hatta azad khan.
sorry marina, aku akan cuba improve kan diri ku seperti mencatit tarikh birthday kawan2 dalam diari aku.
sememangnya aku manusia pelupa..yang buruk datang dari aku, yang baik datang dari Allah s.w.t.
sekian,
kawanmu yang banyak menyusahkan anda,
azri abu hassan
happy belated birthday marina
ReplyDeletesorry jaja terlepas wish...
wish you happy always and all the best love you!