Semalam aku sempat membelek-belek hasil tulisan aku dalam blog ni. Membacanya sekali lagi membuat aku tersenyum dan ada kalanya tertawa kecil bila mengenang kembali peristiwa yang sempat aku rakamkan dalam blog aku ni. Tapi bila aku baca dan bacanya sekali lagi, aku perasan pada sesuatu yang tiada dalam blog aku. Satu peristiwa yang cukup gembira dan meninggalkan seribu satu macam nostalgia pada aku (dan juga pada rakan-rakan yang lain). Ya...tanpa aku sedari aku terlupa untuk menulis tentang Penilaian Akhir Persembahan Kreatif Gaya Bahasa yang berlaku sehari sebelum aku dan kenanganku di R&R Sungai Buloh. Patutnya aku menulis tentang ini dahulu sebelum tulisan itu. Mungkin kerana aku terlalu teruja dengan cerita-cerita di Sungai Buloh sehingga aku lupa hendak menulis tentang persembahan ini. Ya ampun...
Jadi di sini aku catatkan kembali persembahan yang aku dan 10 orang lagi rakanku yang lain buat pada 24 Mac yang lalu. Kami dikehendaki mendeklamasi satu prosa lama (pantun, syair, gurindam, seloka etc), prosa moden (sajak, puisi) dan membaca 10 ucapan dialog yang di ambil dari skrip filem tempatan. Corak persembahan adalah bebas. Setiap satu tugasan diberi 10 markah dan jumlah untuk persembahan kreatif ini adalah 30 markah. Banyak tu...Kami mulakan projek ni dengan menyusun tenaga kerja yang akan menggerakkan setiap bahagian pada majlis yang tidak seberapa tu nanti. Bermula dari mesyuarat kecil hinggalah pada photoshoot, kami bersatu hati memilih tema MELAYU sebagai latar yang akan menghiasi setiap penjuru persembahan tersebut.
Dan hasilnya dengan peruntukan yang tidak seberapa, kami menggunakan props yang paling minima atau dalam erti kata lain, kami pinjam props dari simpanan diri masing-masing seperti kain batik bondaku, kain pelekat faizal, pelita abangku, lampu terendak azri, tikar-tikar bondaku dan beberapa lagi peralatan muzik yang dipinjam dari fakulti untuk menaikkan elemen MELAYU dalam suasana persembahan kami. Memang hasilnya tidaklah sehebat penyediaan pentas untuk upacara yang hebat, tapi sekurang-kurangnya dengan kudrat yang beberapa orang, kami berjaya juga menyediakan satu set pentas yang mudah dan praktikal, tetapi masih mengangkat elemen MELAYU di dalamnya.
Kemudian hari yang dinantikan tiba jua (esoknya je). Beberapa pelajar yang baru datang (kerana tidak turut serta dalam proses menyediakan pentas kerana ada beberapa hal yang tidak dapat dielakkan) rasa terkejut dengan bilik yang telah berubah menjadi satu bilik seumpama SPA. Dengan bermandikan cahaya lilin dan elemen kain batik yang digantung serta percikan cahaya dari pelita yang disangkut, benar-benar membuat mereka terkesima. Dan ayah AGI juga menguntum senyum melihat usaha kami. Aku mengucap syukur dan sedikit lega kerana usaha aku tidak sia-sia. Terima kasih pada Faisal, Byzura dan Azri yang sama-sama bertungkus-lumus menyiapkan set persembahan ini.
Persembahan kami 11 orang pelajar pada hari tersebut bertukar menjadi satu persembahan yang santai dan dihiasi dengan elemen jenaka yang cukup bersahaja dari pengacara kami iaitu saudara Faliq. Dan secara jujurnya aku paling terusik dengan persembahan dari Byzura semasa mendeklamasikan sajak bertajuk BONDA yang membuat aku menangis kerana bait-bait katanya yang mencengkam perasaan. Tahniah Byzura kerana berjaya membuat aku menangis. Tak kurang juga dengan persembahan Azri yang cukup memeranjatkan dengan puisi dari penulis kegemaran aku, Chairil Anwar. Akhirnya berjaya juga Azri pecahkan cermin yang ingin aku pecahkan. Dan persembahan kawan-kawan yang lain seperti Kama, Faisal, Joe, Boy, Faliq, Diana, Mira dan Epul juga mempunyai kehebatan yang terserlah. Setinggi-tingi terima kasih buat Epul dan rakan-rakannya yang mengiringi muzik petikan gitar dan pukulan rebana yang cukup gemersik menyertai deklamasi pantun, pusi dan bacaan skrip filem kami semua.
Satu persatu dari kami mempersembahkan persembahan paling kreatif, sehinggalah akhirnya semuanya selesai membuat persembahan. Kami menjamu selera sambil hati masing-masing berdebar-debar menantikan komen dari ayah AGI. Satu persatu dipanggil untuk menyaksikan markah yang diperoleh dan akhirnya tiba giliran aku. Takutnya persis bumi hendak runtuh, namun alhamdulillah walaupun aku tidak mendapat markah penuh, namun hasilnya cukup membuatkan aku tersenyum sehingga ke petang.


Dan apa yang membuatkan aku lebih tersenyum adalah pengakuan ayah AGI tentang kekreatifan kami yang sungguh tinggi sehingga melahirkan satu persembahan yang mantap dan buku persembahan yang cukup menarik. Katanya lagi, selama 6 tahun mengajar dalam 12 semester...inilah yang dinanti-nantikan dari pelajar Teknologi Kreatif & Artistik. Dan kami semua tersenyum bangga mendengar pujian dari ayah AGI tatkala itu. Ternyata usaha kami beberapa hari sebelum itu berbaloi juga akhirnya. Bukan pujian yang kami minta, cukuplah sekadar menghargai jerit perih kami berhempas pulas untuk menghasilkan yang terbaik.

Alhamdulillah segalanya berjalan lancar dan selepas dismental semua props dan set kami semua keluar dari bilik persembahan dengan perasaan PUAS & GEMBIRA, dan rasanya macam nak buat persembahan lagi. Terima kasih pada ayah AGI yang menghargai kesungguhan kami, terima kasih kawan-kawan yang sama-sama menjayakan persembahan kreatif ini. Dan terima masig juga pada Shasha, Arjun dan Bebra yang sudi meluangkan masa dan menjadi antara 3 penonton yang bertuah menyaksikan persembahan kreatif kami.
Sehingga berjumpa lagi di persembahan yang lain akan datang...
bila aku membaca blog anda..teringat kenangan2 itu..aku nak menangis...thanx my frenz..
ReplyDelete