Monday, March 17, 2008

aktiviti aku...



Banyak perkara yang sudah membelakangi aku. Indah, suka, duka, peristiwa-peristiwa baru... malah peristiwa-peristiwa yang pernah aku lalui dan aku laluinya sekali lagi juga kembali berlaku sekali lagi dalam hidup aku. Total keindahannya terlalu banyak dari kesedihan. Tipulah kalau aku kata aku hanya mengalami kegembiraan tanpa sedikit pun rasa susah hati, dan bagi aku itu bukan kehidupan aku. Sedar tak sedar total yang terlalu banyak itu jugalah yang aku lepaskan umpama air yang mengalir deras. Entah apa yang menuntut aku sehingga aku begitu tegar membiarkan segala keindahan peristiwa larut ditelan semalam. Memberi alasan ketiadaan masa cukup klise untuk didengar. Dan aku sendiri malu untuk mengaku yang aku tidak diberikan cukup waktu untuk mendokumentasikan keindahan kehidupan aku sendiri. Ahhh betapa ruginya aku...

Jadi, aku kembali duduk berjam-jam mencari kata terindah untuk aku pindahkan pengalaman aku beberapa hari kebelakangan ini ke dalam sebuah tulisan. Maaf kerana aku terpaksa mengkhianati keindahan tulisan dengan hanya menulis dalam serba kekurangan tentangnya tanpa elobrasi yang mendalam terhadap peristiwa tersebut.

Antaranya;


1. Prog : LAYAR TANCHAP SHAH ALAM
Tarikh : 22 FEB '08
Tempat: Fakulti TEKA, Puncak Perdana Shah ALam
Aktiviti : Jualan t-shirt, booth menjual barangan seni, nyanyian dari kumpulan indie,
bacaan puisi, pentomin, beberapa aktiviti seni lain
Komen : Apa yang boleh aku katakan adalah usaha meletakkan elemen "MELAYU" dalam program ini satu cubaan yang murni namun jujurnya, seperti ada sesuatu yang tidak kena dalam usaha murni mereka ini. Nak kata enjoy, mmg aku enjoy jugak malam tu sebab dah lama sangat rasanya tak release tension dan melepaskan fikiran dari buku dan teori-teori filem, tapi lebih banyak bosannya sebab band2 yang perform malam tuh persembahkan lagu-lagu yang aku langsung tak pernah dengar dan tak boleh nak layan sangat. Anyway thanks la jugak sebab buat aktiviti kat fakulti aku. Cuma ubahlah sinonimnya orang MELAYU dengan "ketidaktepatan masa".


2. Prog : PROMOSI FILEM EVOLUSI KL DRIFT
Tarikh : 27 FEB '08
Tempat: Dewan Sri Budiman, UiTM induk Shah Alam
Aktiviti : Tayangan filem Evolusi KL Drift yang dianjurkan oleh pelajar sem 5 fakulti TEKA
Komen : Well komen untuk aktiviti takde apa sangat aku nak komen cume keep it up frens, nanti aku sem 5 pun aku kena buat so tanak la komen banyak-banyak nanti takut time aku buat lagi teruk hehehe ok so aku nak komen dari segi filem yang ditayangkan. Filem ni diarahkan oleh Shamsul Yusof (anak Yusof Haslam). Secara jujurnya filem ni buat aku pening kepala memikirkan apa yang cuba disampaikan. Mungkin mesejnya ada tentang bahayanya perlumbaan haram, penggunaan dadah ( and so on...) namun dari segi realism approach dalam filem ni, aku tak rasakan orang MELAYU yang digambarkan dalam filem tuh mampu nak bergiat aktif dalam sukan drift sebab semua orang tau it need lot of money. Kalau ade pun kebanyakannya dah umur 30+, so realistiknya dah lari sikit. Dan pada aku Shamsul (junior aku ni masa aku kat akademi TV3) lebih banyak tekankan aspek teknikal berbanding struktur naratifnya. Dan tak melampau kalau aku katakan yang unsur-unsur filem Sembilu masih kuat melatari filem ni. Contohnya babak di depan rumah/ di depan pagar....itu semua adalah pengulangan dari filem Sembilu. Mungkin sebab kita tahu ayah Shamsul ni memang orang yang buat filem Sembilu, tu yang timbul pengaruh yang kuat sedemikian. Satu je yang aku boleh bagi thumbs up pada filem ni adalah "tidak menggunakan sebarang teknik CGI seperti yang dibuat oleh satu lagi filem seumpama ini". Jadi kalau ditanya apakah justifikasi aku terhadap filem ni, aku pasti akan menjawab satu percubaan yang baik dari pengarah baru. So to u guys out there, jom pergi menonton EVOLUSI KL DRIFT April ni.


3. Prog : PROMOSI FILEM DUYUNG
Tarikh : 28 FEB '08
Tempat: Dewan Sri Budiman, UiTM induk Shah Alam
Aktiviti : Tayangan filem Duyung yang dianjurkan oleh pelajar sem 5 fakulti TEKA
Komen : Secara jujurnya apa yang aku paling suka dalam filem ini adalah landskapnya yang cantik. Ternyata Pulau Sipadan lebih cantik dari yang aku bayangkan, wish i can be there one fine day. Ok berbalik pada filem Duyung ni pada aku hasil buah tangan prof razak mohaideen tetap tak lari dari konvensi yang sama setiap kali dia buat filem. Lawak tetap sama dan pelakon pun sama. Dari segi naratif pun tetap sama. Cerita yang boleh diagak. Tapi ape2 pun tahniah sebab dapat kutipan yang agak tinggi. Hmmmm biasalah bak kata seorang pengarah lain....

"kalau dapat kutipan tinggi tentu ade something wrong dalam filem tu..."

Kalau difikir-fikirkan, memang betul pun.


4. Prog : SCREENTALK wif YASMIN AHMAD
Tarikh : 12 MAC '08
Tempat: Fakulti TEKA, Puncak Perdana Shah ALam
Aktiviti : Screentalk tentang pengarahan Yasmin Ahmad dalam filem
Komen : Masa mula-mula aku masuk dalam dewan pancha delima, aku setkan dalam minda aku bahawa aku memang takkan dapat ilmu-ilmu membikin filem yang hebat sebagaimana yang Dr Anuar Nor Arai dah ajar aku masa kuliah. Apa yang paling aku pasti tentang screentalk malam ni adalah aku akan mendapat satu pengisian jiwa dan emosi yang positif dari pengarah kesayangan aku ni. Ternyata telahan aku betul dan aku juga dapat berkongsi sedikit pengalaman dia semasa mengarah untuk beberapa filemnya. Kata-kata Yasmin memang mudah untuk difahami. Kata-kata Yasmin juga senang untuk aku angguk setiap kali dia bersuara. Bahasa tubuhnya cukup indah. Dan satu yang paling aku kagum dengannya adalah pengetahuannya dalam pelbagai cabang seni yang lainnya cukup luas. Dia buat aku juga kembali meminati apa yang telah lama aku minati tapi telah lama juga aku tinggalkan iaitu membaca. Pengetahuan Yasmin dalam selok belok perfileman dikutip ketika dia mengarah filem-filem iklannya. Dari segi pembelajaran secara formal dalam bidang filem memang amat kurang, tapi apa yang aku dapat lihat dalam diri Yasmin adalah minat membaca telah membuka segala peluang untuk apa saja. Aku kagum dengan dia. Dia tak blaja filem tapi pengetahuannya lebih tinggi dari orang yang belaja filem. Filem-filem Yasmin lebih bermutu dari orang yang belajar filem. Baru-baru ni filem Mukhsin dah ditayangkan kat lebih 20 pawagam di Paris. Tu adalah kemuncak kejayaan Yasmin bagi aku. Kita tunggu je Muallaf lepas ni. Mungkin banned aku rasa, tapi aku tetap akan menyokong Yasmin.


5. Prog : SCREENTALK wif MAMAT KHALID
Tarikh : 19 MAC '08
Tempat: Fakulti TEKA, Puncak Perdana Shah ALam
Aktiviti : Screentalk tentang pengarahan Mamat Khalid dalam filem
Komen : Secara jujurnya Mamat Khalid bukanlah pengarah favourite aku. Dan secara jujurnya jugak naskah Mamat Khalid bukan pilihan aku. Tapi screentalk malam semalam benar-benar telah mengubah persepsi aku tentang hasil kerja beliau. Filem-filem Mamat Khalid bukan pilihan aku mungkin kerana aku tidak belajar untuk memahami aspirasi beliau menghasilkan sesuatu filem. Bila dah dengar talk dia semalam, sekali lagi aku kagum pada orang yang tidak belajar filem, tapi memahami filem lebih dari orang yang belajar filem. Tahniah untuk Mamat Khalid
kerana sekali lagi meyakinkan aku bahawa membaca membuka segala peluang kepada tak tahu jadi tahu. Sebelum screentalk ni berjalan, sempat juga aku melihat karya "Kala Malam Bulan Mengambang", namun belum sampai separuh aku dah menutupnya kerana bosan dengannya. Namun setelah menghadiri screentalk ni dan faham apa yang cuba dia tonjolkan, aku berjanji pada diri aku untuk membaca naskah beliau ini dan mencari elemen yang diperkatakannya. Yeahh...go for it Mamat Khalid. Pasni dengar filem baru nak keluar tajuk "Estate" well wish u luck!!


Hmmm inilah antara aktiviti yang tak sempat aku nak catatkan tepat pada masa ia dijalankan sebab terlalu banyak masa aku habiskan untuk buat asignment... Tapi hari ni aku berjaya juga menulis serba sedikit tentang perjalanan hidup aku semasa belajar ni serta beberapa aktiviti yang best yang aku hadiri... dan semuanya indah-indah belaka. Kalau diikutkan, ada lagi beberapa perkara yang aku kongsikan, tapi cukuplah dulu untuk hari ni... Aku pasti akan menulis lagi.... Itu bukan janji, but that is my passion.

"A road to success is always UNDER CONSTRUCTION..."

MAC '08

No comments:

Post a Comment