Thursday, February 5, 2009

Teruja Menunggu Bulan March



Banyak program dan menunggu aku bulan March ini. Kiranya bulan March telah dulu mengetuk realiti aku berbanding keterujaan untuk memikirkan apa esok boleh tawarkan kepada aku.

Yang paling aku menanti bulan jatuh ke riba adalah kedatangan pengarah RIRI RIZA ke Malaysia yang akan membuat tayangan 3 buah filemnya (Gie, Eliana Eliana & Laskar Pelangi) serta bengkel bersamanya (juga beberapa sesi apresiasi bersama penggiat filem tempatan). Tayangan filemnya barangkali lebih mengujakan aku kerana aku adalah peminat kepada filem-filem Indonesia. Aku ada jawapan kenapa filem-filem Indonesia begitu dekat dengan aku. Sebab yang utamanya kerana filem Indonesia memang best (Opppss sorry pakai perkataan BEST lagi En. Norm).

Selain kedatangan RIRI RIZA dan sesi-sesi tayangan filemnya, March juga satu bulan untuk aku menikmati kek sepuas hati aku. Hahahaha sebab yang cukup mudah kerana bulan tersebut menghimpunkan lima ahlil keluarga aku menyambut tarikh lahir di bulan tersebut. Sperti lazimnya kek besar pasti ada dan akulah antara orang paling teruk (dalam keluarga aku) yang akan berebut kek tersebut hehehehe. Tapi entah kenapa aku berharap sangat tahun ni di sambut dengan sesuatu yang bukan lazim terjadi. Tapi apa-apa pun aku terima je apa jenis sambutan hari jadi aku.

Satu lagi yang aku tunggu-tunggu adalah bayaran filem Aman sebanyak 50% akan dikeluarkan March nanti. Aduhhh duit PTPTN dah kering ni!!!

Lupakan kejap pasal keterujaan March. Ada lagi satu keterujaan aku. Dengar kata minggu depan fakulti aku nak tayangkan SLUMDOG MILLIONARE yang baru je menang award SGA. Teruja gile nak tunggu tayangan.

Bingkisan keterujaan ni aku tamatkan di sini dulu. Ada gambar yang perlu diedit setelah dua bulan diperam.

2 comments:

  1. ya Marina, sam dengan aku yang tengah teruja pelbagai sudut.

    antaranya - aku diam buat seketika.

    ReplyDelete