Aku tak pandai. Tu sebab aku belajar balik (well after diploma aku dah keje dekat 4 tahun). Dan selama empat tahun tu, aku rasa aku banyak terlepas benda untuk dipelajari.
Oh God. Umur dah 26 tahun. Tapi aku masih membuka kamus untuk mencari sinonim pada perkataan-perkataan yang simple. Even bahasa omputih aku tak bagus mana. Dan masih lagi aku membuka kamus dwibahasa. Terrible kan bunyinya.
Honestly aku sangat cemburu dengan kawan-kawan yang mempunyai grammar yang bagus, bukan je dalam bahasa omputih, tapi aku juga kagum pada kawan-kawan yang sangat pandai mengarang ayat bahasa Melayu. Wish i can be one of them.
Barangkali sebab utamanya aku malas membaca. Well, its true aku suka membaca. Tapi aku selalu berheni tengah jalan, atau dalam erti kata lain aku selalu je mula mengantuk bila sampai ke muka surat kelima. Orang kata kalau baca buku yang kita minat selalunya rak macam tu. Tapi aku sama je. Minat ke tak minat, aku end up dengan belek-belek tajuk je (atau tengok-tengok gambar je).
Looks like aku memang kena banyak membaca ni. Sebab nak pandai semuanya bertitik tolak dari pengetahuan, kan.
Hmmmm so hard to be good in writing.
baca kamus dwibahasa tu bukan sesuatu yg memalukan...
ReplyDeletedulu aku pernah menjadi seperti ko. Aku tahu kelemahan sendiri, lalu aku perbaiki kelemahan. Aku banyak membaca dan menulis. itu caranya. satu lagi, aku banyak buat observe apabila aku mendengar orang bercakap dan mendengar pendapat seseorang.
ReplyDeletetak perlu malu memegang kamus. orang putih, orang cina sering membawa kamus ke mana-mana sahaja.
ko perlu banyak menulis dan membaca.