Thursday, February 5, 2009

Cerita aku pasal MY INDIEROCK DARLING







Surat untuk RAZAISYAM...

Aku tidak pandai mengkritik filem. Lebih-lebih lagi untuk mengaitkannya dengan sebarang falsafah mahu pun idealogi. Cuma aku hanya pandai memberi pendapat tentang apa yang aku rasa tentang sesebuah filem yang aku tonton. Jadi ini ada sedikit buah pendapat yang hendak aku kongsikan bersama tentang sebuah filem independent yang cukup hebat dari banyak segi (dari penilaian penonton biasa macam aku).

Seperti yang telah diberitahu tentang tayangan percuma malam semalam, aku berpeluang dan rasa bertuah jugak sebab akhirnya dapat menonton MY INDIEROCK DARLING arahan saudara Raizaisyam.

Karyanya tidak berat. Bukan bererti aku memperkecilkannya. Cuma maksudku adalah ceritanya mudah tapi dengan garapan yang bersahaja membuatkannya jadi besar tetapi tidak berat. Malah dekat dengan penonton seperti aku.

Karyanya tidak berat tetapi sarat dengan emosi. Sarat dengan nilai. Sarat dengan cerita. Ada yang mengatakan ceritanya biasa saja. Cerita biasa saja inilah yang aku nak tengok. Barangkali aku dah penat tengok cerita luar biasa yang cuba dibuat atau cuba dibuat-buat oleh pengarah filem lain membuatkan aku jatuh hati dengan filem ini.

Pada aku tidak perlulah meletakkan permasalahan yang rumit semata-mata mahu membikin filem yang kononnya art atau avant garde atau sekadar mahu disebut-sebut kelak. Filem yang baik pada aku adalah filem yang mampu membuat penonton terusik emosinya. Dan bukan semestinya apabila emosi kita tidak terusik filem itu tidak bagus. Cuma kali ini aku rasa filem MY INDIEROCK DARLING telah membuatkan aku mengimbau kembali kenangan-kenangan lalu tentang persahabatan.

Babak-babak seperti tak cukup duit dan sama-sama menghadapi kesusahan mempunyai pertalian yang cukup kuat dengan diri aku secara personalnya. Barangkali kerana itulah aku mampu menghubungkaitkan filem ini dengan kehidupan aku sehingga mampu membuatkan emosi aku terusik.

Filem ini cukup segar ceritanya. Ramai antara hadirin malam tadi yang mengatakan roadmovie seperti itu begitu klise dan telah banyak dihasilkan oleh orang putih. Namun itulah namanya roadmovie. Perjalanan yang ada naik dan turunnya serta konklusi yang konkrit.

Berbalik tentang hubungkait babak tak cukup duit dan sama-sama menghadapi kesusahan antara empat orang sahabat tadi. Babak tersebut berjaya mengimbau persahabatan aku dengan NID dan YUJI juga LIZA yang sama-sama menghadapi situasi tersebut.

Pernah beberapa kali, kami berempat mengeluarkan apa sahaja yang ada di dalam poket semata-mata mahu mengisi minyak kereta mak aku (sebab nak pergi clubbing pakai kereta mak aku hahahaha). Maklumlah pada ketika itu masing-masing adalah pelajar, dan semestinya kewangan menjadi perkara major dalam semua tindak tanduk kami.

Babak-babak seperti inilah yang dekat dengan penonton (terutamanya penonton macam aku) yang aku nak lihat dalam sesebuah filem. Bukannya tentang drama-drama korporat anak-anak orang kaya yang hidup dalam keluarga bahagia kononnya (tapi penuh dengan masalah sosial). Ambil contoh macam filem GOL & GINCU (juga filem yang mampu menyentuh emosi aku) yang begitu jujur mempotretkan bagaimana watak-wataknya menyebut tentang terpaksa pulang awal kerana takut terlepas tren LRT. Bukankah itu kehidupan realiti yang selalu bermain dalam dunia anak-anak remaja sekarang? Aku lihat ada kesinambungan apabila Raizaisham membawa kehidupan anak-anak muda dengan cara yang berbeza dalam filem. Dan perbezaannya bukanlah pula digambarkan remaja itu satu golongan pemberontak. Kerana itulah yang seringkali dipaparkan oleh filem-filem Melayu. Jika ianya bukan anak-anak muda yang kaya raya dan spoil mesti anak-anak muda yang memberontak jiwanya.

Tahniah Riazaisyam. Kau berjaya mengangkat remaja yang takde kerja (walaupun tunggu SPM je) lari dari lumrah yang biasa aku tengok dalam filem/drama Melayu. Tak semestinya remaja takde kerja, kerjanya nak memberontak je.

Juga pernah terjadi pada aku perkara yang sama tak dapat masuk tengok perfoemance band yang aku dan rakan-rakanku suka dek kerana aku memakai seluar pendek ketika itu tidak dibenarkan masuk ke dalam sebuah kelab untuk melihat show Sheila On 7 dan The Rock. Padahal ketika itu Nid yang beria-ia mengajak aku (aku bukannya minat pun nak tgk band tuh esp SO7) berkata, “Kita datang empat orang, so masuk tengok show pun empat orang. Kalau kau tak masuk, empat-empat takkan masuk.”

Dan aku membalas, “Alah korang masuklah, aku boleh lepak kat mana-mana. Kejap je pun showcase ni, bukan konsert pun.”

“Kau jangan nak mengada-ngada. Takkan sebab SO7 aku nak tinggalkan ko kat luar ni.”

Dan akhirnya memang kami berempat membuat keputusan tak masuk sehinggalah kami menemui jalan penyelesaiannya di mana aku dapat meminjam skirt Fatie yang berjaya masuk ke saiz badan aku yang XXL hahahaha thanks Fatie sebab sanggup meminjamkan skirt ‘penyelamat’ itu. Malam tu kami berempat sama-sama menikmati show The Rock yang superb dan show SO7 yang cukup-cukup makan je.

Ada lagi satu rahsia.

Jangan beritahu sesiapa.

Air mata aku sempat luruh tatkala menonton MY INDIEROCK DARLING. Jujurnya semua filem yang aku suka mampu menyentuh perasaan aku. Dan MY INDIEROCK DARLING memang telah berjaya menyentuh emosi aku sehingga aku boleh menangis di akhir ceritanya.

Aku menonton filem bukan untuk mencari cacat celanya. Maka aku tidak menemuinya biarpun ada. Aku menonton filem untuk melihat ceritanya, melihat lakonannya, melihat cara pengarahannya dan melihat banyak lagi elemen di dalamnya. Bukan untuk mencari. Dan malam tadi aku benar-benar telah menonton MY INDIEROCK DARLING.

Dan aku mengatakan filem itu sangat best. Betul. Sangat best. Walaupun En. Norman marah dengar jawapan aku mengatakan filem ini best tapi aku dengan yakin berdiri teguh tetap cakap filem ini sangat best. Barangkali dia mahukan eloborasi yang lebih panjang tentangnya. Maaf En. Norm saya belum mencapai tahap pemikiran seperti En. Norm untuk memberi kritikan yang lebih kritikal.

Buat Raizaisyam, kalau aku ada duit aku beli filem kau. Kalau aku ada power in distributing film, I will definetely distribute your film. Dan kalau aku ada duit gak, aku invest dalam next film kau. Betul, aku tak tipu. Malangnya aku takde duit la bro.

But anyway, syabas untuk kau dan team kau.

Kau membuat malam semalam aku sungguh bermakna.

Kau membuat malam semalam aku sungguh nostalgik.

Kau membuat malam semalam aku sungguh beremosi.

Kau membuat malam semalam aku dipenuhi bintang-bintang.

Dan kau telah membuat sebuah filem untuk aku dedikasikan kepada sahabat-sahabat baikku.







4 comments:

  1. huhu jaja duduk sebelah you pun tak perasan you nangis, comelnya...
    hehehe


    *kempunan rotimu. hehe.lupe!

    ReplyDelete
  2. sye sokong 100%....cter die memg best...bkn sy sokong die sbb die spupu sy,tp sbb cter die 2...dgn bajet yg x ckup,die dpt bwt film yg menarik n terhibur la...die juge jwb soalan dgn spontan n jujur pd mlm 2....bg sy die memg hbt la...sbb sy memg knl die mcmane...kire smlm kali kedua la sy tgk cter die ni,sblm ni sy tgk kt umh die...

    ReplyDelete
  3. tulisan yang paling jujur saya baca

    nak menitis air mata ni

    ReplyDelete
  4. to Jaja Kadir :
    marina tgk awan mendung pun nanges la. tgk iklan pun nanges, baca newspaper pun leh nanges hehehe muka ganas hati kristal la beb

    to Figo The Spark :
    saya pun suka cara Raizaisyam jawab soalan. tak memeningkan kepala ngan tah ape-ape teori dan falsafah filem yang kononnya nampak macam best nak disebut. kekadang perkara-perkara macam tuh tidak diperlukan secara praktikalnya melainkan dari segi akademiknya saja. dua tahun belajar filem memang tak cukup tapi dah lemas ngan bermacam orang yang cuba tunjuk pandai macam mana nak buat filem, tapi tak pernah buat filem.

    p/s: marina suka buat short filem. hehehe bukan mengarah tapi bekerja dalam produksi je

    To Razaisyam :
    Buatlah lagi filem. Aku sokong ko.

    ReplyDelete