Hari ketiga Ramadhan. Hari Jumaat, penghulu segala hari.
Cuaca yang redup dan lembap, membuatkan puasa hari ini lebih syahdu dari semalam yang terik dan kering.
Rancangan berbuka hari ini adalah sotong butter Bandar Sri Damansara yang sedap nak mampos bersama Eby. Sebelum berbuka, ke Balai Bomba Taman Desa untuk urusan pengambaran Emergency Nid. Kemudian ke rumah Kakak Nid di Pandan Indah untuk urusan menyerahkan geran kereta untuk menghidupkan insurans dan cukai jalannya yang tamat tempoh.
Semua urusan dibuat dengan kereta Nid yang insurans dan cukai jalannya yang dah mati.
Dek kerana hujan yang agak lebat, semua jalan mengalami kesesakan yang ketara. Dari MRR2 kami mengambil keputusan untuk menggunakan lebuh raya DUKE. Juga sesak sedikit. Exit Kota Damansara.
Ketika berhenti betul-betul di hadapan lampu isyarat yang berdekatan Jabatan Pendaftaran Negara cawangan Kota Damansara, rempuhan kuat dari belakang kereta Nid membuatkan Nid dan Yuji terdorong ke hadapan.
Bunyi rempuhan tak berapa kuat. Tetapi impaknya cukup mengerunkan. Kereta yang benar-benar berhenti di garisan putih, telah terdorong 4m kehadapan.
Kami semua turun. Hujan lebat membasahi kami yang berkongsi sebuah payung.
Kemek dan terperosok sedikit bonet Myvi Nid.
Dan kereta Kancil pakcik yang menghentam Myvi Nid dari belakang hancur keseluruhan depan keretanya.
Aku panik. Nid cuba bertenang. Yuji mengalami gangguan di hidungnya dek terhantuk pada dashboard.
"Road tax dan insurance kau mati."
"Yeah, I know."
*keadaan bonet kereta Nid lebih kurang begini. Cuma cerminnya tidak pecah, mujur tidak pecah kerana kalau pecah barangkali implikasinya lebih buruk ke atas Nid yang duduk di belakang.

No comments:
Post a Comment