Sekadar nak berkongsi informasi dengan kawan-kawan yang lain...
Short filem pertama aku dengan kawan-kawan dari UiTM "KOPITIAM KURANG MANIS" dah masuk dalam pencalonan filem pendek terbaik Festival FIlem Malaysia ke-21. Festival kali ini akan diadakan di Putrajaya pada 7 - 9 Ogos 2008.
Dan video 'the making of..." dah di upload di youtube.com
Alhamdulillah filem pendek ni mendapat respon yang baik dari semua pihak sehingga dekan fakulti aku juga memujinya. Cuma aku menunggu seorang yang benar-benar memberi kritikan yang lebih kritikal tentangnya, atau dalam erti kata lain aku menunggu filem pendek ini dikutuk. Sebab mudah, kerana aku ingin lihat sejauh mana filem pendek ini melangkaui pemikiran orang biasa, juga untuk mengukur tahap penerimaan aku terhadap caci maki orang terhadap karya aku (walaupun skrip azri, tapi aku rasa ini adalah karya bersama).
Semoga filem pendek ini pencetus kepada generasi pembikin filem ke-4 dan ke-5 di UiTM.
"KE ARAH KECEMERLANGAN FILEM MALAYSIA"

sori, aku tak nampak dia minah indonesia. aku rasa, ada sesuatu yang tak sampai untuk menggambarkannya.
ReplyDeleteapa la si hariry ni.. Ko tu selalu nampak minah mislina ni kat umah.. Dat why la ko merasakan minah ni bukn indonesia. Cuba Hariry tak jumpa minah mislina selama 20 tahun, aku rasa hariry akan menyatakan : "GEMPAK GILER MINAH INDON ni berlakon. Pergh, jalan cerita ni sampai seh.."
ReplyDelete